maxis

Peminat Ed Sheeran Penuh Semangat Di Konsert, Barangan Ekslusif Untuk Dimenangi Dari Hotlink!

schedule 16 Mar 2015

Konsert Ed Sheeran yang dinanti-nantikan, yang dibawa oleh Hotlink, bakal bermula dalam masa beberapa jam, dan para peminat telah beratur sejak awal pagi ini di Pusat Konvensyen KL untuk menyaksikan satu konsert yang epik! Selepas pengalaman hari ini, peminat yang masih lagi teruja dengan konsert pertama Ed Sheeran di Malaysia boleh mengenang kembali pengalaman mereka dengan mengambil bahagian dalam dua pertandingan Hotlink untuk peluang memenangi barangan eksklusif Ed Sheeran.

Pelanggan Hotlink boleh mengambil bahagian dalam Peraduan 'EDsperience', yang bermula hari ini sehingga 22 Mac, dan juga Sheerio Quiz Day, yang akan berlangsung pada 25 Mac.

Untuk mengambil bahagian dalam Peraduan 'EDsperience', pelanggan hanya perlu:

  1. Rakam video selama 15 saat dimana mereka berkongsikan memori atau pengalaman kegemaran mereka di konsert.
  2. Muat naik video tersebut ke Instagram dengan hashtag #EdEverywhere #Hotlink #AlwaysON
  3. Penyertaan yang paling kreatif akan dipilih sebagai pemenang. Pelanggan perlu memastikan tetapan privasi mereka ditetapkan ke ‘public’ untuk membolehkan penyertaan mereka diulaskan.
  4. Peserta dibenarkan menghantar lebih daripada satu penyertaan.
  5. Diantara hadiah yang bakal dimenangi bagi peraduan ini termasuk 1 gitar dan 5 album eksklusif yang ditandatangani oleh Ed Sheeran
  6. Tempoh peraduan adalah dari 16 hingga 22 Mac 2015.

Para pelanggan juga boleh mempamerkan pengetahuan mereka mengenai Ed dengan mengambil bahagian dalam Sheerio Quiz Day. Pelanggan hanya perlu mendaftar untuk peraduan ini bermula dari 17 Mac hingga 24 Mac, dengan mengikuti langkah-langkah dibawah:

  1. Muat turun Hotlink RED App pada peranti Android atau Apple (www.hotlink.com.my/r) dan mengesahkan nombor telefon.
  2. Pergi ke “FEEDBACK”, klik “LIVE.LIFE.LOUD”, dan dibawah “MESSAGE”, taip “ED SHEERAN QUIZ DAY”.
  3. Pada 25 Mac, pelanggan hanya perlu menunggu pemberitahuan untuk menyertai kuiz melalui Hotlink RED App.
  4. Antara hadiah-hadiah untuk dimenangi melalui peraduan ini termasuk kemeja-T eksklusif Ed Sheeran, set tampal (patch set) & poster.

Navin Manian, Ketua Prabayar, Perniagaan Pengguna Maxis berkata, “Pengalaman #LiveLifeLoud dari Hotlink bukan sahaja dihadkan ke acara-acara epik, tetapi ia adalah satu pengalaman yang berterusan untuk para pelanggan kami dan peminat. Selepas konsert ini, kami akan terus membawa keseronokan dengan memperkenalkan pelbagai lagi peraduan, dimana pelanggan boleh memenangi barangan eksklusif Ed Sheeran. Ini hanya sebahagian daripada pengalaman yang para pelanggan boleh nikmati daripada Hotlink, dan kami akan terus menawarkan mereka yang terbaik dalam muzik dan hiburan pada tahun 2015! "

Beberapa peminat setia Ed telah beratur di tempat konsert selama beberapa jam, untuk menyaksikan penyanyi-penulis lagu itu secara peribadi. Walau bagaimanapun, Nur Amira Mansor, 23, dari Shah Alam, lebih hebat dari yang lain apabila beliau menjadi orang yang pertama untuk beratur, dan telah menunggu di Pusat Konvensyen KL sejak jam 6.30 pagi pada hari Ahad, 15 Mac. “Saya membeli tiket konsert saya hanya 47 saat selepas tiket mula dijual. Serius! Saya mempunyai bukti! Saya benar-benar peminat setia!” katanya.

Kirthana Kuhendaran, 18, tiba di tempat konsert pada jam 8.30 pagi hari ini, dan berkongsi bahawa beliau adalah salah satu peminat Ed yang paling setia. "Saya suka Ed Sheeran! Saya telah menghafal setiap satu daripada lagu-lagunya. Saya juga salah satu daripada orang pertama yang membeli tiket konsert beliau secara online.”

Pelanggan boleh memuat turun Hotlink RED App di Google Play bagi pengguna Android atau App Store bagi pengguna iOS. Untuk maklumat lanjut mengenai Peraduan ED Everywhere!, sila layari www.hotlink.com.my

Categories

Lifestyle

Popular Posts

brochures Maxis Biggest Sale

Come celebrate the festive season with Maxis Biggest Sale! For the month of December 2019 until 29 February 2020, Maxis and Hotlink customers can enjoy awesome promotions on smartphones, with even more deals to come. Literally Maxis’ biggest sale for the year, there is something for everyone!

Lifestyle
access_time 04 Dec 2019
brochures Fibre 5G-Ready

Upon approval from Malaysian Communication and Multimedia Commission (MCMC) to trial 200MHz of 3.5GHz C-band spectrum, Maxis successfully achieved 2.96Gbps for single user peak speeds, recording a new high at two of its trial sites in Subang Jaya recently. The new record further reinstates the position of Maxis being in the forefront of technology leadership for the nation’s 5G development.

Network
access_time 07 Jan 2020
brochures Hotlink Rewards, Free Prizes Every Day

Everybody loves prizes! So, in conjunction with its first anniversary since launching last November, Hotlink Rewards is making it super easy for Malaysians to click and be rewarded. Hotlink customers stand a chance to take home Oppo phones, GoPro Hero 7 cameras, Sony PlayStation 4 Pro consoles, Pensonic air fryers and RM500 Shopee e-vouchers, by just logging into the Hotlink RED App and redeeming the respective ‘Free Prizes Every Day’ deal from now until 31 December.

Lifestyle
access_time 02 Dec 2019
Archives
Tags