Maxis Meraikan Krismas Bersama Rumah Kebajikan Dan Memberi Kuasa Kepada Golongan Muda Untuk Beramal Bakti

schedule 18 Dec 2014

Bersempena musim perayaan yang kini sudah bermula, Maxis sekali lagi menumpukan perhatiannya terhadap golongon yang kurang bernasib baik. Dalam berkongsi kegembiraan, 70 tetamu dari tiga rumah kebajikan di Sarawak telah dijemput ke sebuah parti Krismas khas di CityONE Megamall di Kuching hari ini. Para penghuni daripada rumah-rumah tersebut terdiri daripada bayi, kanak-kanak, golongan belia dan para penjaga masing-masing. Pada majlis tersebut, Maxis menyampaikan sejumlah RM30,000 ke rumah-rumah berkenaan iaitu The Salvation Army, Sarawak Children Cancer Society dan Persatuan Bagi Kebajikan Kanak Kanak Terencat Akal Sarawak, yang turut diberi hadiah Krismas melalui 'Keretapi Krismas' khas.

Ketua Wilayah Sarawak Maxis, Alexius Bong, mengetuai pasukan Maxis dalam mengedarkan hadiah Krismas kepada para tetamu, dan turut menyampaikan sumbangan kepada wakil-wakil rumah.

Sementara itu di tempat yang sama, jenama prabayar Maxis, Hotlink juga akan menganjurkan satu inisiatif khas sempena Krismas dipanggil Youth4aCause, satu pertandingan nyanyian dimana semua hasil daripada undian akan didermakan kepada badan-badan amal. Pertandingan tersebut, yang akan berlangsung pada 20 dan 21 Disember di sini, dibuka kepada orang ramai yang berumur 12 hingga 30 tahun, dimana mereka dapat kongsikan bakat nyanyian mereka untuk peluang memenangi Hadiah Utama sebanyak RM2,000.

“Kami amat berbesar hati kerana dapat memberi sumbangan kepada badan-badan kebajikan terutamanya pada musim perayaan. Tahun ini, kami sekali lagi berpeluang untuk menyumbang dan berkongsi sambutan dengan golongan yang kurang bernasib baik. Kami berharap kami dapat membawa senyuman kepada mereka dengan majlis hari ini dan juga untuk membantu dalam menguruskan rumah mereka dengan sumbangan kami ini. Kami juga amat gembira kerana dapat menganjurkan program Youth4aCause buat kali pertama, dimana kami memberi kuasa kepada golongan muda untuk beramal bakti, sementara mereka masih muda!” kata Alexius.

Pusingan kelayakan pertandingan Youth4aCause akan diadakan pada 20 Disember, di mana 10 peserta akan dipilih untuk mara ke pusingan akhir pada 21 Disember. Pada peringkat akhir, 3 peserta teratas dengan skor tertinggi (50% berdasarkan markah juri dan 50% berdasarkan jumlah undian) akan memenangi 3 hadiah utama. Orang ramai digalakkan untuk memberi sokongan mereka melalui undian, yang boleh dilakukan dengan membeli token dan menempatkannya di papan undian yang ditetapkan di acara tersebut.

Di samping itu, Hotlink akan membawa penyanyi popular YouTube Malaysia, Elizabeth Tan ke CityONE Megamall pada 21 Disember dari jam 2 petang hingga 6 petang. Para pelanggan Hotlink mempunyai peluang untuk memenangi pas bertemu (Meet & Greet) dan menikmati kredit RM5 percuma dengan hanya memuat turun dan menunjukkan Hotlink RED App di telefon mudah alih mereka. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.hotlink.com.my/Sarawak.

Categories

Community

Popular Posts

Archives
Tags