Maxis Bekerjasama Dengan Embedded Wireless Untuk Penyelesaian Pemantauan Kesihatan M2M

schedule 09 Jul 2014

Penyelesaian Pemantauan Kesihatan M2M membolehkan penyedia penjagaan kesihatan memantau pesakit dari jauh dengan memanfaatkan penyelesaian Embedded Wireless Lab dan keupayaan M2M Maxis
Love On Wheels Healthcare Services adalah penyedia penjagaan kesihatan yang pertama untuk mengguna pakai penyelesaian ini sebagai sebahagian daripada penawaran penjagaan kesihatan lanjutannya
Maxis menawarkan Server Kesihantan Zilant™ EWL bersama dengan ketersambungan M2M dan akses kepada portal pemantauan pesakit EWL untuk menyediakan penyelesaian penjagaan pesakit yang inovatif
Satu gabungan yang positif antara pemain tempatan yang bekerjasama untuk ekosistem industri silang dengan memanfaatkan teknologi dan model perniagaan terkini untuk melanjutkan penyampaian penjagaan kesihatan tradisional

Maxis Berhad (Maxis), penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang terkemuka di Malaysia dan Embedded Wireless Labs (EWL), satu penyedia penyelesaian penjagaan kesihatan tempatan, telah mengumumkan kerjasama mereka hari ini untuk membawa ke pasaran penyelesaian Mesin-ke-Mesin (M2M) baru untuk Pemantauan Kesihatan. Penyelesaian ini memanfaatkan keupayaan pemantauan pesakit dari jauh EWL dan M2M Maxis, dimana kesihatan dan tanda-tanda vital pesakit boleh direkod dari jauh oleh penyedia penjagaan kesihatan dan kemudian dipantau melalui mana-mana telefon pintar, tablet, PC atau laptop. Love On Wheels Healthcare Services Sdn. Bhd. (LOWHS), salah satu daripada  penyedia penjagaan kesihatan lanjutan tempatan yang inovatif dan baru, yang juga diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia, adalah pengguna pertama untuk mengguna pakai penyelesaian ini bagi pesakit mereka.

Dengan Penyelesaian Pemantauan Kesihatan M2M, data kesihatan pesakit akan dikumpulkan melalui pelbagai peranti perubatan yang diupaya Bluetooth dan dihantar ke Server Kesihatan EWL, yang kemudiannya boleh diakses dari jauh pada masa nyata oleh pakar kesihatan dan penjagaan melalui portal pemantauan pesakit EWL. Maxis membolehkan keterkaitan ke Server Kesihatan Zilant™, dengan pelan data 3GB M2M.

T.Kugan, Ketua Perkhidmatan Digital Maxis, berkata, “Kerjasama kami dengan EWL dan penglibatan LOWHS sebagai pelanggan utama kami mewakili satu ekosistem pemain tempatan yang menawarkan keterkaitan yang selamat, penyelesaian IT yang inovatif dan perkhidmatan penjagaan kesihatan. Ini adalah kombinasi yang unggul yang menginovasikan model penyampaian perkhidmatan penjagaan kesihatan tradisional, dan kami berharap ini adalah antara pelbagai penyelesaian M2M pertama yang memanfaatkan teknologi untuk memacu inovasi dalam industri menegak utama. Kami percaya kerjasama yang memberi manfaat bersama ini adalah satu langkah ke arah yang baik untuk semua pihak dalam berusaha ke arah masa depan dimana para pelanggan akan mempunyai akses mudah alih kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan melalui teknologi.”

G U Renukanand, Ketua Pegawai Operasi Embedded Wireless Labs, berkata, “Maxis & Embedded Wireless sedang mengubah lanskap penjagaan kesihatan dengan membolehkan syarikat-syarikat seperti Love On Wheels menawarkan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang tersasar, dengan infrastruktur berasaskan IT & Awan (Software-as-a-Service - SaaS). Ini adalah gabungan keterkaitan, penjagaan kesihatan, IT & perkhidmatan SaaS yang benar-benar merangkumi IOT (Internet of Things).”

“Tertumpu kepada merevolusikan penjagaan kesihatan dengan menyediakan perkhidmatan berkualiti, mampu dimiliki dan mudah diakses kepada komuniti, kerjasama hari ini meningkatkan lagi misi kami. Dengan Penyelesaian Pemantauan Kesihatan M2M, para pesakit kami diberi kuasa untuk menjaga diri sendiri dan pakar kesihatan mempunyai akses pada masa nyata bagi data keadaan khusus (condition-specific data). Ini membuka laluan bagi pengalaman kesihatan yang baru di Malaysia,” kata K. Mohan Kumar, Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif, LOWHS.

Ciri-ciri utama dan faedah Penyelesaian Pemantauan Kesihatan M2M termasuk:

Server Kesihatan Zilant™ dengan keterkaitan Maxis M2M, yang merekod data keadaan khusus pesakit melalui peranti perubatan yang diupaya Bluetooth
Akses kepada data kesihatan pesakit pada masa nyata melalui portal pemantauan pesakit dalam talian yang boleh diakses melalui web dan peranti mudah alih
Menetapkan pencetus khusus untuk menghantar pemberitahuan melalui SMS atau e-mel kepada doktor, kakitangan penjagaan kesihatan dan para penjaga
Persidangan video dan perbincangan dalam portal antara doktor, kakitangan penjagaan kesihatan dan para pesakit
Pada tahun 2011, Maxis melancarkan Managed M2M, perkhidmatan mesin-ke-mesin wayarles terurus yang pertama di negara ini yang membolehkan perniagaan memanfaatkan keterkaitan internet wayarles untuk meningkatkan kecekapan dan produktiviti. Sejak itu, Maxis Managed M2M telah dirombak untuk memberi pelanggan tawaran yang dipertingkatkan seperti portal Managed M2M yang diperbaiki dengan ciri-ciri yang lebih baik, pelan kadar baru dan sokongan pelanggan yang unggul.

Untuk maklumat lanjut mengenai Penyelesaian Pemantauan Kesihatan M2M, sila layari http://www.embeddedwireless.com/solutions/ atau e-mel ke m2m@maxis.com.my / information@embeddedwireless.com.

Categories

Enterprise

Popular Posts

Archives
Tags