11 Pengendali Mudah Alih Terkemuka Asia Pasifik Dari Bridge Alliance Menubuhkan Perikatan M2M Terbesar Di Rantau Ini

11 pengendali mudah alih terkemuka Asia Pasifik pada hari ini menubuhkan perikatan mesin-ke-mesin (M2M) yang terbesar di rantau ini untuk menawarkan pengalaman menyeluruh (one-stop-shop) bagi penggunaan M2M ke seluruh rantau Asia Pasifik. Bridge M2M Alliance adalah sebuah pusat kecemerlangan bagi perkhidmatan dan penyelesaian M2M untuk menarik perkongsian dan menyediakan pelanggan dengan keupayaan serantau M2M yang menyeluruh.

Bridge M2M Alliance terdiri daripada ahli-ahli Bridge Alliance dan ini termasuk Airtel (India), AIS (Thailand), CSL (Hong Kong), Globe Telecom (Filipina), Maxis (Malaysia), MobiFone (Vietnam), Optus (Australia), SingTel (Singapura), SK Telecom (Korea Selatan), Taiwan Mobile (Taiwan) dan Telkomsel (Indonesia). Secara keseluruhan, kumpulan ini memberi perkhidmatan kepada lebih 500 juta pelanggan, menjadikannya perikatan M2M terbesar di rantau Asia Pasifik.

Melalui kerjasama Bridge M2M Alliance ini, perkhidmatan Maxis Managed M2M mampu menyokong dengan lebih baik keperluan M2M syarikat multinasional utama di luar Malaysia dengan cara yang lebih lancar. Maxis kini sedang menangani keperluan pelanggan untuk perkhidmatan rentas sempadan seperti perantauan M2M yang diperlukan oleh sektor-sektor seperti pengangkutan dan logistik, yang melengkapkan penawaran M2M yang sedia ada.

T Kugan, Ketua Perkhidmatan Digital Maxis, berkata: “M2M merupakan tunggak penting dalam strategi digital kami, dan berkhidmat kepada pelbagai pelanggan Enterprise. Sebagai satu-satunya syarikat telekomunikasi di Malaysia yang mengambil bahagian dalam inisiatif ini, ia memberi kami kelebihan strategik di pasaran tempatan, dan para pelanggan kami boleh mengharapkan liputan geografi serantau yang komprehensif dan perkhidmatan yang unggul.

“Pada masa akan datang, kami merancang untuk memperkayakan penawaran perkhidmatan dengan meneroka bahagian-bahagian lain dalam rantai nilai M2M supaya kami dapat menyediakan penyelesaian menyeluruh M2M yang disesuaikan untuk segmen pelanggan terpilih dengan sokongan pelanggan yang unggul.”

Bridge M2M Alliance menghapuskan kerumitan berurusan dengan pelbagai pengendali dengan menawarkan penghantaran lancar perkhidmatan M2M serantau merentasi sempadan geografi. Perikatan ini juga akan meningkatkan pengalaman perkhidmatan pelanggan melalui saling kendali (interoperability), tahap perkhidmatan dan sokongan pelanggan yang dipertingkatkan.

Alessandro Adriani, Ketua Pegawai Eksekutif Bridge Alliance, berkata: "Asia terdiri daripada pelbagai ekonomi yang berbeza, pembangunan teknologi yang tidak serata dan pelbagai peraturan kawal selia. Akibatnya, perniagaan multinasional mendapati ia amat sukar untuk mengharungi selok-belok di rantau ini dan untuk memanfaatkan sepenuhnya ekonomi yang berskala. Evolusi Bridge Alliance dalam perniagaan M2M mempamerkan komitmen daripada 11 pengendali untuk mengatasi cabaran-cabaran tersebut demi kejayaan perniagaan pelanggan."

Perkongsian M2M meliputi kerjasama perdagangan serta teknologi merentasi pelbagai industri seperti telemetri kenderaan, keselamatan, pengurusan tenaga, dan lain-lain. Ini membolehkan pembangunan model perniagaan baru, penciptaan produk dan perkhidmatan baru dan pengurangan kos operasi pelanggan. Perikatan ini bertekad untuk membina satu ekosistem inovatif melalui kerjasama dengan syarikat-syarikat teknologi dalam rantai nilai M2M seperti pemaju aplikasi, pengeluar modul dan pembekal perkhidmatan.

Ahli-ahli perikatan akan terus bekerjasama untuk menjamin faedah komersil yang penting dan ekonomi berskala untuk pelanggan dan membolehkan inisiatif pembangunan produk bersama. Sebagai pengendali utama di negara masing-masing, mereka dapat memanfaatkan dan menyokong syarikat multinasional yang berharap untuk memanfaatkan pertumbuhan di Asia, dan juga syarikat-syarikat Asia yang ingin berkembang di peringkat global.

 

Archives
Tags

Popular
Posts

Retransformation

Maxis calls on organisations to rethink Digital Transformation Strategy through Retransformation

Maxis is calling on organisations in Malaysia to rethink and reevaluate their digital transformation strategies.

TELL ME MORE
Always Be Ahead in a changing world

Maxis makes commitment to enable customers to Always Be Ahead in a changing world

In a time of constant change across the world, driven especially by advancements in technology, Maxis today unveiled its new brand purpose: To bring together the best of technologies to help people, businesses and the nation to Always Be Ahead in a changing world. The new brand purpose was launched in conjunction with Maxis’ 25th anniversary and the upcoming Merdeka celebrations, to signify the intertwining of Maxis’ and Malaysia’s past, present and future journey together in this rapidly evolving digital age.

TELL ME MORE
Natalia Navin, Chief Human Resource Officer, Maxis

Maxis launches three new scholarships in building future technology and innovation leaders

In its commitment to building tech-savvy and forward-thinking leaders, Maxis has launched three new scholarships to support the aspirations of bright and deserving young individuals. Candidates can apply for the Maxis Women in Tech Undergraduate 2020 Scholarship, Maxis Tech Undergraduate 2020 Scholarship and the Maxis Young Leaders Undergraduate 2020 Scholarship. Due to the overwhelming response received from applicants, the initial submission deadline of 31 August has now been extended to 14 September to allow more students to apply.

TELL ME MORE