Memupuk Pemimpin Masa Depan Dengan Program Anugerah Kecemerlangan Biasiswa Maxis

Memberi kesan positif, Maxis terus membangun dan memperkayakan masyarakat melalui program Anugerah Kecemerlangan Biasiswa Maxis
Sehingga kini, Maxis telah memberi RM44.7 juta dalam bentuk biasiswa kepada 246 penerima
Program Anugerah Kecemerlangan Biasiswa Maxis melegakan beban kewangan pelajar dan membolehkan mereka untuk menikmati pengalaman pendidikan yang terbaik - menyumbang ke arah membangunkan pemimpin masa depan Malaysia

SIARAN MEDIA
Untuk siaran segera
Kuala Lumpur, 13 September 2013

Sebagai sebahagian daripada program Anugerah Kecemerlangan Biasiswa Maxis (Maxis Scholarship for Excellence Awards - MSEA), satu-satunya pembekal perkhidmatan komunikasi bersepadu Malaysia, Maxis Berhad (Maxis), telah menyampaikan biasiswa kepada 19 pelajar cemerlang untuk sesi pengambilan bagi bulan September.

Pengerusi Maxis, YM Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad Raja Tun Uda, berkata, “Salah satu tunggak utama strategi tanggungjawab korporat kami adalah untuk terus membangunkan dan memperkayakan kehidupan melalui inisiatif seperti MSEA ini. Kejayaan program ini, yang telah dijalankan selama lapan tahun, adalah bukti komitmen kami dalam menyediakan satu platform untuk mencungkil potensi anak muda Malaysia. Sejak penubuhannya pada tahun 2005, Maxis melalui program MSEA telah menganugerah RM44.7 juta dalam bentuk biasiswa kepada 246 individu yang berbakat. Kami menghantar para siswazah kami ke institusi-institusi pengajian yang terbaik di dunia. Sokongan kami yang tidak pernah goyah melegakan beban kewangan mereka dan membolehkan mereka menikmati pengalaman pendidikan yang terbaik supaya mereka boleh membawa pulang pengalaman baru dari jauh. Ini adalah cara kami mewujudkan kesan positif kepada kehidupan masyarakat di mana kami beroperasi.”

Sentimen ini juga dikongsi oleh penerima biasiswa Joanna Menon Lim. “Saya benar-benar gembira menerima anugerah ini, dan merasakan bahawa penting untuk mengiktiraf kesediaan Maxis dalam yang mengambil pandangan secara menyeluruh mengenai maksud sebenar melabur dalam bakat - dengan melihat sumbangannya terhadap pembangunan negara,” kata Lim, yang akan akan menlanjutkan ijazah Sarjana Pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran di Harvard University.

Kamilia Khairul Anuar, yang akan melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di Universiti College London berkata, “Apa yang MSEA telah berikan kepada saya adalah satu peluang untuk menimba ilmu pengetahuan dan kemahiran yang dapat melengkapkan saya dengan baik untuk apa jua peranan yang saya ingin penuhi. Di mana perubahan diperlukan, pengetahuan dan kefahaman undang-undang dan cara ia berfungsi terbukti tidak ternilai. Dalam masyarakat demokrasi, undang-undang adalah hasil daripada kepercayaan, budaya dan ciri-ciri masyarakat. Hubungan rapat undang-undang dan masyarakat adalah sebab mengapa saya memilih untuk menceburi bidang ini, dan saya gembira bahawa Maxis telah bersetuju untuk menaja saya dalam melanjutkan ijazah undang-undang. Sebagai pemegang biasiswa Maxis, saya berharap untuk menjadi ejen perubahan.”

Kesemua para penerima MSEA seperti Lim dan Kamilia perlu melalui proses temuduga dua peringkat yang teliti. Calon-calon yang terbaik akan dipilih pada peringkat terakhir oleh panel hakim yang unggul yang terdiri daripada Profesor Dato’ Dr. Ibrahim Ahmad Bajunid, Timbalan Naib Canselor untuk INTI-UC Laureate International University, Profesor Datuk Dr. Roziah Omar, Timbalan Ketua Pengarah, Institut Pengajian Tinggi Swasta, Kementerian Pengajian Tinggi dan Profesor Madya Dr. Stefanie Pillai, Pengarah, Pusat Latihan dan Hubungan Industri, Universiti Malaya.

