Tentera “Penguji Ekstrim” Maxis Menguji Rangkaian Baru Maxis

schedule 04 Nov 2014

Sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan untuk memberikan pengalaman data yang terbaik kepada pelanggan, Maxis telah menjalankan Ujian Pandu Rangkaian Baru (New Network Test Drive) yang melibatkan lebih 1,000 warga kerja Maxis untuk menguji rangkaian data yang dimodenkan di seluruh Semenanjung Malaysia. Warga kerja Maxis mengembara ke pusat-pusat pasaran utama di Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Pulau Pinang dan Johor. Objektif uji pandu rangkaian ini adalah untuk membolehkan kakitangan Maxis mengalami sendiri rangkaian baru yang dimodenkan ini dengan cara yang menarik dan menyeronokkan, dan juga untuk melibatkan diri dengan pelanggan secara peribadi. Ujian-ujian yang telah dijalankan adalah berdasarkan tiga bidang utama yang penting untuk pengalaman pelanggan, iaitu kelajuan muat turun, masa muatan (loading time) laman-laman web popular dan penstriman YouTube.

“Rangkaian kami adalah pemacu yang paling penting bagi pengalaman pelanggan, dan kami sangat obses dengan butiran yang paling kecil. Pada hari ini, kami memainkan peranan kami sebagai tentera terbesar “penguji ekstrim” dengan menguji rangkaian melalui pelbagai ujian, jadi apa sahaja yang kami janjikan, kami dapat sampaikan kepada para pelanggan. Maxis kini boleh menawarkan rakyat Malaysia teknologi mudah alih yang terbaik. Kami ingin warga kerja kami merasa bangga dengan kualiti rangkaian yang telah kami bina dan memahami apa yang diperlukan untuk memberikan pengalaman pelanggan yang tidak dapat ditandingi. Kami sudah pun mempunyai rangkaian yang sangat kompetitif untuk majoriti penduduk dan ia semakin bertambah baik. Keputusan ujian adalah sangat penting kerana ia akan dijadikan satu tanda aras untuk diri kami sendiri. Maxis akan terus melabur dalam rangkaian kami, dan kita berada di landasan yang betul untuk membelanjakan lebih dari RM1 bilion tahun ini. Rangkaian baru ini akan mencapai lebih daripada 75% penduduk sebelum akhir tahun ini,” kata Morten Lundal, Ketua Pegawai Eksekutif, Maxis Berhad.

Selain inisiatif sendiri, Maxis telah melibatkan pihak bebas Nielsen, syarikat maklumat dan pengukuran global yang terkemuka, untuk mengendalikan sejumlah 2,120 ujian di 91 lokasi di seluruh Lembah Klang, Pulau Pinang, Kuantan dan Johor Bahru dari tempoh 23 hingga 30 Oktober. Ujian-ujian telah dijalankan pada waktu sibuk (6 petang hingga 9 malam) dan di luar waktu sibuk (9 pagi hingga 12 tengah malam atau 2 pagi hingga 5 petang) bagi setiap lokasi pada hari bekerja. Para penguji juga menjalankan ujian pada waktu yang tertentu (sibuk dan tidak sibuk) dengan menggunakan alat-alat yang sama seperti iPhone 5s, Samsung S5 (telefon pintar yang diupaya LTE) di lokasi-lokasi yang ditetapkan.

Berdasarkan keputusan, kami telah mencapai sasaran dari semua aspek. Sasaran terdebut adalah:

Kelajuan muat turun lebih dari 1Mbps, 80% setiap masa
Laman web popular dapat diakses kurang dari 8 saat
Tiada penimbalan (buffering) di YouTube, 96% setiap masa

Categories

Lifestyle
Network

Popular Posts

Archives
Tags