Projek Kongsi Home Maxis; Inisiatif Amal Membeli-belah Dalam Talian Sempena Tahun Baru Cina

Menurut penerbit pemahaman e-dagang eCommerceMILO, terdapat kira-kira 7 juta pembeli dalam talian di Malaysia. Sempena Tahun Baru Cina tahun ini, Projek Kongsi Home Maxis bekerjasama dengan destinasi membeli-belah dalam talian terkemuka dan EPIC Homes untuk menyumbang dan membina rumah bagi keluarga yang memerlukan ala “crowdfund”.

Untuk berkongsi membina rumah, pengguna hanya perlu melawat laman rakan kerjasama Lazada, Zalora, Gem Five, Rakuten dan HappyFresh mulai sekarang hingga 31 Mac 2016. Pengguna perlu mencari dan membeli produk yang diletakkan di bawah logo “Kongsi Home”. Setiap pembelian produk akan menyumbang bahan binaan bernilai RM8 kepada projek pembinaan rumah untuk komuniti oleh EPIC Homes. (Lihat projek mereka yang terdahulu https://www.epichome.org/portfolios )

 

“Sesetengah daripada kita seringkali menganggap masalah utama mengenai isu perumahan untuk mereka yang memerlukan, sebagai satu isu besar dan tidak dapat diselesaikan. Bagaimanapun, kami di Maxis percaya Internet telah menyediakan langkah pertama yang penting dan mudah untuk kita bersatu dan membuat perubahan. Bayangkan jika 5% daripada 7 juta rakyat Malaysia yang membeli-belah dalam talian menyumbang RM8 setiap seorang kepada Projek Kongsi Home, kita boleh menyumbang bahan binaan bagi membina rumah baru untuk 50 buah keluarga. Jika Tahun Baru Cina adalah mengenai kekeluargaan, maka Projek Kongsi Home pula mengingatkan kita untuk membantu rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan kerana mereka juga adalah ahli keluarga besar kita,” menurut Sulin Lau, Ketua Perkhidmatan Pemasaran, Maxis.

“Ini adalah satu langkah besar ke arah mewujudkan kesedaran di kalangan masyarakat bandar, dan ianya adalah tentang keperluan, budaya dan gaya hidup mereka yang berada di kawasan luar bandar. Apabila kita dapat mencapai matlamat untuk membina rumah-rumah bagi setiap keluarga di negara ini, anda akan tahu bahawa sumbangan kecil anda adalah sebahagian daripada sesuatu yang besar. Dan saya percaya yang ia juga akan mengubah hidup anda,” kata John-son Oei, Ketua Pegawai Eksekutif/Pengasas, EPIC Homes. Untuk mengetahu lebih lanjut mengenai Projek Kongsi Home, bagaimana anda boleh membuat sumbangan atau peluang kesukarelaan untuk membina rumah menerusi EPIC Homes, saksikan video kami di https://www.youtube.com/watch?v=IlGdQ01JiyI atau layari www.maxis.com.my/kongsihome.

Archives
Tags

Popular
Posts

Maxis logo

Maxis offers three-month free access on Hotlink Postpaid 60 plans for healthcare frontliners

As the nation journeys through a recovery phase of Covid-19 and life under the new normal, the efforts and dedication of healthcare frontliners have still not gone unnoticed. Recognising their needs of essential connectivity, Maxis is offering a promotion dedicated for healthcare workers across 86 public and private hospitals nationwide with a three-month free access for its Hotlink Postpaid 60 plan. Each activated SIM card comes with 10GB data, plus free 10GB for YouTube, and unlimited calls and SMS to all networks.

TELL ME MORE
Paul McManus

Maxis identified as a Technology Solutions Provider by MDEC to help SMEs restart their businesses

Maxis has been identified as a Technology Solutions Provider (TSP) by the Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) for the RM500 million SME Digitalisation Grant under Budget 2020.

TELL ME MORE
Maxis Logo

Maxis hosts its first fully virtual AGM as health and safety of all remain top priority

Maxis today reached a historic milestone when it hosted its 11th Annual General Meeting (AGM) in full virtual proceedings today for the first time, where the meeting was conducted via live streaming and online voting. Maxis thanks its shareholders for their positive reception as well as for their virtual attendance and participation. Shareholders approved all the ordinary resolutions proposed at the AGM. Maxis also records its appreciation to the Securities Commission for the Guidance and FAQs on the conduct of virtual general meetings.

TELL ME MORE