maxis

Maxis Perkenalkan Kad Ucapan Khas ‘Keluarga Malaysia’ Untuk Mengeratkan Silaturrahim Antara Rakyat Malaysia

schedule 28 Aug 2014

Kita semua tahu bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang meraikan kepelbagaian, dan setiap seorang daripada kita adalah sebahagian daripada keluarga besar yang berbagai kaum - terdiri daripada individu-individu dari pelbagai latar belakang yang berbeza, yang bercakap dengan loghat yang berbeza. Dua hari yang lalu pada 25 Ogos, Maxis mengeluarkan satu filem YouTube yang bertajuk "It's OK. We're All Malaysian" yang terus menjadi ‘viral’ dengan lebih daripada 250,000 paparan dalam tempoh 36 jam. Untuk melihat video tersebut, klik di sini: http://youtu.be/6UDo8iJLkJw

Pada akhir video tersebut, Maxis memberi tanda-tanda bahawa ia akan memperkenalkan cara yang baru dan menyeronokkan bagi rakyat Malaysia untuk berhubung dengan “Keluarga Malaysia” yang lebih luas, yang diperkenalkan hari ini. Kad ucapan “Keluarga Malaysia” Maxis ini menampilkan terma keluarga dalam pelbagai bahasa yang berbeza - seperti ‘Uncle’, ‘Macha’ (adik ipar dalam bahasa Tamil), ‘Jie Jie’ (kakak dalam bahasa Mandarin), ‘Kak’, dan ‘Aya’ (Pakcik dalam bahasa Iban) – setiap satu dengan mesej ucapan yang direka untuk membantu anda berkongsi dengan rakan-rakan bahawa mereka adalah seperti ‘keluarga’ kepada anda.

Satu set mempunyai 24 kad dan boleh didapati dalam dua format - e-kad yang direka untuk dikongsi bersama dengan rakyat Malaysia di rangkaian sosial, dan edisi khas kad cetak yang Maxis akan hadiahkan kepada para peminat dan pengikut di laman media sosial Maxis dan Hotlink. Untuk melihat kesemua 24 kad tersebut, sila lawati www.maxis.com.my/malaysianfamily.

"Kami mempunyai kad ucapan untuk pelbagai perayaan yang berbeza yang disambut oleh budaya yang berbeza di Malaysia, jadi mengapa tidak Merdeka yang disambut oleh semua rakyat Malaysia dari pelbagai kaum? Merdeka ini, kami ingin menunjukkan bahawa walaupun kita berbeza dalam banyak cara, pertama sekali, kita semua adalah rakyat Malaysia, dan itu bererti keluarga. Adalah menjadi harapan kami bahawa kad ucapan ‘Keluarga Malaysia’ ini dapat membantu rakyat Malaysia memberitahu satu sama lain bahawa “anda adalah keluarga kepada saya”, sekali gus mengingatkan hubungan kita antara satu sama lain, terutamanya sempena perayaan Merdeka ini,” kata Sulin Lau, Ketua Perkhidmatan Pemasaran Maxis.

Categories

Lifestyle
Community

Popular Posts

brochures Maxis Biggest Sale

Come celebrate the festive season with Maxis Biggest Sale! For the month of December 2019 until 29 February 2020, Maxis and Hotlink customers can enjoy awesome promotions on smartphones, with even more deals to come. Literally Maxis’ biggest sale for the year, there is something for everyone!

Lifestyle
access_time 04 Dec 2019
brochures Fibre 5G-Ready

Upon approval from Malaysian Communication and Multimedia Commission (MCMC) to trial 200MHz of 3.5GHz C-band spectrum, Maxis successfully achieved 2.96Gbps for single user peak speeds, recording a new high at two of its trial sites in Subang Jaya recently. The new record further reinstates the position of Maxis being in the forefront of technology leadership for the nation’s 5G development.

Network
access_time 07 Jan 2020
brochures Hotlink Rewards, Free Prizes Every Day

Everybody loves prizes! So, in conjunction with its first anniversary since launching last November, Hotlink Rewards is making it super easy for Malaysians to click and be rewarded. Hotlink customers stand a chance to take home Oppo phones, GoPro Hero 7 cameras, Sony PlayStation 4 Pro consoles, Pensonic air fryers and RM500 Shopee e-vouchers, by just logging into the Hotlink RED App and redeeming the respective ‘Free Prizes Every Day’ deal from now until 31 December.

Lifestyle
access_time 02 Dec 2019
Archives
Tags