Nikmati Lebih Data Dengan Pelan MaxisONE Untuk Hanya RM58 Sebulan

schedule 15 Oct 2014

Berikutan kejayaan pelancaran pelan pascabayar barunya pada bulan Mei tahun ini, iaitu Pelan MaxisONE, Maxis sekali lagi mempertingkatkan lagi tawaran bagi pelan tersebut dengan menawarkan pelanggan Tambahan Data Bulanan barunya sebanyak 3GB data untuk hanya RM58 sebulan. Selain itu, pelanggan akan dapat berhubung dan berkongsi data mereka secara bebas dengan 5 peranti, di mana-mana telefon pintar, tablet atau jam pintar, untuk hanya RM15 sebulan bagi setiap peranti.

"Trend sekarang menunjukkan bahawa orang ramai sudah menggunakan teknologi mudah alih dan tanpa wayar dan itu adalah satu perkara yang sangat baik kerana lebih ramai kini boleh mengakses Internet. Semakin ramai rakyat Malaysia sudah mula menggunakan data pada peranti mereka untuk melayari internet atau media sosial, oleh itu, Maxis telah memperkenalkan penawaran data baru yang melengkapkan lagi Pelan MaxisONE kami, yang merupakan satu-satunya pelan Internet yang menawarkan panggilan dan SMS tanpa caj. Data tambahan baru ini juga akan membolehkan para pelanggan kami untuk berkongsi data diantara beberapa peranti, yang bermaksud bahawa pelanggan kami boleh menikmati pelayaran internet yang benar-benar bimbang bebas di peranti pilihan mereka," kata Dushyan Vaithiyanathan, Ketua Perniagaan Pengguna Maxis.

Secara ringkas, Pelan MaxisONE menawarkan:

Panggilan suara (talian mudah alih & tetap) dan SMS adalah tanpa had ke semua rangkaian: Anda tidak perlu lagi bimbang mengenai bayaran bagi panggilan atau SMS.
Internet adalah Sentiasa Terhubung: Walaupun anda telah menghabiskan kuota berkelajuan tinggi yang diperuntukkan, anda boleh terus berlayar dengan internet asas percuma. Data tambahan atau 'data boosters' boleh didapati dari serendah RM10 untuk 200MB.
Merantau dunia (106 negara) pada satu kadar rata sebanyak RM38 sehari: Dengan satu kadar rata, anda tidak lagi dikenakan caj bayar bila guna (pay-per-use charges) apabila merantau.
Telefon pintar baru ditawarkan dengan Pelan MaxisONE: Dari pelbagai peranti yang ditawarkan, beberapa model boleh didapati secara PERCUMA dengan pelan tesebut, untuk anda mula menikmati tawaran ini dengan segera.

Tambahan Data Bulanan adalah eksklusif untuk Pelan MaxisONE sahaja. Untuk mendaftar, pelanggan boleh menghubungi 123 dari telefon mudah alih Maxis mereka atau lawati mana-mana Pusat Maxis di seluruh negara. Untuk maklumat lengkap mengenai Pelan MaxisONE, sila layari http://www.maxis.com.my.

Categories

Lifestyle

Popular Posts

Archives
Tags