maxis

Hotlink Menyediakan Para Pelari Pelbagai Hiburan Di The Music Run

schedule 27 Mar 2014

Hotlink adalah Penaja Telekomunikasi Rasmi acara larian 5km
Para pelari menikmati pelbagai aktiviti di zon Hotlink yang bertemakan ‘Pop Kings’

Jika anda suka berjalan, menikmati muzik atau hanya ingin berseronok pada awal pagi Ahad, maka anda merupakan salah satu daripada beribu pelari yang mengunjungi Selangor Turf Club di Sungai Besi Ahad lalu, 23 Mac, untuk berlari sambil mendengar lagu-lagu kegemaran di The Music Run (TMR) oleh AIA. TMR adalah salah satu daripada acara larian 5km yang paling unik dan menarik yang pernah diadakan di Malaysia, yang menyediakan satu platform bagi peserta untuk berlari, berjalan atau menari melalui lima zon muzik berjarak 1km setiap zon yang mewakili genre muzik yang berbeza: Pop Divas, Indie Rock, Pop Kings, Hip Hop dan Dance. Hotlink, jenama prabayar Maxis, adalah Penaja Telekomunikasi Rasmi TMR.

Di acara tersebut, para pelari memakai gear senaman mereka pada awal pagi dan mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan muzik di zon ‘Pop Kings’ Hotlink, termasuk ‘selfies’ dan bergambar dengan penyamar selebriti. Para pelari juga bergambar bersama 'cut-out' penyanyi-penyanyi pop lelaki terkenal seperti Justin Timberlake, Bruno Mars dan Robin Thicke. Pada akhir larian 5km tersebut, pelari juga dapat mendapatkan ais krim percuma di gerai Hotlink.

Dushyan Vaithiyanathan, Ketua Perniagaan Pengguna Maxis, berkata, “Hotlink sudah sekian lama menjadi jenama yang menyeronokkan dan dinamik. Kami gembira dapat menjadi sebahagian besar daripada acara unik ini yang sesuai dan relevan dengan jenama kami. Kami juga amat teruja untuk memberikan para pelanggan pengalaman ini yang menggabungkan kuasa muzik dan gaya hidup aktif. Penyertaan kami dalam ini acara ini adalah salah satu daripada aktiviti-aktiviti menarik yang kami sediakan untuk para pelanggan pada tahun ini!”

Jenama Hotlink diwakili oleh pelan prabayarnya yang mampu mengubah segment prabayar, #Hotlink, satu-satunya proposisi prabayar yang menawarkan pengalaman internet ‘sentiasa terhubung’ dengan internet asas berterusan percuma dan internet berkelajuan tinggi pada hanya RM1 sehari. Pelan ini juga mewakili kategori baru penggunaan internet mudah alih, yang menghapuskan halangan kemasukan yang tinggi kerana tiada caj setiap kali penggunaan (pay-per-use charges), menjadikan ia satu produk yang sesuai yang bertujuan untuk meluaskan akses kepada internet.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai #Hotlink, lawati www.hotlink.com.my.

Categories

Lifestyle

Popular Posts

brochures Maxis Biggest Sale

Come celebrate the festive season with Maxis Biggest Sale! For the month of December 2019 until 29 February 2020, Maxis and Hotlink customers can enjoy awesome promotions on smartphones, with even more deals to come. Literally Maxis’ biggest sale for the year, there is something for everyone!

Lifestyle
access_time 04 Dec 2019
brochures Fibre 5G-Ready

Upon approval from Malaysian Communication and Multimedia Commission (MCMC) to trial 200MHz of 3.5GHz C-band spectrum, Maxis successfully achieved 2.96Gbps for single user peak speeds, recording a new high at two of its trial sites in Subang Jaya recently. The new record further reinstates the position of Maxis being in the forefront of technology leadership for the nation’s 5G development.

Network
access_time 07 Jan 2020
brochures Hotlink Rewards, Free Prizes Every Day

Everybody loves prizes! So, in conjunction with its first anniversary since launching last November, Hotlink Rewards is making it super easy for Malaysians to click and be rewarded. Hotlink customers stand a chance to take home Oppo phones, GoPro Hero 7 cameras, Sony PlayStation 4 Pro consoles, Pensonic air fryers and RM500 Shopee e-vouchers, by just logging into the Hotlink RED App and redeeming the respective ‘Free Prizes Every Day’ deal from now until 31 December.

Lifestyle
access_time 02 Dec 2019
Archives
Tags