Keuntungan Bersih Maxis Meningkat Ke Rm1.6 Bilion Bagi Tempoh Sembilan Bulan Berakhir September 2013

schedule 12 Nov 2013

Pertumbuhan hasil internet dan data tahun-ke-tahun sebanyak 14.6%, menyumbang sebanyak 28.9% kepada hasil mudah alih
Momentum daripada jejak 4G LTE terluas dan penawaran peranti
Menyampaikan komitmen dividen; mengumumkan dividen interim ketiga sebanyak lapan sen sesaham berjumlah RM600 juta

Maxis Berhad (Maxis) mencatat pertumbuhan hasil dan keuntungan bagi sembilan bulan berakhir 30 September 2013, sebahagian besarnya didorong oleh penggunaan internet mudah alih dan data yang lebih tinggi dengan peningkatan sebanyak 14.6%.

Morten Lundal, Ketua Pegawai Eksekutif, berkata prestasi tersebut menunjukkan Maxis dilandasan yang betul dalam bergerak ke arah hala tuju strategiknya  iaitu memberi pengalaman pelanggan yang terulung, memacu perniagaan data dan meningkatkan kecekapan operasi.

“Strategi kami dalam meingkatkan pengalaman pelanggan, disamping memberi tumpuan kepada internet mudah alih, telah menunjukkan hasil positif awal. Pada suku ini, kami memberikan para pelanggan pelbagai sebab untuk mereka terus meningkatkan penggunaan dengan produk-produk yang menawarkan kemudahan dan nilai.”

“Kami tahu bahawa para pelanggan kami menghargai liputan meluas dan kelajuan data yang boleh dipercayai. Kami giat berusaha untuk meningkatkan infrastruktur 3G dan memperluaskan jangkauan rangkaian 4G LTE kami. Jejak 4G LTE kami adalah yang terluas di negara ini dan kini boleh dinikmatioleh hampir satu pertiga daripada jumlah penduduk di Lembah Klang. Kami akan terus memperluaskan jejak 4G LTE kami  secara beransur-ansur ke kawasan-kawasan lain dalam negara.“

Maxis juga mengumumkan dividen interim ketiga sebanyak lapan sen sesaham, menjadikan jumlah dividen tahunan sehingga kini (year-to-date - YTD) kepada 24 sen sesaham dan pembayaran dividen YTD kepada para pemegang saham kepada RM1.8 bilion.

 

Perbandingan Keputusan Kewangan YTD 2013 dengan 2012

Dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, hasil Maxis meningkat 3.0% kepada RM6,860 juta bersandarkan sumbangan positif daripada semua segmen perniagaan. Keuntungan Selepas Cukai (Profit After Tax - PAT) bagi tempoh tersebut menerima impak kos sekali Skim Peralihan Kerjaya (Career Transition Scheme - CTS) (termasuk kesan cukai) sebanyak RM76 juta yang dilaksanakan sebagai sebagai langkah memperbaiki struktur organisasi serta susut nilai dipercepatkan (termasuk kesan cukai) sebanyak RM75 juta yang disebabkan oleh program pemodenan rangkaian. Tanpa mengambil kira item-item ini, PAT bagi tempoh ini a meningkat sebanyak 3.9% kepada RM1,631 juta.
Tidak termasuk kos CTS, Perolehan Sebelum Faedah, Cukai, Susutnilai dan Pelunasan (Earnings Before Interest, Tax, Depreciation and Amortisation - EBITDA)  juga meningkat sebanyak 4.5% kepada RM3,441 juta.

 

Perbandingan Keputusan Kewangan Suku Ketiga 2013 dengan Suku Kedua 2013

Bagi suku ketiga 2013, Maxis mencatatkan hasil sebanyak RM2,239 juta. Tidak termasuk kos sekali CTS, PAT pada RM550 juta adalah setanding dengan suku sebelumnya. EBITDA juga menunjukkan penurunan marginal sebanyak 0.9% kepada RM1,154 juta.

Categories

Corporate

Popular Posts

Archives
Tags