Terdapat dua sesi pengambilan MSEA setiap tahun – pada bulan April dan September, bagi universiti tempatan dan luar negara. Program pra-siswazah terbuka kepada pelanggan pascabayar yang telah bersama Maxis untuk tempoh satu tahun atau lebih, dan anak-anak mereka. Program pra-siswazah juga terbuka kepada anak-anak kakitangan Maxis. Sementara itu, program pasca-siswazah pula terbuka kepada semua rakyat Malaysia. Dalam satu tahun, terdapat lima peruntukan untuk anugerah pasca-siswazah, serta 53 anugerah pra-siswazah.
Penerima MSEA, yang terdahulu dan sekarang, telah melanjutkan pelajaran ke universiti-universiti terkemuka di Malaysia termasuk Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Monash University dan International Medical University, serta di antara universiti yang paling berprestij di dunia seperti London School of Economics, King's College of London, University of Cambridge, Imperial College of London dan Harvard Business School.

Tingkap pemilihan seterusnya untuk anugerah biasiswa pra-siswazah akan dibuka pada 1 November  dan akan ditutup pada 10 Disember untuk sesi pengambilan April 2014. Permohonan untuk biasiswa pasca-siswazah akan dibuka pada bulan Jun 2014. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.maxis.com.my/scholarship.
MSEA adalah sebahagian daripada agenda keseluruhan Tanggungjawab Korporat (Corporate Responsibility - CR) Maxis yang memberi tumpuan kepada aktiviti-aktiviti pendidikan dan berasaskan komuniti bertujuan untuk memberi kesan yang positif kepada kehidupan masyarakat di mana ia beroperasi. Inisiatif-inisiatif ini termasuk

Program perdana Maxis Cyberkids, yang telah menyediakan latihan ICT kepada lebih 8,600 pelajar dan guru-guru di lebih 1,500 sekolah. Sempena sambutan ulang tahun ke-10 Cyberkids tahun lalu, program ini telah dilancarkan untuk sebuah sekolah keperluan khas. Pada tahun ini, Kem Cyberkids akan diadakan di kedua-dua sekolah biasa dan keperluan khas.

Sebagai sebahagian daripada inisiatif untuk menyokong keperluan komuniti, Maxis juga menjalankan Program Pengambilan Rumah Sebagai Rumah Angkat (Home Adoption Programme), dan mengikrarkan sokongan kepada dua rumah kebajikan, Independent Living & Training Centre (ILTC), sebuah pusat bagi orang kurang upaya yang dikendalikan oleh orang kurang upaya, dan Jenjarom Old Folks Home. Maxis menyediakan sumbangan wang tunai dan menganjurkan aktiviti-aktiviti penglibatan dan latihan untuk rumah-rumah tersebut bagi tempoh satu tahun.

Archives
Tags

Popular
Posts

Maxis logo

Maxis offers three-month free access on Hotlink Postpaid 60 plans for healthcare frontliners

As the nation journeys through a recovery phase of Covid-19 and life under the new normal, the efforts and dedication of healthcare frontliners have still not gone unnoticed. Recognising their needs of essential connectivity, Maxis is offering a promotion dedicated for healthcare workers across 86 public and private hospitals nationwide with a three-month free access for its Hotlink Postpaid 60 plan. Each activated SIM card comes with 10GB data, plus free 10GB for YouTube, and unlimited calls and SMS to all networks.

TELL ME MORE
Paul McManus

Maxis identified as a Technology Solutions Provider by MDEC to help SMEs restart their businesses

Maxis has been identified as a Technology Solutions Provider (TSP) by the Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) for the RM500 million SME Digitalisation Grant under Budget 2020.

TELL ME MORE
Maxis Logo

Maxis hosts its first fully virtual AGM as health and safety of all remain top priority

Maxis today reached a historic milestone when it hosted its 11th Annual General Meeting (AGM) in full virtual proceedings today for the first time, where the meeting was conducted via live streaming and online voting. Maxis thanks its shareholders for their positive reception as well as for their virtual attendance and participation. Shareholders approved all the ordinary resolutions proposed at the AGM. Maxis also records its appreciation to the Securities Commission for the Guidance and FAQs on the conduct of virtual general meetings.

TELL ME MORE