Peluang Terakhir Untuk Mendapatkan Pas Ke Konsert One Direction Dengan Peraduan Bus-Away Hotlink!

Para pelanggan Hotlink dan peminat kumpulan pop dari Britain, One Direction, masih ada peluang untuk memenangi perjalanan yang ditanggung sepenuhnya untuk menyaksikan salah satu daripada kumpulan muzik yang paling popular di dunia, secara langsung! Hotlink akan memberi sepasang pas kepada 16 pemenang, dan Februari ini merupakan bulan terakhir untuk merebut empat pasang pas yang terakhir. Peraduan Bus-Away One Direction, yang dibuka sejak 18 November 2014, akan berakhir pada 27 Februari 2015.

Peraduan ini memberikan pelanggan peluang untuk memenangi sepasang pas untuk menyaksikan konsert kumpulan ini secara langsung di "On The Road Again Tour" mereka di Stadium Nasional Singapura pada 11 Mac 2015, bersempena dengan pelancaran album terbaru mereka "FOUR". Pemenang peraduan ini akan dipandu ke konsert One Direction di Singapura dalam sebuah bas yang direka khas.

Untuk menyertai peraduan Bus-Away One Direction, para pelanggan hanya perlu:

Mereka sepanduk (signage) konsert One Direction yang paling kreatif. Pelanggan mempunyai pilihan untuk menggunakan bakat seni masing-masing dengan menggunakan peranti mudah alih atau komputer untuk mereka sepanduk
Kongsikan melalui Twitter, Instagram atau Facebook dan gunakan hashtag #livelifeloud #thereisonlyonedirection. Pelanggan harus memastikan tetapan privasi mereka ditetapkan ke ‘public’ untuk membolehkan penyertaan mereka diulaskan
Akses Hotlink RED App dan klik ‘Feedback’. Dibawah ‘Category’, pilih ‘Live.Life.Loud’
Letakkan pautan (link) gambar mereka dalam ‘Message’ untuk menang.
Mereka boleh mencari contoh-contoh di #livelifeloud dalam Instagram atau Twitter.

Navin Manian, Ketua Prabayar Maxis, Perniagaan Pengguna berkata, “Hotlink membawa pengalaman-pengalaman muzik yang terbaik kepada pelanggan kami, dan kami gembira bahawa ia telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Peraduan Bus-Away ini adalah satu lagi contoh jenis ganjaran dan manfaat para pelanggan kami boleh nikmati apabila mereka mengakses dunia #LiveLifeLoud melalui Hotlink RED App. Kami ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada para pelanggan kami pada bulan ini dan berharap pengalaman ini akan menjadi satu kenangan manis bagi semua pemenang!”

Hotlink RED App, yang telah dilancarkan pada bulan Mei tahun lalu, merupakan aplikasi layan diri yang terbaik dalam kelasnya yang direka untuk memperkaya dan memudahkan kehidupan pelanggan Hotlink, dan membolehkan mereka untuk mengambil kawalan penuh akaun prabayar mereka seperti memantau baki dan penggunaan data mereka, menambah nilai dan membeli perkhidmatan internet mudah alih untuk pengalaman pelanggan yang tiada tandingan. Dengan memuat turun aplikasi ini, pelanggan Hotlink akan menikmati akses automatik kepada ganjaran #LiveLifeLoud sepanjang tahun, termasuk akses VIP ke selebriti kegemaran mereka, hadiah-hadiah eksklusif seperti barangan yang ditandatangani dan ganjaran harian, pengalaman epik ke festival muzik dan konsert serta peluang untuk mendekati personaliti-personaliti yang menginspirasikan.

Hotlink RED App boleh dimuat turun di Google Play bagi pengguna Android, dan di App Store bagi pengguna iOS. Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan Bus-Away One Direction, sila layari http://www.hotlink.com.my/en/livelifeloud/lll.html

 

 

Archives
Tags

Popular
Posts

Always Be Ahead in a changing world

Maxis makes commitment to enable customers to Always Be Ahead in a changing world

In a time of constant change across the world, driven especially by advancements in technology, Maxis today unveiled its new brand purpose: To bring together the best of technologies to help people, businesses and the nation to Always Be Ahead in a changing world. The new brand purpose was launched in conjunction with Maxis’ 25th anniversary and the upcoming Merdeka celebrations, to signify the intertwining of Maxis’ and Malaysia’s past, present and future journey together in this rapidly evolving digital age.

TELL ME MORE
Retransformation

Maxis calls on organisations to rethink Digital Transformation Strategy through Retransformation

Maxis is calling on organisations in Malaysia to rethink and reevaluate their digital transformation strategies.

TELL ME MORE
Natalia Navin, Chief Human Resource Officer, Maxis

Maxis launches three new scholarships in building future technology and innovation leaders

In its commitment to building tech-savvy and forward-thinking leaders, Maxis has launched three new scholarships to support the aspirations of bright and deserving young individuals. Candidates can apply for the Maxis Women in Tech Undergraduate 2020 Scholarship, Maxis Tech Undergraduate 2020 Scholarship and the Maxis Young Leaders Undergraduate 2020 Scholarship. Due to the overwhelming response received from applicants, the initial submission deadline of 31 August has now been extended to 14 September to allow more students to apply.

TELL ME MORE