Altimet Melancarkan Video Muzik Baru, 'Aku Tahu', Secara Eksklusif Melalui Aplikasi Red Hotlink

Bintang hip-hop tempatan, Altimet, telah melancarkan video muzik terbarunya bertajuk 'Aku Tahu' secara eksklusif melalui Aplikasi RED Hotlink semalam pada jam 8 malam, dengan itu membolehkan pelanggan Hotlink menjadi yang pertama untuk menonton video muzik lagu terbaru beliau. Satu jam sebelum pelancaran video muzik tersebut, peminat juga telah mengikuti Hotlink (@hotlink) di Periscope, satu aplikasi penstriman video langsung, dimana mereka telah mengambil bahagian dalam sesi soal jawab bersama Altimet, yang menandakan kali pertama beliau telah mengadakan sesi soal jawab secara langsung bersama peminat. Para peminat telah mengemukakan soalan-soalan mereka dengan menggunakan hashtag #HotlinkAkuTahu

“Sekali lagi, Hotlink membawa satu pengalaman istimewa kepada pelanggan kami dengan melancarkan video terbaru Altimet secara eksklusif di Aplikasi RED Hotlink dan menjadikan pengalaman dengan artis kegemaran mereka lebih bermakna pada peranti mudah alih mereka melalui interaksi secara langsung di Periscope. Kami sentiasa mencari cara untuk meningkatkan pengalaman pelanggan kami melalui aplikasi dan memberi mereka sesuatu yang istimewa yang tidak boleh didapati di tempat lain. Melalui kerjasama ini dengan Altimet, Hotlink juga meneruskan usaha kami dalam memperjuangkan muzik dan bakat tempatan, dengan memberikan mereka platform untuk mempamerkan kerja terbaru mereka dan mendekati para peminat,” kata Navin Manian, Ketua Prabayar Maxis.

Sebelum ini, Hotlink telah bekerjasama dengan artis-artis tempatan lain seperti band indie, Hujan, untuk memperkenalkan koleksi gambar dan rakaman video yang tidak pernah dikeluarkan sebelum ini, yang merangkumi 10 tahun perjalanan Hujan. Hotlink juga merupakan salah satu daripada penaja utama Akademi Fantasia tahun ini dan telah bekerjasama dengan The Wknd untuk melancarkan The Wknd Sessions Live dan The Wknd Recording Fund untuk membantu memupuk bakat artis-artis baru.

Aplikasi RED Hotlink (yang kini boleh didapati dalam Bahasa Malaysia) membolehkan para pelanggan menambah nilai, menyemak baki, menambah data mudah alih mereka dan banyak lagi. Aplikasi RED Hotlink boleh dimuat turun di Google Play untuk pengguna Android atau di App Store untuk pengguna iOS. Pengguna baru Aplikasi RED Hotlink juga akan mendapat data 1GB secara percuma untuk masa yang terhad sahaja.

Untuk maklumat lanjut mengenai Aplikasi RED Hotlink, lawati www.hotlink.com.my
 

Archives
Tags

Popular
Posts

Retransformation

Maxis calls on organisations to rethink Digital Transformation Strategy through Retransformation

Maxis is calling on organisations in Malaysia to rethink and reevaluate their digital transformation strategies.

TELL ME MORE
Always Be Ahead in a changing world

Maxis makes commitment to enable customers to Always Be Ahead in a changing world

In a time of constant change across the world, driven especially by advancements in technology, Maxis today unveiled its new brand purpose: To bring together the best of technologies to help people, businesses and the nation to Always Be Ahead in a changing world. The new brand purpose was launched in conjunction with Maxis’ 25th anniversary and the upcoming Merdeka celebrations, to signify the intertwining of Maxis’ and Malaysia’s past, present and future journey together in this rapidly evolving digital age.

TELL ME MORE
Natalia Navin, Chief Human Resource Officer, Maxis

Maxis launches three new scholarships in building future technology and innovation leaders

In its commitment to building tech-savvy and forward-thinking leaders, Maxis has launched three new scholarships to support the aspirations of bright and deserving young individuals. Candidates can apply for the Maxis Women in Tech Undergraduate 2020 Scholarship, Maxis Tech Undergraduate 2020 Scholarship and the Maxis Young Leaders Undergraduate 2020 Scholarship. Due to the overwhelming response received from applicants, the initial submission deadline of 31 August has now been extended to 14 September to allow more students to apply.

TELL ME MORE