Hotlink Meraikan Tahun Baru Cina Bersama Para Pelanggan Sarawak Dengan Pelbagai Ganjaran Menarik

schedule 16 Mar 2015

Para pelanggan Hotlink di Sarawak dan Sabah telah menikmati perayaan yang meriah dimana mereka mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti menarik yang telah mengambil tempat di kedua-dua negeri tersebut.

Di Kuching, Hotlink menganjurkan peraduan radio bersama dengan MY FM, dimana para pelanggan perlu berkongsi slogan kreatif yang menerangkan mengapa mereka harus dipilih untuk memenangi 'ang pow' bernilai RM888 atau lawatan istimewa dari kru Kongsi Huat Hotlink dan MY FM ke rumah mereka.

Peraduan tersebut, yang telah berlangsung dari 4 hingga 16 Februari, menyaksikan lima pemenang menerima hadiah 'ang pow' yang bernilai RM888 dan lima lagi memenangi lawatan peribadi dari Hotlink dan MY FM, dimana mereka telah menerima hamper, 'ang pow' dan beg hadiah dari Hotlink, serta menikmati persembahan tarian singa.

Alexius Bong, Ketua Wilayah Sarawak Maxis berkata, "Untuk sambutan Tahun Baru Cina pada tahun ini, kami ingin membuatkannya lebih istimewa bagi pelanggan kami di Sarawak dengan bekerjasama dengan MY FM untuk peraduan ini. Ia telah mendapat sambutan yang sangat baik dan reaksi yang amat positif dari para pemenang! Bagi pihak Hotlink, kami juga gembira kerana dapat berkongsi pengalaman istimewa ini bersama mereka."

Sambutan Tahun Baru Cina di Kota Kinabalu turut meriah, di mana kira-kira 8,000 penduduk Sabah telah mengunjungi pameran bergerak (roadshow) tahunan Tahun Baru Cina Hotlink di KK Plaza, yang telah berlangsung pada 17 Februari, dan penuh dengan aktiviti-aktiviti dan persembahan menarik.

Categories

Lifestyle
Community

Popular Posts

brochures Microsoft MOU

In line with its ambition to be the leading ICT and solutions provider for Enterprise customers, Maxis is proud to announce its collaboration with Microsoft (Malaysia) Sdn Bhd (Microsoft) through a Memorandum of Understanding (MoU), committing to use their respective expertise, technology and capabilities to create innovative digital solutions for organisations in Malaysia. Concurrently, the collaboration makes Maxis the first telco in Malaysia to offer fixed line voice calls with Microsoft Teams unified communications, as part of Microsoft’s Modern Workplace solutions.

Enterprise
access_time 28 Jan 2020
brochures 5G eKelas Photo Group

Showcasing the potential of 5G in education, Maxis demonstrated its 5G use case, the virtual reality (VR) experience for Science learning in its eKelas programme to Yang Amat Berhormat Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, the Prime Minister of Malaysia at Pusat Internet IOCC today. The VR learning experience by Maxis is the only 5G use case in the education vertical being piloted under the 5G Demonstration Projects in Langkawi.

Community
access_time 20 Jan 2020
Archives
Tags