MaxisONE Club Baru Dilancarkan Dengan Keistimewaan Yang Dipertingkatkan Bagi Ahli-ahli Elite

schedule 30 Mar 2015

Maxis hari ini melancarkan program baru MaxisONE Club (MOC) dengan keistimewaan yang dipertingkatkan untuk ahli-ahli MOC Elite dan sebuah program yang lebih mudah dan berstruktur bagi mengiktiraf kesetiaan pelanggan. Pelanggan pascabayar Maxis dijemput untuk menjadi sebahagian daripada MOC (purata perbelanjaan bulanan sebanyak RM150) atau MOC Elite (purata perbelanjaan bulanan sebanyak RM500), yang menikmati prioriti perkhidmatan, pengalaman dan ganjaran berdasarkan dua peringkat.
 

AHLI-AHLI MOC ELITE

Perkhidmatan Prioriti

Perkhidmatan Peribadi
- Hanya satu panggilan percuma, sama ada dari rumah atau di luar negara apabila merantau untuk menghubungi Talian Bantuan kami, dengan akses langsung ke pengurus perhubungan khusus
- Akses trek pantas di Pusat Maxis dengan prioriti barisan gilir
Penghantaran Ekspres
- Perkhidmatan penghantaran SIM untuk penggantian SIM yang rosak atau hilang setiap kali mereka memerlukannya

Pengalaman Prioriti
Pengalaman khusus bagi para pelanggan kami yang paling arif, dengan tujuan menyampaikan:

Pengalaman Kulinari Unik – Acara-acara jemputan sahaja yang menawarkan konsep makan yang unik, tukang-tukang masak terkenal dan lokasi yang eksotik. Acara pertama akan diadakan di lokasi rahsia pada 30 Mei 2015
Pengalaman Gajet Unik – Pra-tonton peribadi bagi alat-alat terkini dan peluang untuk menjadi antara yang pertama untuk memilikinya. Acara pra-tonton pertama akan diadakan bagi telefon pintar Samsung S6/S6 Edge yang terbaru pada 11 April 2015, dengan jemputan.

 

SEMUA AHLI MOC

Ganjaran Prioriti
Satu koleksi ganjaran dan keistimewaan yang dibuat secara khusus bagi para pelanggan setia kami, yang disampaikan melalui MyMaxis App, saluran perkhidmatan layan diri dan ganjaran kami. Ganjaran-ganjaran termasuk:

Diskaun:
- Diskaun dan tawaran eksklusif khas untuk ahli sahaja daripada peniaga-peniaga pilihan
- Pelbagai kategori peniaga dikemaskini setiap bulan
Akses Peribadi:
- Acara pertama bagi siri ini telah diadakan pada 26 Mac 2015 dimana ahli MOC berpeluang bertemu artis terkenal dari Hong Kong, iaitu Jacky Cheung, di satu acara peribadi
- Untuk acara yang akan datang yang akan diadakan pada 3 Mei 2015, pelanggan MOC boleh menikmati akses belakang pentas khas untuk bertemu dengan Backstreet Boys secara peribadi serta berpeluang mendapat tempat duduk VIP.

“Memberi ganjaran kepada semua pelanggan kami sentiasa menjadi keutamaan bagi kami di Maxis, dan ia mewakili penghargaan kami atas sokongan mereka. Hari ini, bagaimanapun, kami ingin mempamerkan sesuatu yang istimewa bagi ahli MOC kami yang telah bersama kami selama sekurang-kurangnya setahun, dimana ramai daripada mereka mempunyai beberapa jenis perkhidmatan mudah alih. Kami menghargai kesetiaan dan pilihan mereka untuk bersama kami. Oleh itu, kami sudah tentu berasa amat berbesar hati dan berterima kasih, dan hari ini mewakili perasaan tersebut,” kata Dushyan Vaithiyanathan, Ketua Perniagaan Pengguna Maxis.

Untuk layak menjadi ahli MOC, pelanggan hanya perlu melanggan pelan pascabayar, mempunyai purata perbelanjaan bulanan sebanyak RM150 (MOC) atau RM500 (MOC Elite), menjadi pengguna pascabayar selama sekurang-kurangnya setahun, dan membuat bayaran secara konsisten dan menepati masa dalam tempoh 12 bulan.

Untuk menyemak status anda dan menikmati ganjaran eksklusif MOC, anda hanya perlu memuat turun aplikasi MyMaxis secara percuma dari Google Play untuk pengguna Android dan dari App Store untuk pengguna iOS. Sebaik sahaja dimuat turun, hanya log masuk sekali sahaja untuk mengakses maklumat akaun dan ganjaran mereka.

Categories

Lifestyle

Popular Posts

brochures Microsoft MOU

In line with its ambition to be the leading ICT and solutions provider for Enterprise customers, Maxis is proud to announce its collaboration with Microsoft (Malaysia) Sdn Bhd (Microsoft) through a Memorandum of Understanding (MoU), committing to use their respective expertise, technology and capabilities to create innovative digital solutions for organisations in Malaysia. Concurrently, the collaboration makes Maxis the first telco in Malaysia to offer fixed line voice calls with Microsoft Teams unified communications, as part of Microsoft’s Modern Workplace solutions.

Enterprise
access_time 28 Jan 2020
brochures 5G eKelas Photo Group

Showcasing the potential of 5G in education, Maxis demonstrated its 5G use case, the virtual reality (VR) experience for Science learning in its eKelas programme to Yang Amat Berhormat Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, the Prime Minister of Malaysia at Pusat Internet IOCC today. The VR learning experience by Maxis is the only 5G use case in the education vertical being piloted under the 5G Demonstration Projects in Langkawi.

Community
access_time 20 Jan 2020
Archives
Tags