Maxis Bekerjasama Dengan OnePlus Untuk Menjadi Pembawa Eksklusif Di Malaysia

Maxis dan OnePlus dengan bangganya mengumumkan pelancaran OnePlus One (One) di Malaysia. Mengikuti persediaan yang telah mengambil masa beberapa bulan, One kini boleh didapati secara eksklusif dengan Maxis, penyedia perkhidmatan komunikasi terkemuka di Malaysia, bermula esok 22 April di semua cawangan Maxis di seluruh negara. Model OnePlus One Sandstone Black 64GB, yang akan dijual pada harga pasaran sebanyak RM1,199, boleh didapati dengan Pelan MaxisONE untuk hanya RM859.

OnePlus mempunyai cara pelancaran yang unik untuk perantinya di seluruh dunia. Sehingga baru-baru ini, jemputan diperlukan untuk membeli peranti One di seluruh dunia. Walau bagaimanapun, Malaysis akan menjadi negara pertama dimana One akan dilancarkan di kedai-kedai Maxis dan tanpa jemputan. Jangkauan luas Maxis dan komitmennya terhadap pengalaman pelanggan yang tidak dapat ditandingi menjadikan mereka pilihan terbaik bagi perkongsian pembawa pertama OnePlus.

Perkongsian terbaru ini merupakan satu lagi pencapaian oleh Maxis dalam membawa peranti tercanggih dari seluruh dunia pada nilai yang terbaik.

“Dalam zaman Internet ini, kami tahu apa yang pelanggan kami ingini, dan itu merupaka peranti-peranti yang terbaik pada harga yang kompetitif. Kami berbangga dapat bekerjasama dengan satu lagi jenama yang inovatif yang memegang keperibadian di seluruh dunia. Dengan pakej Pelan MaxisONE yang menarik dan rangkaian data yang unggul, pelanggan kami boleh mengharapkan satu pengalaman mudah alih yang mengujakan,” kata Dushyan Vaithiyanathan, Ketua Perniagaan Pengguna Maxis. Walaupun ia merupakan satu syarikat yang sangat muda dan hanya berusia lebih setahun, One telah dipuji di seluruh dunia sebagai salah satu peranti yang terbaik di pasaran, yang menggabungkan ciri-ciri komputer yang terbaik dalam kelasnya dengan reka bentuk yang menarik. Berikutan sokongan yang luar biasa daripada pengguna Malaysia, Maxis dan OnePlus sangat gembira kerana dapat membawa ‘Flagship Killer’ ini, dan pelbagai aksesori OnePlus, ke rantau ini dengan cara yang belum pernah dilakukan sebelum ini.

“Sejajar dengan perkembangan kami, ia semakin penting untuk bekerja dengan rakan-rakan kongsi yang tepat untuk memberikan pengalaman terbaik. Melangkah dari luar talian merupakan satu pengalaman yang pertama bagi kami dan kami sangat gembira untuk mencari rakan kongsi yang kukuh dalam Maxis yang boleh menolong kami mengambil langkah-langkah pertama,” kata Carl Pei, pengasas bersama OnePlus.

Harga pelan:

              OnePlus One with MaxisONE Plan
Harga Pasaran *
RM1,199
Harga peranti dengan pelan *
RM859
Yuran Komitmen Bulanan *

RM128 untuk 12 bulan pertama

RM158 selepas 12 bulan

Panggilan
Tanpa had ke semua rangkaian (termasuk talian tetap)
SMS
Tanpa had ke semua rangkaian
Internet **

3GB (4G LTE)

(0 sen untuk Internet selepas kuota berkelajuan tinggi)

Perayauan
Satu kadar rata untuk perayauan data di 106 negara (RM38/day)
Kontrak
24 bulan

* Harga tidak termasuk GST 6%

** Dapatkan kuota tambahan sebanyak 1GB (jumlah 4GB) untuk 6 bulan jika dibeli sebelum 28 April

Mementingkan perkhidmatan premium, para pengguna OnePlus boleh mendapatkan jaminan terhad selama satu tahun, dimana untuk bulan pertama, Maxis akan menawarkan perkhidmatan selepas jualan termasuk penukaran mana-mana peranti 1 ke 1 sehingga akhir bulan Mei di Pusat Maxis di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.maxis.com.my atau www.oneplus.net.

 

Archives
Tags

Popular
Posts

Always Be Ahead in a changing world

Maxis makes commitment to enable customers to Always Be Ahead in a changing world

In a time of constant change across the world, driven especially by advancements in technology, Maxis today unveiled its new brand purpose: To bring together the best of technologies to help people, businesses and the nation to Always Be Ahead in a changing world. The new brand purpose was launched in conjunction with Maxis’ 25th anniversary and the upcoming Merdeka celebrations, to signify the intertwining of Maxis’ and Malaysia’s past, present and future journey together in this rapidly evolving digital age.

TELL ME MORE
Retransformation

Maxis calls on organisations to rethink Digital Transformation Strategy through Retransformation

Maxis is calling on organisations in Malaysia to rethink and reevaluate their digital transformation strategies.

TELL ME MORE
Natalia Navin, Chief Human Resource Officer, Maxis

Maxis launches three new scholarships in building future technology and innovation leaders

In its commitment to building tech-savvy and forward-thinking leaders, Maxis has launched three new scholarships to support the aspirations of bright and deserving young individuals. Candidates can apply for the Maxis Women in Tech Undergraduate 2020 Scholarship, Maxis Tech Undergraduate 2020 Scholarship and the Maxis Young Leaders Undergraduate 2020 Scholarship. Due to the overwhelming response received from applicants, the initial submission deadline of 31 August has now been extended to 14 September to allow more students to apply.

TELL ME MORE