maxis

Dapatkan Peranti Percuma Untuk Menikmati MaxisONE™ Plan Dengan Serta Merta

schedule 26 Jun 2014

Berhubung dan berkomunikasi DENGAN BEBAS
Satu-satunya pelan internet yang menawarkan panggilan dan SMS tanpa had
Pengalaman internet ‘Sentiasa Terhubung’
Perantauan tanpa berasa bimbang dengan satu kadar rata sebanyak RM38 sehari bagi 106 negara

MaxisONE™ plan yang baru sahaja dilancarkan adalah satu kejayaan penting bagi Maxis, dimana ia membolehkan para pelanggan berhubung dan berkomunikasi dengan bebas, seperti mana yang mereka ingini. Ia adalah satu-satunya pelan internet yang menawarkan panggilan dan SMS tanpa had, pengalaman internet ‘Sentiasa Terhubung’ dan perantauan tanpa berasa bimbang. Untuk membolehkan pelanggan menikmati pelan ini dengan serta-merta, Maxis telah memperkenalkan pelbagai peranti baru, dimana empat daripada peranti tersebut boleh didapati secara PERCUMA termasuk HTC Desire 310, Huawei Y530 dan Samsung Galaxy Ace 3 bersama dengan MaxisONE™ Plan, dan Huawei Y330 bersama dengan MaxisONE™ Plan lite. Peranti lain yang boleh didapati pada nilai hebat termasuk Sony Xperia Z2 & M2, Xiaomi Mi3 dan HTC Desire 816.

“Dengan MaxisONE™ Plan, kami ingin para pelanggan di Sabah menikmati pengalaman yang benar-benar tanpa berasa bimbang apabila mereka berkomunikasi, sama ada melalui panggilan, SMS, melayari internet atau merantau. Kami percaya bahawa pelan ini adalan relevan dengan keperluan pelanggan kami di rantau ini, dimana panggilan dan SMS masih kekal sebagai mod penting dalam komunikasi mudah alih. Dan kami membuat ia lebih mudah untuk pelanggan menikmati pelan ini dengan menawarkan peranti percuma dan lain-lain lagi pada nilai yang hebat. Dengan data yang ditawarkan dalam pelan ini, para pelanggan juga akan mempunyai kebebasan untuk melayari internet, kerana internet mudah alih sudah menjadi semakin penting dalam sebahagian kehidupan kami,” kata Dushyan Vaithiyanathan, Ketua Perniagaan Pengguna Maxis.

 

Secara ringkas, berikut adalah tawaran MaxisONE™ plan:

Telefon pintar baru ditawarkan dengan MaxisONE™ plan: Dari pelbagai peranti baru yang ditawarkan, empat model boleh didapati secara PERCUMA dengan pelan tesebut, untuk anda mula menikmati tawaran ini dengan serta-merta.
Panggilan suara (talian mudah alih & tetap) dan SMS adalah tanpa had ke semua rangkaian: Anda tidak perlu lagi bimbang mengenai bayaran bagi panggilan atau SMS.
Internet adalah Sentiasa Terhubung: Walaupun anda telah menghabiskan kuota berkelajuan tinggi yang diperuntukkan, anda boleh terus berlayar dengan internet asas percuma. Data tambahan atau ‘data boosters’ boleh didapati dari serendah RM10 untuk 200MB.
Merantau dunia (106 negara) pada satu kadar rata sebanyak RM38 sehari: Dengan satu kadar rata, anda tidak lagi dikenakan caj bayar bila guna (pay-per-use charges) apabila merantau.

 

MaxisONE™ plan telah dipermudahkan ke dua pilihan pelan, iaitu MaxisONE™ plan lite dan MaxisONE™ plan:

Pelan Kadar
MaxisONE™ plan lite
MaxisONE™ plan
Yuran Komitmen Bulanan
RM 78
RM 128
          Berkas Panggilan, SMS dan Data Bulanan

Peruntukkan Minit

 

Tanpa Had

(semua nombor Maxis/Hotlink)

Tanpa Had

(semua rangkaian)

Peruntukkan SMS

Tanpa Had

(semua nombor Maxis/Hotlink)

Tanpa Had

(semua nombor rangkaian)

Peruntukkan Internet Mudah Alih
1GB 2GB
               'Data Boosters'
200MB RM 10 RM 10
500MB RM 20 RM 2O
1GB RM 30 RM 30


Para pelanggan kami yang sudah melanggani pelan pascabayar sedia ada boleh menukar atau menaik taraf kepada MaxisONE™ plan selagi mereka tidak terikat dengan kontrak.

Untuk mendaftar sekarang, sila lawati mana-mana Pusat Maxis atau kedai Rakan Eksklusif Maxis di seluruh negara, atau lawati Maxis Online Store kami. Untuk maklumat lanjut mengenai MaxisONE™ plan, sila layari www.maxis.com.my

Categories

Lifestyle

Popular Posts

brochures Maxis Biggest Sale

Come celebrate the festive season with Maxis Biggest Sale! For the month of December 2019 until 29 February 2020, Maxis and Hotlink customers can enjoy awesome promotions on smartphones, with even more deals to come. Literally Maxis’ biggest sale for the year, there is something for everyone!

Lifestyle
access_time 04 Dec 2019
brochures Fibre 5G-Ready

Upon approval from Malaysian Communication and Multimedia Commission (MCMC) to trial 200MHz of 3.5GHz C-band spectrum, Maxis successfully achieved 2.96Gbps for single user peak speeds, recording a new high at two of its trial sites in Subang Jaya recently. The new record further reinstates the position of Maxis being in the forefront of technology leadership for the nation’s 5G development.

Network
access_time 07 Jan 2020
brochures Allo signing

Maxis and Allo Technology Sdn. Bhd. (Allo), a wholly-owned subsidiary of Tenaga Nasional Berhad (TNB), will collaborate to provide greater access to fibre connectivity to more people and businesses in Cyberjaya and Bangsar South in the Klang Valley and Jasin in Malacca. Maxis and Allo today signed and exchanged an Access Agreement for the provision of High Speed Broadband (HSBB) Network Services

Enterprise
access_time 12 Dec 2019
Archives
Tags