MyMaxis App Memandu Masa Depan Perkhidmatan Pelanggan Layan Diri

MyMaxis App kini boleh didapati untuk para pelanggan pascabayar Maxis, dan boleh di muat turun dari Google Play Store dan App Store. MyMaxis App adalah aplikasi layan diri yang amat senang dan mudah digunakan (sapu/sentuh untuk melihat skrin yang berbeza), mempunyai pemantau penggunaan internet mudah alih dan ganjaran-ganjaran yang akan mengikuti anda ke mana sahaja anda pergi. Pelanggan juga hanya perlu log masuk sekali sahaja untuk mengakses maklumat mereka dengan serta-merta.

Sebagai satu aplikasi layan diri, anda boleh melihat maklumat akaun sepintas lalu, mengakses ciri-ciri layan diri dengan cepat, memuat turun dan bayar bil, menyemak penggunaan data serta membeli pas data. Sebagai satu aplikasi ganjaran, ia menawarkan pelanggan lebih 100 ganjaran dalam kategori makan, pelancongan, hiburan, kesihatan & kecantikan dan membeli-belah menggunakan teknologi berasaskan lokasi, dimana pelanggan akan menerima notis apabila mereka berhampiran dengan ganjaran tersebut. Mereka boleh melihat dan menebus ganjaran-ganjaran ini yang berdasarkan lima kategori utama.

“Peranan pusat fizikal telah berkembang daripada menjadi tempat yang berorientasikan transaksi kepada tempat yang berasaskan konsultasi. Oleh itu, aktiviti-aktiviti seperti menyemak bil, pengesanan penggunaan, pembelian dan pembayaran boleh dilakukan oleh pelanggan itu sendiri hanya melalui aplikasi ini. Kami juga telah mengira bahawa aplikasi ini sebenarnya dapat menjimat lebih daripada 34 jam masa anda setahun.

“Cita-cita kami untuk MyMaxis App dalam hal ini adalah mudah - kami ingin memberi kuasa kepada para pelanggan kami untuk berinteraksi dengan kami dengan mudah dengan mengakses perkhidmatan kami melalui peranti mereka. Matlamat kami adalah untuk menjadikan aplikasi ini sebagai pilihan utama bagi semua aktiviti utama pelanggan. MyMaxis App juga menunjukkan bahawa walaupun kami telah melabur dalam pendigitalan untuk memastikan bahawa para pelanggan kami mempunyai kawalan penuh ke atas akaun-akaun mereka melalui telefon pintar, kami masih mengekalkan hubungan peribadi dengan mereka melalui ganjaran yang mengikuti mereka ke mana sahaja mereka pergi," kata Dushyan Vaithiyanathan, Ketua Perniagaan Pengguna Maxis.

Untuk mula menggunakan MyMaxis App, muat turun aplikasi tersebut dari Google Play bagi pengguna Android dan dari App Store bagi pengguna iOS. Apabila selesai dengan muat turun, pengguna hanya perlu log masuk sekali sahaja untuk mengakses maklumat akaun dan ganjaran mereka.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.maxis.com.my

Archives
Tags

Popular
Posts

Maxis logo

Maxis offers three-month free access on Hotlink Postpaid 60 plans for healthcare frontliners

As the nation journeys through a recovery phase of Covid-19 and life under the new normal, the efforts and dedication of healthcare frontliners have still not gone unnoticed. Recognising their needs of essential connectivity, Maxis is offering a promotion dedicated for healthcare workers across 86 public and private hospitals nationwide with a three-month free access for its Hotlink Postpaid 60 plan. Each activated SIM card comes with 10GB data, plus free 10GB for YouTube, and unlimited calls and SMS to all networks.

TELL ME MORE
Paul McManus

Maxis identified as a Technology Solutions Provider by MDEC to help SMEs restart their businesses

Maxis has been identified as a Technology Solutions Provider (TSP) by the Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) for the RM500 million SME Digitalisation Grant under Budget 2020.

TELL ME MORE
Maxis Logo

Maxis hosts its first fully virtual AGM as health and safety of all remain top priority

Maxis today reached a historic milestone when it hosted its 11th Annual General Meeting (AGM) in full virtual proceedings today for the first time, where the meeting was conducted via live streaming and online voting. Maxis thanks its shareholders for their positive reception as well as for their virtual attendance and participation. Shareholders approved all the ordinary resolutions proposed at the AGM. Maxis also records its appreciation to the Securities Commission for the Guidance and FAQs on the conduct of virtual general meetings.

TELL ME MORE