Kerjasama Maxis & Spotify Menetapkan Taraf Bagi Era Baru Muzik Mudah Alih Di Malaysia

schedule 24 Oct 2013

Pengalaman gaya hidup yang dipertingkatkan dengan rangkaian terpantas dan terluas Maxis dan katalog besar Spotify yang berjumlah lebih 20 juta lagu
Akses ke dunia muzik pada hanya RM10 sebulan
Maxis & Spotify membawa anda muzik yang tepat untuk setiap masa – melalui telefon bimbit, komputer, tablet dan banyak lagi
Pelanggan LTE Maxis menikmati pengalaman Spotify yang lebih baik

SIARAN MEDIA
Untuk siaran segera
Kuala Lumpur, 24 Oktober 2013

Maxis Berhad (Maxis) dan Spotify kini membawa muzik mudah alih ke era baru dengan kerjasama eksklusif mereka yang diumumkan pada hari ini. Dengan muzik ‘streaming’ kini menjadi semakin popular dan sebahagian besar daripada gaya hidup hari ini, kedua-dua peneraju dalam bidang masing-masing telah bergabung untuk membawa dunia muzik melalui internet, bila-bila masa dan di mana sahaja, pada harga yang amat menarik.

Pada hanya RM10 sebulan, pelanggan Maxis prabayar dan pascabayar kini mempunyai akses kepada perkhidmatan Spotify Premium, bersama-sama dengan data internet sebanyak 150GMB untuk mengakses katalog besar Spotify yang berjumlah lebih 20 juta lagu – yang boleh didapati secara dalam talian (online) dan luar talian (offline). Maxis, satu-satunya penyedia perkhidmatan komunikasi bersepadu di Malaysia, adalah syarikat telekomunikasi pertama di negara ini untuk bekerjasama dengan Spotify, perkhidmatan muzik’streaming’ yang terbesar di dunia.

Kerjasama dengan Spotify ini akan memberi nilai yang lebih bagi muzik mudah alih untuk pelanggan Maxis yang kini boleh memilih daripada berjuta-juta lagu di mana sahaja mereka berada – sama ada di gimnasium, di dalam kereta, berjoging atau apabila mereka sedang mencari lagu yang sesuai semasa menjamu selera.

“Kerjasama kami dengan Spotify adalah sangat sempurna kerana ia akan menetapkan taraf untuk era baru muzik di Malaysia. Dengan kadar penembusan telefon pintar terus berkembang di negara ini, kami juga melihat peningkatan besar dalam permintaan untuk akses muzik pada peranti mudah alih. Kerjasama ini akan memberi peluang kepada para pelanggan kami untuk mengambil kesempatan sepenuhnya rangkaian yang terbaik di negara ini. Pelanggan LTE kami, khususnya, akan menikmati pengalaman Spotify yang lebih baik, kerana mereka dapat mengakses kelajuan yang biasanya lima hingga 10 kali lebih pantas daripada 3G, yang bermaksud pengalaman Internet yang lebih lancar dengan kelajuan muat turun yang lebih baik. Ini menambah satu dimensi baru kepada gaya hidup mereka, dan meningkatkan pengalaman keseluruhan mereka dalam penggunaan muzik secara digital,” kata T Kugan, Ketua Perkhidmatan Digital Maxis.

“Spotify menawarkan anda pengalaman muzik yang terbaik di telefon bimbit anda,” kata Sunita Kaur, Pengarah untuk Asia di Spotify. “Pilih daripada berjuta-juta lagu, dari yang terkini ke lagu klasik, semua boleh didapati dengan kualiti bunyi yang hebat, dengan serta-merta. Apa lagi, anda boleh memuat turun muzik anda dan mendengarnya di luar talian (offline) jadi anda akan sentiasa dengan lagu-lagu kegemaran anda.”

“Bersama-sama dengan Maxis , kami gembira untuk membawa peminat muzik di Malaysia cara baru yang hebat untuk mendengar muzik - satu cara yang memastikan anda akan sentiasa mempunyai muzik yang tepat untuk setiap masa.”
Untuk maklumat lanjut mengenai pelan Maxis + Spotify, sila layar www.maxis.com.my/spotify

Categories

Lifestyle

Popular Posts

Archives
Tags