maxis

Nikmati Kebebasan Dalam Dunia Tanpa Had MaxisONE

schedule 30 Apr 2015

Terdapat begitu banyak pengalaman di Internet yang yang boleh memperkayakan kehidupan orang ramai. Dunia tanpa had MaxisONE bertujuan untuk membolehkan pelanggan menikmati pengalaman ini tanpa gangguan. Hari ini, Maxis mengumumkan pelancaran tiga proposisi yang menyokong ideal berasa bebas di Internet – penstriman tanpa had dan akses percuma ke Spotify Premium, kebebasan untuk menikmati hiburan dari peranti anda ke mana-mana TV dengan Chromecast, dan berkongsi pengalaman-pengalaman menarik dengan orang lain melalui pelan MaxisONE Share.

“Keutamaan kami adalah untuk memastikan para pelanggan kami mempunyai kebebasan sepenuhnya untuk menikmati semua pengalaman dan manfaat menggunakan Internet pada telefon mereka. Ini mendorong kami untuk bekerja keras untuk membangunkan produk dan kerjasama yang membolehkan fenomena ini untuk berterus. Acara hari ini bukan sekadar pelancaran tiga produk yang sangat menarik, tetapi lebih penting lagi membuktikan bahawa ada banyak lagi yang boleh anda lakukan dengan peranti anda, dan anda boleh menikmati pelbagai lagi benda menarik di dunia tanpa had MaxisONE,” kata Dushyan Vaithiyanathan, Ketua Perniagaan Pengguna Maxis.

Lagu Pilihan Anda, Pada Bila-Bila Masa, Secara Percuma dengan #MusicNow
Dengan #MusicNow, dengarkan lagu pilihan anda, pada bila-bila masa, dengan percuma. Sehingga 31 Julai, kami memberikan pelanggan kami akses percuma dan peluang untuk menikmati penstriman tanpa had bagi muzik kegemaran mereka di Spotify Premium. Tanpa iklan. Tanpa sekatan. Tanpa yuran. Tanpa caj data. Cari dan muat turun lebih 30 juta lagu, dan dengarkan sama ada dalam talian atau luar talian. Anda hanya perlukan pelan MaxisONE atau pelan Internet mudah alih prabayar Hotlink yang memberi data 1GB ke atas.

Nikmati hiburan daripada mana-mana peranti Internet kepada mana-mana TV
Maxis adalah syarikat telekomunikasi yang pertama untuk memasarkan Chromecast di Malaysia. Dengan Chromecast, kini anda boleh nikmati hiburan tanpa had dari mana-mana peranti Internet kepada mana-mana TV, termasuk saluran YouTube pilihan anda, filem penuh, permainan, video dan gambar. Bayangkan satu peranti 'Plug & Play' mudah alih yang boleh anda bawa ke mana sahaja, walaupun apabila anda bergerak. Para pelanggan Pelan MaxisONE boleh mendapatkan Chromecast pada hanya RM150 (harga pasaran RM170). Selamat datang ke cara baru untuk menikmati kandungan di TV!

Terlalu Bagus Untuk Tidak Dikongsi
Jika anda melanggan pelan MaxisONE, kini anda boleh berkongsi panggilan dan SMS tanpa had kepada mana-mana telefon mudah alih atau tetap, dan sebanyak mana pun data dengan orang lain dengan MaxisONE Share. Ia merupakan satu-satunya pelan Share yang menawarkan panggilan dan SMS tanpa had. Jika anda masih belum melanggan pelan MaxisONE, anda hanya perlu mendaftar untuk pelan tersebut dengan data tambahan sebanyak 1GB dan mula berkongsi. Dan anda hanya perlu membayar RM48 sebulan untuk setiap talian. Ia terlalu baik untuk tidak dikongsi!

Pelanggan boleh menikmati pengalaman mudah alih terbaik di dunia tanpa had MaxisONE dengan rangkaian 4G LTE Maxis.

Untuk maklumat lanjut mengenai:

Spotify Premium: www.maxis.com.my/spotify
Chromecast: www.maxis.com.my/chromecast
MaxisONE Share: www.maxis.com.my/maxisoneshare

Categories

Lifestyle

Popular Posts

brochures Maxis Biggest Sale

Come celebrate the festive season with Maxis Biggest Sale! For the month of December 2019 until 29 February 2020, Maxis and Hotlink customers can enjoy awesome promotions on smartphones, with even more deals to come. Literally Maxis’ biggest sale for the year, there is something for everyone!

Lifestyle
access_time 04 Dec 2019
brochures Fibre 5G-Ready

Upon approval from Malaysian Communication and Multimedia Commission (MCMC) to trial 200MHz of 3.5GHz C-band spectrum, Maxis successfully achieved 2.96Gbps for single user peak speeds, recording a new high at two of its trial sites in Subang Jaya recently. The new record further reinstates the position of Maxis being in the forefront of technology leadership for the nation’s 5G development.

Network
access_time 07 Jan 2020
brochures Hotlink Rewards, Free Prizes Every Day

Everybody loves prizes! So, in conjunction with its first anniversary since launching last November, Hotlink Rewards is making it super easy for Malaysians to click and be rewarded. Hotlink customers stand a chance to take home Oppo phones, GoPro Hero 7 cameras, Sony PlayStation 4 Pro consoles, Pensonic air fryers and RM500 Shopee e-vouchers, by just logging into the Hotlink RED App and redeeming the respective ‘Free Prizes Every Day’ deal from now until 31 December.

Lifestyle
access_time 02 Dec 2019
Archives
Tags