Maxis Menawarkan Samsung Galaxy S6 Dan Galaxy S6 Edge Bersama Pelan MaxisONE

schedule 17 Apr 2015

Masanya sudah tiba. Pelanggan yang telah menunggu untuk mendapatkan Samsung Galaxy S6 dan Samsung Galaxy S6 Edge yang dinanti-nantikan kini boleh membeli peranti mereka bersama dengan Pelan MaxisONE, dan menikmati sepenuhnya ciri-ciri canggih peranti dengan rangkaian 4G LTE berkelajuan tinggi Maxis. Maxis juga satu-satunya syarikat telekomunikasi yang menawarkan Galaxy S6 Edge berwarna Emerald Green untuk masa yang terhad sahaja. Peranti-peranti ini boleh didapati melalui Maxis Online Store di www.store.maxis.com.my dan di semua kedai Maxis di seluruh negara mulai 17 April.

Galaxy S6 berharga RM1,659, manakala Galaxy S6 Edge pula berharga RM1,999 bersama dengan Pelan MaxisONE untuk kontrak 24-bulan. Selain daripada warna Emerald Green yang tersedia untuk Galaxy S6 Edge, pelanggan juga boleh memilih daripada tiga warna yang lain - Black Sapphire, White Pearl atau Gold Platinum - untuk kedua-dua peranti tersebut.

“Kami teruja untuk memperkenalkan Samsung Galaxy S6 dan Galaxy S6 Edge kepada pilihan peranti kami yang beraneka jenis, kesemuanya boleh didapati bersama dengan Pelan MaxisONE kami. Dengan pelancaran Galaxy S6 dan S6 Edge, Maxis sekali lagi membawa para pelanggan peranti-peranti dan pelan yang terbaik dengan pengalaman yang terbaik. Selain itu, rangkaian LTE Maxis yang tercanggih meningkatkan prestasi peranti-peranti tersebut, dan memberi pengalaman yang lebih unggul kepada pelanggan,” kata Dushyan Vaithiyanathan, Ketua Perniagaan Pengguna Maxis.

Berikut adalah harga dan butir-butir Galaxy S6 dan Galaxy S6 Edge:

  Samsung Galaxy S6 MaxisONE Plan 128
Samsung Galaxy S6 Edge MaxisONE Plan 128 + 1GB
Harga Peranti*
RM 1,659
RM 1,999
Yuran komitmen bulanan*
RM 128 RM 158
Masa bercakap PERCUMA
Tanpa had ke semua rangkaian (termasuk talian tetap)
Teks PERCUMA
Tanpa had ke semua rangkaian
Internet PERCUMA
2GB (4G LTE)
3GB (4G LTE)
Perayauan PERCUMA
Satu kadar rata perayauan di 106 negara (RM38/sehari)
Kontrak
24 bulan
Promosi Khas**
Beli 1GB data tambahan, dan dapatkan 1GB PERCUMA

Memperkenalkan satu standard baru bagi reka bentuk, ketukangan dan prestasi, Galaxy S6 and Galaxy S6 Edge mengabungkan bahan premium dan teknologi Samsung yang tercanggih untuk menawarkan pelanggan pengalaman mudah alih yang tidak dapat ditandingi. Galaxy S6 dan Galaxy S6 Edge juga dilengkapkan dengan kamera belakang dan depan yang sangat jelas dan terang dengan F1.9 apertur. Kedua-dua peranti juga mempunyai pad pengecasan tanpa wayar dan fungsi penjimatan kuasa yang membolehkan pengecasan pantas selama 10 minit untuk penggunaan selama 4 jam, dan juga mempunyai pemproses 64 bit, Octa-core sepantas kilat, yang merupakan teknologi teras Samsung yang termaju dan tercanggih yang sedia ada.

Untuk maklumat lanjut megenai pelan kadar Maxis untuk Samsung Galaxy S6 dan Galaxy S6 Edge, sila lawati www.maxis.com.my. Untuk maklumat lanjut megenai ciri-ciri utama kedua-dua peranti, sila www.samsung.com.my

Categories

Lifestyle

Popular Posts

Archives
Tags