Peminat Pokémon GO Mengambil Kesempatan Untuk Menaiki PokeMobile Dan Memenangi Barangan Eksklusif Hotlink

schedule 17 Aug 2016

Para peminat Pokémon GO amat teruja apabila permainan AR (Augmented Reality) ini akhirnya tiba di Malaysia. Dan ada yang bernasib baik untuk merebut kereta edisi terhad PokeMobile yang baru-baru ini dilancarkan oleh Grab Malaysia dan Hotlink, khas untuk memburu Pokemon.

Dalam tempoh dua hari pertama pelancaran permainan AR ini, pemain Pokémon GO dapat menempah perjalanan percuma ke PokeStop yang terdekat dengan memilih butang PokeMobile pada GrabApp mereka. Setiap PokeMobile tersebut dilengkapi dengan minuman ringan, sebuah goodie bag, PokeChargers Hotlink untuk telefon mereka, dan juga monitor skrin lebar Hotlink Fast 4G.

Pelanggan Hotlink juga mendapat kelebihan tambahan iaitu USD100 PERCUMA dalam bentuk PokeCoins melalui Hotlink Cash Online. Mereka juga akan mendapat diskaun sebanyak 10% bagi PokeCoins mereka setiap kali melalui Hotlink Cash Online, dan 10% untuk pembelian dalam aplikasi bagi permainan dan aplikasi kegemaran yang lain.

Lihatlah pengalaman menarik ini dari para peminat Pokémon GO!

Untuk maklumat lanjut mengenai kerjasama Grab dan Hotlink bagi Pokémon Go, sila lawati www.maxis.com.my/googleplay. Untuk maklumat lanjut mengenai Hotlink, lawati www.hotlink.com.my.

Categories

Lifestyle

Popular Posts

Archives
Tags