Maxis Menaiktaraf Lebih Satu Juta Pelanggan Sehingga 5x Lebih Banyak Data Semalaman, Memperkenalkan Cara Baru Untuk Menggunakan Data Tambahan

Hari ini, lebih satu juta pelanggan telah menerima SMS dari Maxis yang memaklumkan bahawa kuota data mereka telah dinaik taraf secara automatik dan tetap tanpa caj tambahan, meliputi pelanggan pelan MaxisONE, Surfmore50 dan juga MaxisONE Business.

Oleh itu, pelanggan MOP98 akan menerima 5x data tambahan daripada peruntukan asal mereka. Pelanggan yang melanggan pelan yang bernilai lebih tinggi seperti MOP188 akan menerima 13GB data kuota tambahan setiap bulan.

"Ini adalah naiktaraf secara automatik yang terbesar pernah kami lakukan di Maxis dan terbesar yang pernah di lakukan di Malaysia. Para pelanggan kami tidak perlu membuat suatu apa pun, kecuali terus berasa bebas dan menikmati semua penstriman, muat turun, layaran dan media sosial mereka dengan lebih banyak data melalui rangkaian yang terbaik di Malaysia. Tidak serupa pesaing kami, kami tidak hanya memberikan tawaran jangka pendek secara besar-besaran atau lebih data hanya kepada pelanggan baru. Kami secara automatik dan tetap menaik taraf semua para pelanggan pelan MaxisONE kami dengan percuma, di mana kami dengan bangganya telah mencecah satu juta pelanggan minggu ini," kata Morten Lundal, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis.

Maxis dalah peneraju bagi 4G di seluruh negara dari segi liputan penduduk, pengalaman data dan inovasi. 2.2 juta orang (dan semakin bertambah) mempunyai akses kepada rangkaian 4G berprestasi tinggi Maxis yang kini meliputi 74% penduduk Malaysia.

Secara keseluruhan, Maxis akan memberi lebih 10 juta GB setiap bulan secara percuma berkuatkuasa dengan serta merta. Selain daripada peningkatan tersebut, Maxis juga akan menambah 5GB percuma setiap bulan untuk pelanggan MOP bagi aplikasi popular video-atas-permintaan (Video-On-Demand).

 

Bersama-sama dengan lebih banyak data, Maxis juga hari ini memperkenalkan 'DataPool' yang boleh dikongsi, satu inovasi baru yang membolehkan pelanggan MaxisONE berkongsi data dengan sesiapa sahaja dan juga semua telefon dan tablet lain. Berikut adalah butir-butir mengenai DataPool:

Untuk hanya RM48 sebulan, pelanggan MaxisONE yang mempunyai talian utama akan mendapat talian MaxisONE dengan 5GB sebulan serta Panggilan dan SMS tanpa had - semuanya yang boleh digunakan pada mana-mana peranti atau dengan sesiapa sahaja yang dipilih oleh pelanggan. Bagi setiap talian, ia adalah bersamaan dengan 20 jam penstriman video YouTube, 175 jam aplikasi Spotify atau 15 jam panggilan video.
Tidak seperti pelan pascabayar tradisional dimana terdapat kuota data yang berasingan bagi setiap telefon atau tablet dalam keluarga, MaxisONE membolehkan semua data dari semua talian dikumpul dalam "DataPool" - supaya data boleh diguna dengan cara yang lebih efektif.
Akhir sekali, sebagai sebahagian daripada ciri MaxisONE World, seluruh ahli keluarga kini boleh menggunakan semua "DataPool" MaxisONE mereka apabila merantau di luar negara, dan menikmati membuat Panggilan Antarabangsa dan SMS tanpa had.
Saksikan video di sini tentang bagaimana ciri-ciri baru MaxisONE boleh digunakan https://youtu.be/D_TM-m4kACY.

"Kami tahu pelanggan kami amat sukakan data mereka. Dengan kebanyakan pengguna dan keluarga mempunyai lebih daripada satu peranti, terdapat pelbagai lagi yang boleh dilakukan di Internet. Dengan inovasi terbaru MaxisONE ini, anda tidak hanya mendapat lebih banyak data, anda boleh melakukan banyak lagi dengannya dan menikmati Internet tanpa berasa bimbang," kata Dushyan Vaithiyanathan, Ketua Perniagaan Pengguna Maxis. Maxis telah berfokuskan dalam menawarkan produk unik yang menarik, dan merupakan yang pertama untuk panggilan dan SMS tanpa had, jaminan tiada kejutan bil, perayauan tanpa berasa bimbang, Internet asas percuma dan penghapusan caj bayar bila guna (Pay-Per-Use). Dengan penawaran terbarunya, Maxis terus komited dalam memberi janji “berasa bebas.”

Peningkatan kuota yang sama juga akan diberi kepada pelanggan MaxisONE Business. Sementara itu, Hotlink juga akan memperkenalkan satu ciri yang menarik tidak lama lagi untuk pengguna prabayar yang menggemari Internet.

Untuk maklumat lanjut, lawati kami di www.maxis.com.my/maxisone

Archives
Tags

Popular
Posts

Always Be Ahead in a changing world

Maxis makes commitment to enable customers to Always Be Ahead in a changing world

In a time of constant change across the world, driven especially by advancements in technology, Maxis today unveiled its new brand purpose: To bring together the best of technologies to help people, businesses and the nation to Always Be Ahead in a changing world. The new brand purpose was launched in conjunction with Maxis’ 25th anniversary and the upcoming Merdeka celebrations, to signify the intertwining of Maxis’ and Malaysia’s past, present and future journey together in this rapidly evolving digital age.

TELL ME MORE
Retransformation

Maxis calls on organisations to rethink Digital Transformation Strategy through Retransformation

Maxis is calling on organisations in Malaysia to rethink and reevaluate their digital transformation strategies.

TELL ME MORE
Natalia Navin, Chief Human Resource Officer, Maxis

Maxis launches three new scholarships in building future technology and innovation leaders

In its commitment to building tech-savvy and forward-thinking leaders, Maxis has launched three new scholarships to support the aspirations of bright and deserving young individuals. Candidates can apply for the Maxis Women in Tech Undergraduate 2020 Scholarship, Maxis Tech Undergraduate 2020 Scholarship and the Maxis Young Leaders Undergraduate 2020 Scholarship. Due to the overwhelming response received from applicants, the initial submission deadline of 31 August has now been extended to 14 September to allow more students to apply.

TELL ME MORE