Suku Kedua Maxis - Kemajuan Yang Stabil

schedule 22 Jul 2014

Pertumbuhan hasil perkhidmatan sebanyak 0.6% daripada suku pertama 2014
Hasil Internet Mudah Alih/Perkhidmatan Nilai Tambah meningkat 8.0% daripada suku pertama 2014
Margin EBITDA yang kukuh bagi hasil perkhidmatan (yang dinormalkan) pada 53.5%
Kemajuan yang baik dalam pemodenan rangkaian dimana pusat pasaran utama telah hampir siap
Menyempurnakan komitmen dividen; mengumumkan dividen interim kedua sebanyak RM600 juta atau lapan sen sesaha
m
Maxis Berhad (Maxis) meneruskan inisiatif transformasinya dan memberi tumpuan ke arah memperbaiki perkara-perkara yang perlu ditingkatkan untuk menyediakan pelanggan dengan pengalaman yang tidak dapat ditandingi.

Bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2014, Maxis kembali kepada pertumbuhan positif sebanyak 0.6% dalam Hasil Perkhidmatan ke RM2,049 juta berbanding RM2,037 juta pada suku pertama 2014. Data mudah alih merupakan pemacu pertumbuhan utama dengan hasil Internet Mudah Alih/Perkhidmatan Nilai Tambah meningkat 8.0% daripada suku sebelumnya, sebahagiannya mengurangkan penggunaan panggilan suara dan SMS yang lebih rendah. Peningkatan ini dicapai melalui inisiatif yang diambil pada suku pertama untuk menghapuskan caj bayar bila guna (pay per use charges) dan dipacu oleh penembusan telefon pintar yang lebih tinggi. Maxis juga menyaksikan penawaran internet tanpa bimbang mula mendapatkan daya tarikan serta sumbangan yang stabil daripada segmen Kediaman dan Perusahaan Tetap.

Bagi suku dibawah ulasan, Margin Perolehan Sebelum Faedah, Cukai, Susut Nilai dan Pelunasan (Earnings Before Interest, Tax, Depreciation and Amotisation – EBITDA) bagi hasil perkhidmatan telah meningkat sebanyak 0.5 mata peratusan kepada 53.5% berbanding dengan suku pertama 2014, manakala EBITDA keseluruhan dan Keuntungan Selepas Cukai (Profit After Tax - PAT) atas dasar yang dinormalkan, masing-masing adalah RM1,064 juta dan RM480 juta.

Morten Lundal, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, berkata, “Prestasi kami bagi suku kedua adalah seperti yang dijangka, sambil kami meneruskan inisiatif transformasi kami. Pada suku ini, kami membuat perubahan asas dalam segmen pascabayar dengan MaxisOne Plan kami, di mana kami menawarkan panggilan dan SMS yang benar-benar tanpa had serta tawaran data percuma yang mewah dan tanpa bimbang. Dengan perubahan ini, tumpuan kepada jumlah panggilan atau SMS yang telah dibuat adalah satu perkara yang lalu - satu pengalaman yang benar-benar baru untuk pasaran Malaysia secara khususnya, dan juga yang pertama di Asia. Kami juga telah menjadikan perantauan bagi kedua-dua prabayar dan pascabayar satu pengalaman tanpa bimbang untuk para pelanggan. Pelanggan kini boleh berasa bebas untuk menggunakan telefon mereka semasa dalam perjalanan sambil menggunakan data mudah alih mereka. Akhir sekali, kami telah menghapuskan kadar bayar bila guna yang sangat tinggi bagi data yang dikenakan oleh semua syarikat telekomunikasi dalam industri dan sangat menyusahkan pelanggan. Hasil kami telah terjejas akibat semua perubahan ini, tetapi kami juga melihat sambutan yang positif yang telah dijana dari inisiatif ini. Dalam melangkah ke hadapan, pelanggan akan melihat pelbagai lagi pelancaran produk yang menyokong komitmen kami untuk menyediakan pengalaman Internet tanpa bimbang melalui rangkaian yang terbaik.”

Maxis merekodkan kemajuan yang baik dalam pemodenan rangkaiannya di mana pusat pasaran utama telah hampir siap, liputan 3G dijangka mencapai 88% pada akhir tahun 2014, dan pengangkutan dan rangkaian teras berjaya dipertingkatkan untuk menyokong pertumbuhan trafik data. Maxis telah melabur RM155 juta perbelanjaan modal pada suku kedua untuk pemodenan rangkaian, peningkatan kapasiti dan kualiti serta perluasan liputan 4G yang lebih fokus.

Syarikat telah mengumumkan dividen interim kedua sebanyak RM600 juta atau lapan sen sesaham.

Categories

Corporate

Popular Posts

Archives
Tags