Maxis Mengubahsuai Kadar Data Bayar Bila Guna Untuk Pengalaman Internet Mudah Alih Tanpa Bimbang

Pengguna pascabayar tanpa pelan data hanya akan membayar maksimum RM50 sebulan untuk caj bayar bila guna sehingga 250MB. Selepas kuota 250MB dicapai, terus melayari internet asas tanpa caj
Memperkenalkan jaringan keselamatan 250kB untuk kegunaan tidak sengaja
Tiada lagi bil kejutan akibat caj data bayar bila guna, tiada lagi kejutan yang tidak menyenangkan

Tiada siapa sukakan kejutan, terutamanya apabila kejutan tersebut datang dalam bentuk caj data bayar bila guna (pay per use charges – PPU). Mempercayai bahawa semua pelanggan patut berasa bebas dan tidak terkongkong untuk melayari internet melalui telefon mudah alih mereka, Maxis hari ini mengumumkan caj data PPU yang diubahsuai bagi pengguna pascabayar yang tidak melanggan pelan data internet mudah alih. Dengan penawaran baru ini, Maxis mempunyai kadar data PPU yang terendah dalam industri, dimana pengguna tidak perlu membayar lebih daripada RM50 sebulan. Selain itu, terdapat jaringan keselamatan (safety net) sebanyak 250kB untuk penggunaan data tidak sengaja.

Caj PPU sebanyak RM50 sebulan ini membolehkan pelanggan melayari internet sehingga 250MB. Setelah melebihi kuota ini, pelanggan masih akan dapat terus melayari internet pada kelajuan asas 64Kbps, tanpa caj tambahan.

"Berdasarkan penemuan kami, lebih daripada 1 dalam 2 pengguna pascabayar tidak melanggan mana-mana pelan data. Ini bermakna mereka terdedah kepada bayaran PPU yang amat tinggi, kira-kira 10 sen bagi setiap 10kb. Untuk meletakkan perkara ini dalam perspektif, secara puratanya, satu lagu adalah kira-kira 5MB dan akan memakan kos kira-kira RM50 untuk penstriman (streaming) apabila menggunakan caj PPU oleh operator lain. Dengan kadar PPU baru kami, kosnya hanyalah RM10 bagi setiap penggunaan 50MB, yang merupakan 98% lebih rendah!" kata Dushyan Vaithiyanathan, Ketua Perniagaan Pengguna Maxis.

"Kadar yang diubahsuai ini adalah bukti komitmen kami untuk membolehkan semua pelanggan benar-benar berasa bebas apabila menggunakan telefon mereka, terutamanya apabila melayari internet – tiada lagi kejutan bil internet, tiada lagi kejutan yang tidak menyenangkan. Ia adalah sebahagian daripada cita-cita kami ke arah menyediakan Pengalaman Pelanggan Tiada Tandingan (Unmatched Customer Experience). Kini, internet mudah alih semakin menjadi sebahagian besar dalam hidup kita, oleh itu, kami ingin para pelanggan kami membebaskan diri dari sebarang kekangan," katanya lagi.

Pengubahsuaian ini diperkenalkan sejurus selepas pelancaran pelan pascabayar MaxisONE™ plan, yang setakat ini merupakan satu-satunya pelan internet yang menawarkan panggilan dan SMS tanpa had, satu pengalaman internet 'Sentiasa Terhubung', dan perantauan tanpa berasa bimbang. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai caj PPU terbaru ini, sila layari www.maxis.com.my

Archives
Tags

Popular
Posts

Always Be Ahead in a changing world

Maxis makes commitment to enable customers to Always Be Ahead in a changing world

In a time of constant change across the world, driven especially by advancements in technology, Maxis today unveiled its new brand purpose: To bring together the best of technologies to help people, businesses and the nation to Always Be Ahead in a changing world. The new brand purpose was launched in conjunction with Maxis’ 25th anniversary and the upcoming Merdeka celebrations, to signify the intertwining of Maxis’ and Malaysia’s past, present and future journey together in this rapidly evolving digital age.

TELL ME MORE
Natalia Navin, Chief Human Resource Officer, Maxis

Maxis launches three new scholarships in building future technology and innovation leaders

In its commitment to building tech-savvy and forward-thinking leaders, Maxis has launched three new scholarships to support the aspirations of bright and deserving young individuals. Candidates can apply for the Maxis Women in Tech Undergraduate 2020 Scholarship, Maxis Tech Undergraduate 2020 Scholarship and the Maxis Young Leaders Undergraduate 2020 Scholarship. Due to the overwhelming response received from applicants, the initial submission deadline of 31 August has now been extended to 14 September to allow more students to apply.

TELL ME MORE
Retransformation

Maxis calls on organisations to rethink Digital Transformation Strategy through Retransformation

Maxis is calling on organisations in Malaysia to rethink and reevaluate their digital transformation strategies.

TELL ME MORE