maxis

Maxis Menyampaikan Biasiswa Kepada Bakat-Bakat Muda Ke Universiti-Universiti Terkemuka

schedule 15 Sep 2014

Maxis Berhad (Maxis) terus menunjukkan komitmen yang kukuh terhadap pendidikan dan pembangunan kepimpinan dengan menyampaikan Anugerah Kecemerlangan Biasiswa Maxis (Maxis Scholarship for Excellence Awards - MSEA) kepada 10 pelajar muda Malaysia yang cemerlang. Anugerah tersebut disampaikan oleh Pengerusi Maxis, YM Raja Tan Sri Dato' Seri Arshad Raja Tun Uda, di satu majlis khas yang diadakan di Kuala Lumpur pada 27 Ogos.

Penerima biasiswa MSEA pada tahun ini terdiri daripada 10 siswazah yang akan menuntut di universiti-universiti antarabangsa terkemuka seperti London School of Economics, Imperial College London, University of North Carolina at Chapel Hill dan University of Queensland, antara yang lain. Para pelajar telah dipilih oleh panel hakim berwibawa dari Maxis dan juga dari pihak luaran.

Berucap pada majlis tersebut, YM Raja Tan Sri Arshad berkata, "Kami fahami bahawa apa jua kejayaan dalam transformasi ekonomi negara bergantung kepada keupayaan kami untuk memupuk bakat Malaysia dalam memenuhi keperluan pembangunan masa hadapan. Ia adalah dengan kepercayaan ini kami akan sentiasa memberi sokongan padu kepada golongan muda Malaysia dalam memenuhi aspirasi dan potensi mereka dengan membuka peluang kepada mereka melalui program MSEA kami."

Penerima biasiswa Tien Eu Min, yang akan mempelajari bidang Psikologi di University College London, melahirkan kegembiraan dan perasaan terima kasih setelah dipilih sebagai salah seorang penerima MSEA. "Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Maxis kerana memberi peluang kepada saya untuk menjadi sebahagian daripada kumpulan bakat muda mereka dan untuk berkhidmat dengan lebih baik kepada negara melalui program MSEA."

Girrja a/p Mohandass, yang akan melanjutkan pengajian dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal di Imperial College London, berkata, "Ia benar-benar satu penghormatan untuk menjadi salah seorang penerima MSEA. Ini adalah peluang sekali seumur hidup dan saya amat berterima kasih kepada Maxis diatas peluang ini. Selepas tamat pengajian saya, saya sangat tidak sabar untuk menjadi sebahagian daripada Maxis dimana saya percaya saya boleh menimba ilmu berharga dan kemahiran yang diperlukan dalam dunia korporat."

Seorang lagi penerima MSEA, Mohd Afiq Bin Mohd Fauzi, yang akan mempelajari bidang Ekonomi di University of Queensland, berkata, "Rasanya luar biasa menjadi penerima MSEA. Saya masih bangun pada waktu pagi dengan perasaan penuh keterujaan! Saya telah menunggu begitu lama untuk peluang melanjutkan pelajaran, dan untuk mendapatkannya dari salah satu program biasiswa yang paling didambakan di negara ini adalah satu penghormatan yang amat tinggi sekali."

Usaha-usaha berkaitan pendidikan Maxis yang lain termasuk projek perdana Cyberkids yang bertujuan untuk merapatkan jurang digital dan menyediakan pelajar Malaysia dengan kemahiran berkaitan teknologi. Setakat ini, Maxis telah mendekati lebih daripada 9,200 pelajar dan guru-guru di lebih 1,500 sekolah di seluruh negara. Pada tahun 2012, program Cyberkids telah diperluaskan ke Sekolah-Sekolah Keperluan Khas.

Categories

People

Popular Posts

brochures Maxis Biggest Sale

Come celebrate the festive season with Maxis Biggest Sale! For the month of December 2019 until 29 February 2020, Maxis and Hotlink customers can enjoy awesome promotions on smartphones, with even more deals to come. Literally Maxis’ biggest sale for the year, there is something for everyone!

Lifestyle
access_time 04 Dec 2019
brochures Fibre 5G-Ready

Upon approval from Malaysian Communication and Multimedia Commission (MCMC) to trial 200MHz of 3.5GHz C-band spectrum, Maxis successfully achieved 2.96Gbps for single user peak speeds, recording a new high at two of its trial sites in Subang Jaya recently. The new record further reinstates the position of Maxis being in the forefront of technology leadership for the nation’s 5G development.

Network
access_time 07 Jan 2020
brochures Hotlink Rewards, Free Prizes Every Day

Everybody loves prizes! So, in conjunction with its first anniversary since launching last November, Hotlink Rewards is making it super easy for Malaysians to click and be rewarded. Hotlink customers stand a chance to take home Oppo phones, GoPro Hero 7 cameras, Sony PlayStation 4 Pro consoles, Pensonic air fryers and RM500 Shopee e-vouchers, by just logging into the Hotlink RED App and redeeming the respective ‘Free Prizes Every Day’ deal from now until 31 December.

Lifestyle
access_time 02 Dec 2019
Archives
Tags