maxis

Mengembara Ke Luar Negara? Kini Anda Boleh Membawa Pelan MaxisONE Bersama Anda

schedule 25 Feb 2016

Hari ini, Maxis memperkenalkan satu lagi kejayaan cemerlang yang inovatif - MaxisONE World. Buat kali pertama, pelanggan pascabayar MaxisONE boleh membawa pelan MaxisONE mereka ke luar negara dan menggunakannya sama seperti di Malaysia. Panggilan dan SMS tanpa had dan segala data yang ditawarkan dengan pelan MaxisONE anda kini boleh digunakan di luar negara. Ini bermakna Maxis telah menghapuskan setiap aspek kebimbangan dan ketidakpastian perayauan untuk pelanggan perayauan pelan MaxisONE.

Selain itu, pengguna MaxisONE World akan mendapat bonus kuota data perayauan berkelajuan tinggi sebanyak 500MB setiap hari.

Janji bebas bimbang MaxisONE World pada hanya RM38 sehari:
TIADA caj untuk membuat panggilan dan menghantar SMS di luar negara
TIADA caj untuk menerima panggilan daripada sesiapa di mana sahaja di seluruh dunia
TIADA caj sepanjang hari untuk mana-mana aplikasi melancong yang popular - Peta, carian, mesej, panggilan video
TIADA caj apabila anda merantau dalam rangkaian yang salah secara tidak sengaja dan dikenakan caj perayauan yang tinggi
TIADA rasa bimbang degan insurans perjalanan yang meliputi kecurian, kemalangan dan kesulitan lain
TIADA caj untuk data berkelajuan tinggi apabila merantau
+
Data perayauan TAMBAHAN percuma sebanyak 500MB setiap hari

Berikut adalah cara pelanggan boleh mengaktifkan pas MaxisONE World:

Sampai destinasi anda
Aktifkan Perantauan Data (Data Roaming) melalui tetapan telefon anda
Relaks
Dalam fasa pertama, pas MaxisONE World akan diitawarkan kepada pelanggan MaxisONE yang melancong ke 8 buah negara ASEAN iaitu Singapura, Indonesia, Thailand, Myanmar, Brunei, Filipina, Cambodia dan Laos.

Untuk membuat pengalaman perjalanan lebih menyenangkan, MaxisONE World ditawarkan dengan perlindungan perjalanan percuma di mana sahaja anda merantau - pertama seumpamanya di Malaysia. Jadi sekiranya terdapat sebarang kelewatan, kehilangan bagasi, kecurian, kemalangan peribadi atau apa-apa masalah lain semasa lawatan anda - MaxisONE World akan melindungi anda.

"Apabila Maxis melancarkan pelan MaxisONE pada tahun 2014, cita-cita kami adalah untuk memberikan pelanggan kami satu pengalaman yang tidak dapat ditandingi - untuk menggunakan telefon mereka secara bebas tanpa perlu berasa bimbang mengenai caj yang tidak diketahui atau kejutan bil. Itulah sebabnya kami menawarkan panggilan dan SMS tanpa had, satu ciri yang revolusi pada masa itu. Oleh itu, kami telah menyoal mengapa para pelanggan tidak dapat melakukan semua ini walaupun semasa berada di luar negara? Ini bukan sahaja mengenai perayauan, tetapi cara pascabayar patut ditawarkan," kata Dushyan Vaithiyanathan, Ketua Perniagaan Pengguna Maxis.

Pelancaran terbaru daripada Maxis ini mengikut tawaran-tawaran lain pertama seumpamanya dari MaxisONE yang lain:

Pelan pascabayar pertama dengan panggilan dan SMS tanpa had ke mana-mana nombor, pada bila-bila masa
Pelan pascabayar yang membolehkan anda berkongsi panggilan, SMS dan data tanpa had dengan yang tersayang
Pelan pascabayar pertama dengan jaminan tiada kejutan bil tanpa sengaja atau wang anda kembali
Program pemilikan telefon pintar pertama seumpamanya yang membolehkan pelanggan menaik taraf telefon mereka setiap tahun tanpa kos dengan MaxisONE Zerolution
Dan sekarang, pelan pascabayar pertama yang boleh anda bawa ke mana sahaja anda mengembara

Untuk membuka pintu ke MaxisONE World, lawati kami di www.maxis.com.my/oneworld

Categories

Lifestyle

Popular Posts

brochures Maxis Biggest Sale

Come celebrate the festive season with Maxis Biggest Sale! For the month of December 2019 until 29 February 2020, Maxis and Hotlink customers can enjoy awesome promotions on smartphones, with even more deals to come. Literally Maxis’ biggest sale for the year, there is something for everyone!

Lifestyle
access_time 04 Dec 2019
brochures Fibre 5G-Ready

Upon approval from Malaysian Communication and Multimedia Commission (MCMC) to trial 200MHz of 3.5GHz C-band spectrum, Maxis successfully achieved 2.96Gbps for single user peak speeds, recording a new high at two of its trial sites in Subang Jaya recently. The new record further reinstates the position of Maxis being in the forefront of technology leadership for the nation’s 5G development.

Network
access_time 07 Jan 2020
brochures Allo signing

Maxis and Allo Technology Sdn. Bhd. (Allo), a wholly-owned subsidiary of Tenaga Nasional Berhad (TNB), will collaborate to provide greater access to fibre connectivity to more people and businesses in Cyberjaya and Bangsar South in the Klang Valley and Jasin in Malacca. Maxis and Allo today signed and exchanged an Access Agreement for the provision of High Speed Broadband (HSBB) Network Services

Enterprise
access_time 12 Dec 2019
Archives
Tags