Tonton Video Kegemaran Anda Dengan Pas Video Monster Hotlink

schedule 21 Dec 2015

Gemar menonton video? Kini anda boleh menonton lebih banyak video kegemaran anda dengan Pas Video Monster Hotlink, yang membolehkan pengguna menikmati penstriman video sebanyak 1GB dan 500MB internet untuk kegunaan lain, hanya pada RM8 sehari. Pelanggan masih mempunyai peluang untuk membeli pas ini sementara tawaran masih sah sehingga 4 Januari 2016.

Dengan Pas Video Monster Hotlink, anda akan menikmati:

Harga Kuota

RM8

(Sah untuk 1 hari)

500MB + 1GB YouTube

Dail *100*2*3*2# untuk melanggan

RM5 (Sah untuk 1 hari)

500MB

Dail *100*2*3*1# untuk melanggan

* Selain YouTube, Maxis akan memperkenalkan rakan kongsi video lain tidak lama lagi

"Pengguna Internet hari ini menghabiskan masa mereka dalam talian dengan menonton semua jenis video, sama ada untuk menonton video-video kucing atau untuk mendapatkan berita terkini di seluruh dunia. Hotlink kini membuat penstriman video lebih mudah dan mampu dimiliki berbanding sebelum ini dengan Pas Video Monster, secara langsung dari telefon mudah alih mereka. Selain daripada YouTube, kami juga akan menjemput rakan kongsi video yang lain untuk memberikan pelanggan kami pengalaman penstriman yang lebih menarik," kata Navin Manian, Ketua Prabayar Maxis.

Pelanggan boleh membeli Pas Video Monster melalui Aplikasi RED Hotlink, dengan memuat turun aplikasi melalui App Store atau Google Play Store. Pelanggan juga boleh membeli Pas dengan mendail *100# dan memilih "Internet Mudah Alih" dari telefon mudah alih mereka. Rakan kongsi video yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada Pas Video Monster, boleh berbuat demikian dengan menghubungi pasukan Pemasaran Prabayar Maxis melalui Perkhidmatan Pelanggan kami di talian 1-800-82-1123 atau 123 dari telefon mudah alih mereka.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Pas Video Monster Hotlink, lawati www.hotlink.com.my.

Categories

Lifestyle

Popular Posts

Archives
Tags