Maxis Memperkenalkan Penyelesaian IoT Terbaik Dalam Kelas Untuk Mewujudkan Perniagaan Yang Lebih Cekap

Maxis hari ini mengumumkan bahawa ia akan menawarkan perkhidmatan  Internet of Things (IoT) terkemuka Vodafone kepada perniagaan. Kerjasama ini bermakna Maxis kini boleh menawarkan penyelesaian IoT yang terbaik dalam kelas kepada perusahaan untuk mengoptimumkan kos, meningkatkan kecekapan operasi, mewujudkan nilai yang lebih dan akhirnya memberikan pengalaman pelanggan yang lebih baik.

Dengan menggabungkan pengetahuan pasaran tempatan Maxis serta rangkaian data berkelajuan tinggi terkemukanya dengan kepakaran Vodafone dan platform yang terkemuka di pasaran, Maxis akan dapat menyampaikan teknologi yang diperlukan kepada perniagaan di Malaysia yang ingin menggunakan perkhidmatan IoT dalam operasi mereka.

IoT, iaitu sambungan pelbagai peranti melalui Internet, yang membolehkan ia ‘berhubung’ dengan kita sebagai pengguna dan antara satu sama lain dengan menghantar dan menerima data, secara drastiknya sudah mengubah cara kami hidup dan bekerja. Ia diramalkan bahawa kira-kira 25 bilion peranti yang bersambung akan diguna pada tahun 2020 , dan gabungan sensor dan sambungan yang hebat sudah menggerakkan IoT daripada suatu 'trend' semata-mata kepada revolusi perindustrian seterusnya.

“Pertumbuhan pesat data dan bagaimana orang menggunakannya telah mempunyai kesan yang besar terhadap bagaimana perniagaan beroperasi. Melalui kerjasama kami dengan Vodafone, yang membawa bersamanya standard global bagi perkhidmatan, pengalaman IoT yang tiada tandingan dan diiktiraf oleh penganalisis, kami melengkapkan perniagaan di Malaysia dengan lebih daripada sekadar sambungan melalui rangkaian data kami yang canggih, tetapi satu set penyelesaian IoT untuk mendigitalkan dan mengubah operasi mereka. Ini adalah perkembangan yang penting dalam usaha kami ke arah cara-cara baharu bekerja dan pendigitalan untuk perusahaan,” kata Shanti Jusnita Johari, Ketua Pemasaran & Produk Perusahaan Maxis.

“Internet of Things sedang mengubah perniagaan di seluruh dunia. Maxis adalah syarikat telekomunikasi yang terbaru yang menggabungkan keupayaannya dengan kepakaran IoT kami, membentuk gabungan yang menarik bagi syarikat-syarikat di Malaysia,” kata Justin Nelson, Ketua Penjualan IoT Asia Pasifik, Vodafone.

Paling penting sekali, penyelesaian yang dikuasakan oleh Maxis ini menangani cabaran utama dalam pasaran dengan memberi faedah-faedah berikut:

Mengikut Keperluan (Fit-for-Purpose) - Penyelesaian kami telah direka khusus untuk IoT dan boleh diintegrasikan dengan mudah ke dalam sistem yang sedia ada.
Bebas Bimbang - Tiada siapa yang mahu dihadkan apabila mereka menjalankan perniagaan. Dengan rangkaian data canggih dan platform IoT kami, pelanggan menikmati pengalaman yang lancar di seluruh Malaysia dan negara-negara jiran.
Selamat - Keselamatan sentiasa menjadi kebimbangan utama apabila perniagaan meningkatkan kebergantungan mereka terhadap teknologi. Tidak kurangnya bahawa semua maklumat kekal selamat. Penyelesaian IoT kami direka dengan pelbagai lapisan keselamatan antara peranti dan aplikasi IoT.
Berskala - Dengan jumlah peranti yang tersambung dan kelajuan data yang sentiasa meningkat, memilih pembekal IoT yang sudah bersedia untuk permintaan masa depan adalah kritikal.
Hari ini, sebuah jam tangan boleh mengesan rutin kecergasan anda dan menghantar data kepada doktor anda supaya mereka boleh menetapkan ubat yang terbaik untuk anda, dan anda boleh mengawal peralatan rumah anda dari jarak jauh dari mana sahaja di seluruh dunia. IoT juga mengubah cara perniagaan beroperasi. Contohnya, sensor dalam peralatan perkilangan boleh memantau dan menghantar isyarat apabila terdapat bahagian yang perlukan penyelenggaraan, dan secara automatik menghantar laporan kepada pemilik perniagaan. Dalam sektor pembinaan, sensor tanpa wayar yang terbenam dalam asas konkrit boleh memastikan kualiti dan integriti sebuah struktur.

Walaupun aplikasi pengguna seperti monitor kecergasan dan rumah pintar menjadi tarikan utama dan boleh mewujudkan nilai yang signifikan, peluang B2B dijangka menjana hampir 70% daripada nilai potensi yang dibolehkan oleh IoT .

Dalam satu majlis bersama media hari ini, Maxis mendemonstrasikan pelbagai peluang dalam perniagaan dengan mempamerkan Internet of Things dalam sektor-sektor utama seperti automotif, peruncitan, logistik, perbankan dan kewangan, bandar-bandar pintar (smart cities) dan perkilangan. Sebagai contoh, dengan membenamkan satu SIM IoT global ke dalam peranti pintar yang berinteraksi dengan sensor di dalam kereta anda, anda mempunyai akses segera kepada kesihatan dan prestasi kenderaan. Dan dalam sektor perkilangan, ramalan penyelenggaraan dapat diaktifkan dengan menerapkan sambungan ke dalam mesin-mesin utama.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penyelesaian IoT Maxis, sila layari www.maxis.com.my/iot.

Archives
Tags

Popular
Posts

Maxis logo

Maxis offers three-month free access on Hotlink Postpaid 60 plans for healthcare frontliners

As the nation journeys through a recovery phase of Covid-19 and life under the new normal, the efforts and dedication of healthcare frontliners have still not gone unnoticed. Recognising their needs of essential connectivity, Maxis is offering a promotion dedicated for healthcare workers across 86 public and private hospitals nationwide with a three-month free access for its Hotlink Postpaid 60 plan. Each activated SIM card comes with 10GB data, plus free 10GB for YouTube, and unlimited calls and SMS to all networks.

TELL ME MORE
Paul McManus

Maxis identified as a Technology Solutions Provider by MDEC to help SMEs restart their businesses

Maxis has been identified as a Technology Solutions Provider (TSP) by the Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) for the RM500 million SME Digitalisation Grant under Budget 2020.

TELL ME MORE
Gokhan Ogut

Bringing out the best in us

It’s been nearly three months since Malaysia stepped into a new realm of life and business, and as the entire nation works together hand in hand to flatten the Covid-19 curve, I applaud the Government’s efforts in ensuring the safety and wellbeing of the people. The announcement of all the Economic Stimulus Packages very early on to cushion the impact on the livelihoods of Malaysians, were timely in the hope of bringing much relief to the people. We remember especially those who have lost their lives – our thoughts and prayers are with their loved ones.

TELL ME MORE