maxis

MyTeksi Mengguna Suara Kanak-kanak Dalam Waze Untuk Mengingatkan Supaya Memandu Dengan Selamat Sempena Hari Raya Ini

schedule 16 Jul 2015

MyTeksi, aplikasi pengangkutan tempatan atas-permintaan (‘on demand’), hari ini mengumumkan pengunaan WAZE Safe Mode Kids untuk menggalakkan keselamatan jalan raya di kalangan pemandu teksi semasa Raya ini. Pemandu MyTeksi akan mendapatkan peringatan yang tepat pada masanya untuk memandu lebih selamat semasa perjalanan balik kampung, terima kasih kepada Safe Mode Kids yang inovatif, suatu pek navigasi khas dicipta oleh Maxis dan dikuasai oleh suara kanak-kanak Malaysia.

Safe Mode Kids adalah kerjasama pertama seumpamanya antara Waze (http://www.waze.com) dan Maxis. Diilhamkan oleh kajian yang mendapati bahawa 97% daripada ibu bapa Malaysia yang mendakwa mereka memandu dengan lebih selamat apabila kanak-kanak mereka berada di dalam kereta, projek Safe Mode Kids “mencari” suara kanak-kanak Malaysia berumur 3 hingga 12 tahun untuk membangunkan satu cara inovatif dalam mengingatkan ibu bapa untuk memandu dengan lebih selamat. Safe Mode Kids adalah navigasi suara kanak-kanak yang pertama di dunia, dan kini dilanjutkan kepada lebih daripada 50 juta pengguna Waze di seluruh dunia.

Berbeza dengan pek suara khas Waze yang lain yang biasanya menampilkan suara selebriti tunggal, Safe Mode Kids oleh Maxis menjemput beberapa kanak-kanak untuk menyumbang suara mereka bagi prom arah (directional prompts) Waze dengan peringatan yang menarik untuk memandu dengan selamat. Sebalik prom navigasi Waze standard, sekarang anda akan mendengar: ‘All set. Don’t forget your seatbelt’, ‘Re-routing. Eyes on the Road!’ dan Accident reported ahead. Please be careful, ok?”

Fokus kami sentiasa berasaskan tunggangan yang lebih selamat. Safe mode Kids adalah satu cara yang luar biasa dan menyeronokkan untuk mengingatkan pemandu kami supaya sentiasa mempunyai mata mereka di jalan raya dan memandu dengan berhati-hati . Kami mahu memastikan semua orang akan balik kampung dengan lancar dan selamat,” kata Cheryl Goh, Naib Presiden Pemasaran MyTeksi.

“Kami di Maxis adalah peminat besar MyTeksi dan bagaimana ia telah mengubah cara kita bergerak. Kami sangat gembira untuk bekerjasama dengan mereka untuk mengucapkan rakyat Malaysia Hari Raya yang Selamt tahun ini," kata Sulin lau, Ketua Perkhidmatan Pemasaran Maxis.

Pelancaran Safe Mode Kids Pek Global juga tepat pada masanya memandangkan musim perayaan yang menyebabkan tempoh perjalanan yang paling sibuk tahun ini.

Fasa “mencari” suara kanak-kanak tersebut bermula dengan 100 ibu bapa yang menyertakan anak-anak mereka secara sukarela. Seramai 60 kanak-kanak kemudian mengambil bahagian dalam uji bakat dan diberi beberapa baris skrip untuk direkod. 20 suara akhirnya dipilih untuk pek suara tersebut. Untuk menyaksikan apa yang dilalui oleh kanak-kanak tersebut, klik di sini: https://youtu.be/5PmvJKgetH4

Berikut adalah cara untuk mendapatkan pek suara Safe Mode Kids:

1)     Muat turun / buka Waze

2)    Pilih ‘Settings’

3)    Klik ‘Sound’

4)    Pergi ke ‘Voice Language’

5)    Pilih ‘English (US) - Safe Mode Kids’ (powered by Maxis)

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.maxis.com.my/safemode

Categories

Lifestyle
Community

Popular Posts

brochures Maxis Biggest Sale

Come celebrate the festive season with Maxis Biggest Sale! For the month of December 2019 until 29 February 2020, Maxis and Hotlink customers can enjoy awesome promotions on smartphones, with even more deals to come. Literally Maxis’ biggest sale for the year, there is something for everyone!

Lifestyle
access_time 04 Dec 2019
brochures Fibre 5G-Ready

Upon approval from Malaysian Communication and Multimedia Commission (MCMC) to trial 200MHz of 3.5GHz C-band spectrum, Maxis successfully achieved 2.96Gbps for single user peak speeds, recording a new high at two of its trial sites in Subang Jaya recently. The new record further reinstates the position of Maxis being in the forefront of technology leadership for the nation’s 5G development.

Network
access_time 07 Jan 2020
brochures Hotlink Rewards, Free Prizes Every Day

Everybody loves prizes! So, in conjunction with its first anniversary since launching last November, Hotlink Rewards is making it super easy for Malaysians to click and be rewarded. Hotlink customers stand a chance to take home Oppo phones, GoPro Hero 7 cameras, Sony PlayStation 4 Pro consoles, Pensonic air fryers and RM500 Shopee e-vouchers, by just logging into the Hotlink RED App and redeeming the respective ‘Free Prizes Every Day’ deal from now until 31 December.

Lifestyle
access_time 02 Dec 2019
Archives
Tags