maxis

Maxis Merekodkan Prestasi Operasi Yang Kukuh Bagi Suku Pertama 2015

schedule 27 Apr 2015

Momentum yang positif daripada inisiatif-inisiatif transformasi di Maxis kini memacu petunjuk operasi ke arah menaik. Syarikat mencatatkan pertumbuhan pelanggan yang kukuh dan penggunaan data yang dipertingkatkan didorong oleh proposisi nilai yang menarik dan rangkaian berprestasi tinggi pada suku pertama 2015.

Buat kali pertama sejak 2010, Syarikat telah menentang trend suku pertama yang secara tradisionalnya perlahan untuk merekodkan hasil perkhidmatan sebanyak RM2,127 juta, meningkat 1.6% dari suku ke-empat 2014. Suku ini juga menyaksikan Maxis menambah 328k pelanggan yang menjana hasil (revenue generating subscribers - RGS) baru, membawa jumlah penuh RGS ke 12 juta.

Dengan pemodenan rangkaiannya dan pengembangan LTE menyampaikan peningkatan ketara dalam pengalaman pelanggan dan memacu penggunaan data, Maxis kini mempunyai 9 juta pengguna Internet mudah alih, manakala penembusan telefon pintar yang dicampur berada pada 57% pada suku ini.

Morten Lundal, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, berkata, "Ini merupakan satu pemulihan yang kukuh untuk segmen prabayar kami. Kami kini mencatatkan pertumbuhan empat suku berturut-turut dalam hasil dan pelanggan prabayar. Kami juga melihat peralihan positif dalam segmen pascabayar. Hasil pascabayar mengalami impak berikutan langkah-langkah yang kami ambil untuk mengelakkan sebarang kejutan bil dengan Maxis, dan selain itu, kami mempunyai hasil perayauan bermusim pada suku ke-empat 2014. Oleh itu, kami selesa dengan penurunan bersih yang marginal. Pelan MaxisOne kini berada dalam keadaan yang baik bagi kedua-dua pelanggan dan juga Maxis. Seperkara yang pasti, rakyat Malaysia memang sukakan data. Kami melihat purata penggunaan bulanan sebanyak 1.4GB oleh pelanggan pascabayar dan 1GB oleh pelanggan prabayar. Trafik data kami dijangka berkembang lebih lima kali dalam tempoh tiga tahun akan datang. Oleh itu, kami akan terus membuat pelaburan yang tinggi untuk menyampaikan kapasiti ini dan memberikan pengalaman data terbaik kepada pelanggan kami."

Bersandarkan asas hasil yang lebih tinggi, EBITDA berjumlah RM1,047 juta dan margin EBITDA sebanyak 48.7% bagi tempoh ini adalah lebih tinggi daripada suku sebelumnya. Keuntungan bagi tempoh ini berjumlah RM455 juta, lebih tinggi daripada RM419 juta yang dicatatkan pada suku sebelumnya, dan ini didorong terutamanya oleh EBITDA yang lebih tinggi suku ke suku.

Maxis akan meneruskan dengan perbelanjaan modal yang tinggi bagi tahun 2015 melebihi RM1.1 bilion untuk melengkapkan pemodenan rangkaiannya, memacu pengembangan 4G LTE, serta meningkatkan kapasiti dan kualiti. Maxis juga menerajui liputan penduduk 4G LTE di negara ini, mendekati 39% daripada penduduk dan meliputi pusat pasaran utama dan ibu negeri.

Syarikat telah mengumumkan dividen interim pertama sebanyak lima sen sesaham.

Categories

Corporate

Popular Posts

brochures Maxis Biggest Sale

Come celebrate the festive season with Maxis Biggest Sale! For the month of December 2019 until 29 February 2020, Maxis and Hotlink customers can enjoy awesome promotions on smartphones, with even more deals to come. Literally Maxis’ biggest sale for the year, there is something for everyone!

Lifestyle
access_time 04 Dec 2019
brochures Fibre 5G-Ready

Upon approval from Malaysian Communication and Multimedia Commission (MCMC) to trial 200MHz of 3.5GHz C-band spectrum, Maxis successfully achieved 2.96Gbps for single user peak speeds, recording a new high at two of its trial sites in Subang Jaya recently. The new record further reinstates the position of Maxis being in the forefront of technology leadership for the nation’s 5G development.

Network
access_time 07 Jan 2020
brochures Hotlink Rewards, Free Prizes Every Day

Everybody loves prizes! So, in conjunction with its first anniversary since launching last November, Hotlink Rewards is making it super easy for Malaysians to click and be rewarded. Hotlink customers stand a chance to take home Oppo phones, GoPro Hero 7 cameras, Sony PlayStation 4 Pro consoles, Pensonic air fryers and RM500 Shopee e-vouchers, by just logging into the Hotlink RED App and redeeming the respective ‘Free Prizes Every Day’ deal from now until 31 December.

Lifestyle
access_time 02 Dec 2019
Archives
Tags