Tahun 2015 Yang Kukuh Bagi Maxis

schedule 04 Feb 2016
 
  • Maxis merekodkan prestasi yang kukuh secara menyeluruh pada tahun 2015
  • Para pelanggan menggemari pengalaman rangkaian data terulung dan penggunaan tanpa berasa bimbang
  • Pertama dalam 4G LTE, liputan penduduk sebanyak 71%, terluas di negara
  • Suku ke-empat yang stabil dalam persekitaran yang kompetitif, berfokuskan harga

 

Maklumat penting:

Year-on-year (YoY):

  • Hasil perkhidmatan meningkat 3.8% ke RM8,539 juta daripada RM8,229 juta setahun lalu, didorong oleh prestasi prabayar yang kukuh dan prestasi pascabayar teras yang lebih baik
  • Pertumbuhan hasil prabayar yang kukuh; meningkat 6.2% tahun ke tahun ke RM4,184 juta daripada RM3,940 juta bersandarkan penggunaan data yang semakin meningkat dan pegangan pasaran yang lebih besar dalam segmen migran
  • Hasil pascabayar teras meningkat 2.7% ke RM3,657 juta daripada RM3,560 juta - penerimaan kukuh pelan MaxisONE berterusan dengan 623k pelanggan tambahan, membawa ARPU lebih stabil dan menjadikan pendapatan pascabayar tidak sensitif terhadap penurunan dalam panggilan dan SMS
  • Perolehan Sebelum Faedah, Cukai, Susut Nilai dan Pelunasan (Earnings Before Interest, Tax, Depreciation and Amortisation - EBITDA) meningkat 4.1% ke RM4,425 juta daripada RM4,251 juta, tidak termasuk kesan pertukaran asing tidak direalisasi (forex)
  • Keuntungan Selepas Cukai (Profit After Tax - PAT) meningkat ke RM1,960 juta daripada RM1,943 juta, selepas pelarasan bagi susut nilai dipercepatkan kerana pemodenan rangkaian serta kerugian forex tidak direalisasi dan pembalikan obligasi kontrak
  • Mengumumkan dividen interim ke-empat sebanyak lima sen sesaham, membawa bayaran penuh tahunan ke 20 sen sesaham

 

Suku ke-empat 2015 berbanding suku ke-empat 2014:

  • Hasil perkhidmatan meningkat 3.2% ke RM2,160 juta daripada RM2,094 juta walaupun berhadapan dengan persaingan berfokuskan harga
  • EBITDA yang kukuh tidak termasuk kesan forex tidak direalisasi, pada RM1,121 juta berbanding RM1,034 juta
  • PAT meningkat 7.2% ke RM477 juta berbanding RM445 juta

 

Prestasi yang kukuh secara menyeluruh:

  Suku ke-empat 2015 (RM’juta) Suku ke-empat 2015 (RM’juta) Suku ke Suku (%) FY 2015 (RM’m) FY 2014 (RM’m) YoY (%)
Hasil Perkhidmatan
2,160
2,094
3.2
8,539
8,229
3.8
EBITDA
1,121
1,034
8.4
4,425
4,251
4.1
Margin EBITDA diatas Hasil Perkhidmatan
51.8%
50.2%
  52.3%
52.2%
 
PAT
477
445
7.2
1,960
1,943
0.9
Capex
635
504
  1,304
1,078
 

 

No. 1 dalam 4G LTE, liputan penduduk sebanyak 71%, terluas di negara:

  • Pada 2015, mempercepatkan pelaburan dalam infrastruktur rangkaian dan IT, membelanjakan sejumlah RM1.3 bilion
  • Pengguna 4G LTE menggunakan lebih banyak data, dengan purata penggunaan data melintas 2.5GB sebulan
  • Memperkuatkan usaha dalam memberikan pengalaman pelanggan yang tiada tandingan:
  • Memperkenalkan Zerolution, program pemilikan telefon pintar yang pertama seumpamanya dalam industri, membolehkan pelanggan pelan MaxisONE untuk memiliki telefon baru setiap tahun tanpa sebarang bayaran pendahuluan
  • Memodenkan pusat-pusat Maxis di 170 lokasi di seluruh negara
  • Peningkatan pemberkasan produk - pelanggan pelan MaxisONE boleh melanggan Maxis Fibre Internet pada kadar pilihan, dan Hotlink ReloadPlus menawarkan Internet mudah alih berkelajuan tinggi dengan setiap tambah nilai prabayar

 

Komen dari Morten Lundal, Ketua Pegawai Eksekutif, Maxis Berhad:

“2015 merupakan tahun yang cemerlang bagi kami. Kami telah merekodkan pertumbuhan bagi hasil dan juga keuntungan, tahun ke tahun, dan memenangi pegangan pasaran. Rangkaian kami yang telah dimodenkan kini meliputi hampir 90% daripada penduduk manakala rangkaian 4G LTE kami telah meningkat dua kali ganda ke 71% daripada liputan penduduk, menjadikan kami peneraju dengan rangkaian yang terpantas dan terluas di negara. Secara keseluruhan, fokus kami yang jitu terhadap pengalaman pelanggan yang tiada tandingan dan menyediakan rangkaian yang terbaik untuk data membawa pulangan dalam bentuk pelanggan yang lebih ceria. Kami mencatat kepuasan pelanggan yang paling tinggi yang pernah kami lihat dalam pelbagai saluran dan tahap aduan pelanggan kami kini pada tahap paling rendah dalam tempoh sedekad. Ini sememangnya pencapaian yang amat membanggakan. Fasa pertama transformasi kami untuk menjadi sebuah syarikat mudah alih berprestasi tinggi kini sudah selesai. Sekarang, kami mempunyai asas yang kukuh untuk meneruskan fasa kedua transformasi kami untuk menjadi pilihan utama bagi pencari pengalaman digital. Saya amat positif dengan masa depan kami dan keupayaan kami dalam memberikan lebih pemberdayaan kepada individu, rumah dan organisasi.”

Categories

Corporate

Popular Posts

Archives
Tags