Maxis Melancarkan Pelan Internet Semua-Dalam-Satu Untuk Segmen perniagaan

schedule 03 Sep 2014

Berikutan pelancaran pelan pascabayar terbaru untuk pengguna, iaitu MaxisONE Plan, Maxis telah melancarkan pelan Internet semua-dalam-satu bagi segmen perniagaan, MaxisONE Business. Pelan ini dilengkapi dengan panggillan suara dan SMStanpa had, dan Perkhidmatan Gred Perniagaan yang bakal meningkatkan fleksibiliti yang diperlukan untuk pasaran PKS di mana mereka boleh mempunyai akses kepada sokongan pusat perkhidmatan pelanggan 24/7 melalui hanya satu nombor tunggal.

Secara ringkas, berikut adalah tawaran MaxisONE Business untuk para pelanggan:

Panggilan suara dan SMS tanpa had ke semua rangkaian: Perniagaan akan sentiasa terhubung dengan panggilan dan SMS tanpa had ke semua rangkaian, termasuk talian tetap, setiap hari
Internet Tanpa Berasa Bimbang: Internet berkelajuan tinggi tanpa caj tambahan selepas melebihi kuota
Perkhidmatan Gred Perniagaan: Pelbagai perkhidmatan berkaitan dengan perniagaan untuk setiap keperluan perniagaan, termasuk perkhidmatan pelanggan 24/7 yang khusus, pengurusan perbelanjaan mudah dan data mudah alih syarikat yang selamat
Penyelesaian Mobiliti Khusus: Lengkapkan pelan anda dengan penyelesaian yang dikhususkan untuk perniagaan anda
Kadar perantauan data sebanyak RM38 sehari ke lebih 100 negara: Dengan satu kadar rata, anda tidak lagi dikenakan caj bayar bila guna (pay-per-use charges) apabila merantau
Tawaran Peranti: Peranti percuma & tawaran menarik yang lain apabila anda mendaftar dengan mana-mana pelan
“Dalam persekitaran perniagaan hari ini, pelanggan mencari penyelesaian yang lebih mudah dan kos cekap untuk mengembangkan perniagaan mereka. Dengan menggunakan penyelesaian sehenti yang melangkaui perkhidmatan mudah alih, pelan MaxisONE Business membolehkan para pelanggan kami untuk hanya membuat SATU keputusan dan mempunyai akses kepada penyelesaian BANYAK untuk membantu memacu prestasi dan pertumbuhan. Pelan perniagaan baru ini mempertingkatkan tawaran penyelesaian perusahaan kami di Maxis ke tahap bersepadu yang baru,” kata Abraham Foss, Ketua Perusahaan Maxis.

"Dengan PKS membentuk sebahagian besar perniagaan di negara ini, yang menyumbang lebih daripada 32% daripada GDP negara dan bersedia untuk menyumbang 41% pada tahun 2020, terdapat potensi yang begitu banyak bagi mereka untuk terus berkembang. Dengan pemahaman yang kukuh dalam pasaran PKS dan oleh kerana penumpuan pelangaan kami, matlamat kami adalah untuk mewujudkan nilai dan menyediakan mereka dengan cara-cara baru dan lebih baik untuk bekerja. Oleh itu MaxisONE Business adalah penyelesaian kritikal dalam memenuhi aspirasi kita untuk pasaran yang teguh ini, terutamanya pada era di mana permintaan semakin meningkat untuk penumpuan mudah alih tetap di mana pelanggan boleh mempunyai pengalaman platform yang lancar dengan kebebasan untuk bekerja dari mana-mana sahaja," katanya.

Pelan MaxisONE Business menawarkan tiga pilihan pelan iaitu MaxisONE™ plan lite, MaxisONE™ Business dan MaxisONE™ Business Extra:

 

MaxisONE™

plan lite

MaxisONE™

Business

MaxisONE™

Business Extra

Yuran Bulanan Termasuk*
RM78
RM148
RM188
Panggilan dan SMS
Tanpa Had (Maxis/Hotlink)
Tanpa Had (Semua Rangkaian)

Tanpa Had (Semua Rangkaian)
Data**
1GB 2GB 4GB + 1 Multi SIM

TERMASUK:Business Grade Services

Perkhidmatan Pelanggan 24/7 yang Khusus

Pengurus Perbelanjaan Telekomunikasi

Dana Peranti

Pengurusan Peranti Mudah Alih

 

TAMBAHAN:Penyelesaian Mobiliti Khusus

Berkas IDD (RM30/sebulan setiap satu)

 

Asia Top 16 IDD

Biz Top 25 IDD

Biz Countries IDD

Lindungan peranti (RM29/sebulan)

 

Harga Peranti > RM1,000

 

Internet Berkelajuan Tinggi

 

1GB untuk RM30/sebulan

500MB untuk RM20/sebulan

200MB untuk RM10/sebulan

 

Perantauan Data

RM38/sehari (ke lebih 100 negara)

*Tidak termasuk panggilan antarabangsa, perantauan dan perkhidmatan langganan. Bagi MaxisONE Plan lite, kadar ke rangkaian lain adalaah 15 sen/min dan 10 sen/SMS.
**Data tanpa henti tanpa caj tambahan selepas melebihi kuota internet bulanan.

Untuk mendaftar pelan MaxisONE Business, sila hubungi 1-800-82-1919. Untuk maklumat lanjut mengenai pelan MaxisONE Business, sila layari www.maxis.com.my/business.

 

Categories

Enterprise

Popular Posts

Archives
Tags