Maxis Pembawa Eksklusif HTC, Bermula Dengan HTC One (M8)

schedule 06 May 2014

Maxis merupakan satu-satunya syarikat telekomunikasi tempatan yang menawarkan pelanggan peranti-peranti HTC, bermula dengan HTC One (M8)
Pelanggan boleh memiliki telefon pintar Android yang baru ini serendah RM1,399 dengan pelan TalkMore78 dan kontrak 24 bulan
Tawaran eksklusif ini menekankan kerjasama strategik dengan HTC dan komitmen untuk menawarkan peranti berkualiti tinggi dan pengalaman mudah alih terbaik kepada pelanggan

Ia dipanggil dengan pelbagai gelaran. Anggun. Cantik. Berkuasa. Seksi. Apa sahaja perkataan yang anda ingin gunakan untuk menggambarkan HTC One (M8), model terbaru dari HTC ini boleh didapati secara eksklusif dengan Maxis mulai 8 Mei pada harga yang terbaik di pasaran, di semua Pusat Maxis dan kedia Rakan Eksklusif Maxis di seluruh negara. Pads masa ini, Maxis merupakan satu-satunya syarikat telekomunikasi yang menawarkan peranti ini bersama dengan pelan pascabyar, pada harga serendah RM1,399 dengan pelan TalkMore 78 dan kontrak 24 bulan.

“Kami teruja untuk memeterai perjanjian eksklusif dengan HTC dalam menjadi satu-satunya syarikat telekomunikasi tempatan untuk menawarkan telefon pintar HTC, bermula dengan telefon pintar yang anggun ini. Perjanjian strategik dan eksklusif dengan HTC ini adalah bukti komitmen kami yang kukuh dalam memberikan peranti berkualiti tinggi kepada para pelanggan kami pada nilai yang terbaik. Tambahan pula, mereka akan dapat menikmati pengalaman mudah alih yang terbaik pada yuran komitmen bulanan yang rendah, melalui rangkaian 4G yang terbaik dan paling luas,” kata Dushyan Vaithiyanathan, Ketua Perniagaan Pengguna Maxis.

Perjanjian eksklusif diantara HTC dan Maxis ini menawarkan perkhidmatan selepas jualan yang baru dan terbaik, dimana pelanggan dapat mengalami salah satu daripada masa pemulihan (turnaround time) yang dijamin paling cepat bagi tuntutan waranti melalui mana-mana cawangan Maxis.

HTC One (M8) adalah evolusi utama HTC One yang telah memenangi pelbagai anugerah. Ia mempunyai unibody logam yang berkualiti tinggi dengan Sensor Hab Pintar (Smart Sensor Hub) yang menjangka keperluan anda dan menggunakan kawalan Motion Launch™ untuk membuat tugas-tugas seharian lebih mudah. Teknologi terbaru Duo Camera™ yang ikonik menyampaikan gambar-gambar kreatif, profesional dan kesan yang menakjubkan, dan HTC BoomSound™ sekali lagi menetapkan standard baru untuk kualiti audio pada telefon pintar.

Categories

Lifestyle

Popular Posts

Archives
Tags