Kongsi Tempat-Tempat Menarik Di Malaysia Dengan Peraduan Foto FINDIT!

schedule 29 Apr 2014

Peraduan ini membolehkan pelanggan mengambil dan berkongsi gambar tempat kegemaran mereka dan menyenaraikannya di FINDIT.
Terima kredit sebanyak RM1 untuk setiap gambar yang dihantar.
FINDIT memberi akses kepada lebih 185,000 penyenaraian perniagaan dalam lebih 2,500 kategori, di mana sahaja.
FINDIT boleh dimuat turun melalui aplikasi mudah alih, laman web dan SMS USSD Maxis bagi kedua-dua pengguna Android dan iOS.


Adakah anda mempunyai tempat-tempat kegemaran dan ingin berkongsinya dengan orang lain? Anda hanya perlu mengambil gambar dan muat naikkan ke FINDIT, perkhidmatan direktori digital yang terbesar di negara. Melalui Peraduan Foto FINDIT, para pengguna boleh mengambil gambar tempat kegemaran mereka dan menghantarnya melalui aplikasi FINDIT. Dengan cara ini, anda dapat mengisi direktori dengan tempat-tempat terbaik di Malaysia dan berkongsinya dengan pengguna lain, dan pada masa yang sama, memenangi kredit sebanyak RM1 bagi setiap gambar yang dihantar.

Untuk mengambil bahagian dalam peraduan ini yang akan berlangsung sehingga akhir bulan Jun 2014, pengguna hanya perlu memuat turun aplikasi FINDIT secara percuma, klik pada ‘Photo Contest’, dan ikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Ambil gambar ‘geo-tagged’ tempat menarik (Places of Interest - POI) pilihan anda
  2. Isikan nama dan nombor telefon mudah alih Maxis
  3. Muat naik gambar*


T. Kugan, Ketua Perkhidmatan Digital Maxis berkata, “Dengan FINDIT, ia bukan sahaja menawarkan pengguna katalog penyenaraian perniagaan yang meluas dalam pelbagai kategori, ia juga membolehkan mereka secara peribadi mengisi direktori tersebut dengan perniagaan atau perkhidmatan berhampiran mereka dan pada masa yang sama, memanfaatkan pengguna lain. Peraduan ini menawarkan pengguna satu platform yang interaktif dan menarik untuk berkongsi maklumat mengenai tempat-tempat menarik di sekitar kawasan mereka dan juga peluang untuk mereka mendapat ganjaran!

Pada masa ini, lebih daripada 1,800 gambar telah dimuat naik oleh para pengguna. Salah satu daripada pengguna tersebut adalah Sia Ming Choung dari Perak, seorang pemenang peraduan ini yang telah mengembara dari Pantai Barat ke Pantai Timur Malaysia dan mengambil lebih 200 gambar pelbagai lokasi.

“Saya berasa amat gembira untuk akhirnya menerima jumlah kredit sebanyak RM208! Saya sengaja pergi mengambil gambar di sekitar kawasan Lumut, Ayer Tawar, dan juga Kemaman, Terengganu! Ia memang satu pengalaman yang amat menyeronokkan,” katanya.

Perkhidmatan FINDIT, iaitu satu kerjasama diantara Maxis dan FINDIT Malaysia, menyediakan para pengguna akses kepada 185,000 penyenaraian perniagaan dalam lebih 2,500 kategori, termasuk peta lokasi dan arah memandu. Bagi pelanggan Maxis, ia boleh didapati untuk muat turun dan penggunaan secara percuma.

Dengan FINDIT, Maxis memudahkan kehidupan dan mencipta cara baru bekerja untuk perniagaan dengan membantu mereka mengembangkan lagi perniagaan kepada pasaran yang lebih luas, mempromosikan perkhidmatan mereka dan berhubung dengan para pelanggan mereka sendiri. Dengan menggunakan ciri berasaskan-lokasi FINDIT, para pengguna boleh mencari produk dan perkhidmatan yang paling dekat dengan lokasi mereka. Mereka juga boleh menikmati tawaran dan promosi istimewa dari pelbagai peniaga yang disenaraikan dalam direktori tersebut, yang boleh ditebus dengan serta-merta.

FINDIT boleh didapati secara percuma melalui beberapa platform: Dengan memuat turun aplikasi FINDIT di kedua-dua sistem Android dan iOS, masing-masing daripada Google Play dan App Store; melalui laman mudah alih di m.findit.com.my atau laman web di www.findit.com.my FINDIT juga boleh didapati secara eksklusif untuk pelanggan Maxis menerusi UMB dengan mendail *200# dari telefon mudah alih mereka.

 

Nota:

  • Gambar lokasi mesti jelas dan tidak boleh mengandungi muka individu.
  • Gambar mesti dipilih sebagai ‘Gambar Paparan Utama’ untuk layak menerima hadiah kredit RM1.
  • Para pelanggan dialu-alukan menghantar seberapa banyak gambar yang mereka mahu.

Categories

Lifestyle

Popular Posts

collections Photos

View our photo gallery

Photos
access_time 12 May 2018
collections eKelas seeing a more collaborative learning environment

It was a bright and breezy Saturday morning at Kampung Quop, Kuching, Sarawak. Daphne Xandria with 19 of her Year 6 school friends were heading to the Pusat Internet to have their first experience learning about fractions with eCikgu.

Community
eKelas
access_time 12 May 2018
Archives
Tags