Maxis Meraikan Krismas Bersama Para Penghuni The Salvation Army Kuching Children’s Home

Sempena musim perayaan yang semakin mendekat, Maxis sekali lagi mengalihkan perhatiannya terhadap golongan yang kurang bernasib baik. Pada hari ini, lebih daripada 20 sukarelawan Maxis telah membuat lawatan ke The Salvation Army Kuching Children’s Home, untuk membawa kegembiraan perayaan kepada 50 kanak-kanak yang tinggal di rumah tersebut.

Semasa lawatan satu hari itu, sukarelawan Maxis telah membantu membaik pulih kawasan taman permainan dan membina gazebo di pintu masuk rumah, supaya dapat memberi kanak-kanak sebuah tempat yang selamat untuk bermain. Makanan juga telah disediakan oleh para penghuni rumah tersebut dan beberapa 'chef' berbakat dari Maxis untuk dijamukan kepada kanak-kanak dan semua yang terlibat dalam progam tersebut.

“Berbakti kepada masyarakat, terutamanya pada musim perayaan, adalah sesuatu yang amat istimewa. Apa yang lebih bermakna adalah bahawa kakitangan kami sendiri dapat mengambil bahagian dan melihat sendiri impak mereka ke atas anak-anak ini. Saya amat terharu dapat menyaksikan semangat sukarela diantara kakitangan kami, dan saya berharap sumbangan kecil dari Maxis ini dapat membantu menerangi hidup mereka,” kata Alexius Bong, Ketua Wilayah Sarawak Maxis.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Maxis kerana sudi datang ke rumah kami dan membantu membaik pulih taman permainan untuk anak-anak kami. Impian mereka adalah untuk mempunyai tempat yang lebih baik dan menyeronokkan untuk bermain, dan tahun ini, Maxis telah menjadikan impian mereka satu kenyataan,” kata Mejar T Chelvee, Penguasa The Salvation Army Kuching Children’s Home.

Maxis menggalakkan semangat sukarela di kalangan kakitangannya, terutamanya semasa musim perayaan. Tahun ini, Maxis telah menganjurkan projek #GongxiHome sempena Tahun Baru Cina, dimana lebih daripada 200 sukarelawan Maxis menyampaikan kotak makanan kepada 100 keluarga miskin bandar di seluruh Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor. Kakitangan Maxis juga telah mengambil bahagian dalam #SenyumRaya, dimana mereka bekerjasama dengan EPIC Homes untuk membaik pulih Pusat Jagaan Al Fikrah, sebuah rumah kebajikan di Kajang, Selangor, sebagai persediaan untuk sambutan Hari Raya. Untuk Deepavali pula, kakitangan Maxis telah mengambil bahagian dalam kempen 'Light a Life’ di mana mereka menghabiskan masa dengan belia MySkills Foundation untuk sesi ‘teambuilding’.

Baru-baru ini, Maxis melancarkan program tanggungjawab korporat baharu, eKelas, iaitu satu program pembelajaran digital lepas sekolah. eKelas membawa pembelajaran yang menarik dan menghiburkan menggunakan kandungan atas talian yang interaktif dan tutorial video secara langsung. Program ini sedang dijalankan di 10 Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) di bawah jagaan Maxis di Kedah, Kelantan, Selangor, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Sarawak. PI1M Maxis di Sarawak terletak di Kampung Telaga Air, Kuching dan Kampung Bandung, Sibu.

Archives
Tags

Popular
Posts

Retransformation

Maxis calls on organisations to rethink Digital Transformation Strategy through Retransformation

Maxis is calling on organisations in Malaysia to rethink and reevaluate their digital transformation strategies.

TELL ME MORE
Always Be Ahead in a changing world

Maxis makes commitment to enable customers to Always Be Ahead in a changing world

In a time of constant change across the world, driven especially by advancements in technology, Maxis today unveiled its new brand purpose: To bring together the best of technologies to help people, businesses and the nation to Always Be Ahead in a changing world. The new brand purpose was launched in conjunction with Maxis’ 25th anniversary and the upcoming Merdeka celebrations, to signify the intertwining of Maxis’ and Malaysia’s past, present and future journey together in this rapidly evolving digital age.

TELL ME MORE
Natalia Navin, Chief Human Resource Officer, Maxis

Maxis launches three new scholarships in building future technology and innovation leaders

In its commitment to building tech-savvy and forward-thinking leaders, Maxis has launched three new scholarships to support the aspirations of bright and deserving young individuals. Candidates can apply for the Maxis Women in Tech Undergraduate 2020 Scholarship, Maxis Tech Undergraduate 2020 Scholarship and the Maxis Young Leaders Undergraduate 2020 Scholarship. Due to the overwhelming response received from applicants, the initial submission deadline of 31 August has now been extended to 14 September to allow more students to apply.

TELL ME MORE