Altimet Akan Melancarkan Video Muzik Baru Secara Eksklusif Melalui Aplikasi RED Hotlink

schedule 13 Oct 2015

Meneruskan usahanya dalam menyokong industri muzik tempatan, Hotlink akan bekerjasama dengan bintang hip-hop tempatan, Altimet, untuk melancarkan video muzik terbarunya yang bertajuk 'Aku Tahu' secara eksklusif melalui Aplikasi RED Hotlink pada 22 Oktober pada jam 8 malam. Sebelum pelancaran video muzik, peminat juga boleh mengikuti Hotlink (@hotlink) di Periscope untuk menonton atau mengambil bahagian dalam sesi soal jawab bersama Altimet secara langsung dari jam 7 malam hingga 8 malam pada 22 Oktober. Peminat boleh mengemukakan soalan-soalan mereka dengan menggunakan hashtag #HotlinkAkuTahu.

'Aku Tahu' adalah sebuah lagu beremosi yang digubah oleh Altimet sendiri, yang mengisahkan hubungan antara seorang ayah dan anaknya. Video muzik ini adalah karya arahan Khairul "Kroll" Azri, yang telah mengilhamkan konsep untuk video tersebut. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pelancaran video muzik Altimet, sila klik pautan ini: https://www.youtube.com/watch?v=fJYBUyDnc9o

Video muzik baru Altimet ini adalah salah satu daripada pelbagai kandungan eksklusif yang boleh didapati di Aplikasi RED Hotlink. Sebelum ini, Hotlink telah bekerjasama dengan band indie, Hujan, untuk koleksi gambar dan rakaman video yang tidak pernah dikeluarkan sebelum ini, yang merangkumi 10 tahun perjalanan Hujan. Kerjasama Hotlink dengan Altimet dan Hujan menunjukkan usaha berterusan Hotlink dalam memperjuangkan muzik tempatan dan bakat, setelah sudah menaja Akademi Fantasia tahun ini dan bekerjasama dengan The Wknd untuk melancarkan The Wknd Sessions Live dan The Wknd Recording Fund untuk membantu memupuk artis tempatan dengan memberikan mereka satu platform untuk mempamerkan bakat mereka.

Aplikasi RED Hotlink (yang kini boleh didapati dalam Bahasa Malaysia) membolehkan para pelanggan menambah nilai, menyemak baki, menambah data mudah alih mereka dan banyak lagi. Aplikasi RED Hotlink boleh dimuat turun di Google Play untuk pengguna Android atau di App Store untuk pengguna iOS. Pengguna baru Aplikasi RED Hotlink juga akan mendapat data 1GB secara percuma untuk masa yang terhad sahaja.

Untuk maklumat lanjut mengenai Aplikasi RED Hotlink, lawati www.hotlink.com.my

Categories

Lifestyle

Popular Posts

Archives
Tags