Maxis Adalah Syarikat Telekomunikasi Pertama Untuk Menawarkan Telefon Pintar BlackBerry Z10 di Malaysia

schedule 08 Mar 2013

BlackBerry Z10 akan ditawarkan secara eksklusif oleh Maxis
Maxis terus menjadi yang pertama dalam membawa telefon pintar terbaru kepada pelanggan, membina asas yang kukuh untuk memacu masa hadapan perkhidmatan data
BlackBerry Z10 yang dinanti-nantikan ini ditawarkan bersama pelan kadar nilai-untuk-wang yang dipertingkatkan dan aplikasi eksklusif Maxis

SIARAN AKHBAR
Untuk siaran segera
Kuala Lumpur, 8 Mac 2013

Maxis Berhad (Maxis), peneraju perkhidmatan komunikasi bersepadu Malaysia, hari ini melancarkan telefon pintar BlackBerry® Z10 yang baru, dikuasakan oleh BlackBerry® 10 di Malaysia. BlackBerry Z10 yang baru ini akan ditawarkan secara eksklusif oleh Maxis, dan boleh didapati di semua Pusat Maxis di seluruh negara mulai 9 Mac 2013. 

"Kami semua tahu bahawa Blackberry telah menjadi satu peranti yang penting kepada pelanggan korporat selama lebih daripada satu dekad. Sejak beberapa tahun yang lalu, peranti ini juga telah menawan pengguna muda terutamanya dengan aplikasi yang ditawarkan. BlackBerry Z10 yang baru adalah titik perubahan dalam sejarah syarikat dengan sistem operasi baru yang direka untuk menetapkan semula standard dalam arena peranti terminal," kata Sandip Das, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis Berhad.

"Di Maxis, kami gembira untuk membawa Blackberry baru Z10 secara eksklusif kepada pelanggan kami yang telah menunggu dengan sabar untuk model ini. Dengan pelbagai aplikasi dan tawaran istimewa Maxis, para pelanggan menggunakan BlackBerry dengan Perkhidmatan Maxis akan menikmati pengalaman komunikasi yang berbeza!" 

Maxis adalah yang pertama untuk memperkenalkan pelbagai peranti BlackBerry di Malaysia pada tahun 2004, dan terus menerajui pasaran dalam membawa telefon pintar terbaru kepada pelanggan. Maxis telah menawarkan pelbagai jenis peranti dalam tempoh dua hingga tiga tahun yang lalu. 

BlackBerry Z10 yang baru ini adalah telefon pintar BlackBerry yang pertama untuk dilancarkan dengan platform BlackBerry 10 yang direka bentuk semula, diperkaya dan dicipta semula, memberikan pelanggan pengalaman mudah alih pengkomputeran baru yang kuat dan unik. Telefon pintar BlackBerry Z10 ini adalah telefon pintar BlackBerry yang terpantas dan paling canggih, dan menawarkan pengalaman yang lebih pintar yang sentiasa dapat disesuaikan dengan keperluan pelanggan. 

"Telefon pintar BlackBerry Z10 menyampaikan satu platform baru yang berkuasa untuk pelanggan BlackBerry. Digabungkan dengan rangkaian dan pelan perkhidmatan dari Maxis, pelanggan BlackBerry Z10 akan gembira dengan pengalaman komunikasi yang dicipta semula, multitasking yang lancar, akses mudah kepada pelbagai rangkaian sosial, dan ketenangan fikiran dengan keselamatan BlackBerry," kata Annamalai Muthu, Pengarah Negara Malaysia di BlackBerry. 

 

Berikut adalah butiran-butiran harga dan pelan untuk BlackBerry Z10:

  BB More 55
BB More 55
BB More 148
Komitmen Bulanan
RM 55 RM 88 RM 148
Minit Berkas 200 400 600
SMS Berkas 100 200 500
Data Berkas 500MB 1GB 5GB
Harga Peranti (Tawaran Biasa)
     
12 bulan RM 1888
RM 1708
RM 1588
24 bulan - RM 1488 RM 1268
Harga Peranti (Ahli MOC)
     
24 bulan - - RM 988

 

Selain itu, Hotlink akan memberi ganjaran kepada semua pelanggan setia BlackBerry Prabayar dengan harga istimewa sebanyak RM1,888 untuk BlackBerry Z10, yang ditawarkan bersama dengan 1.5GB data percuma. Tawaran ini adalah sah dari 9 Mac hingga 30 April 2013 sahaja. Hotlink juga akan memberikan pengguna BlackBerry Pas BlackBerry 1-hari percuma bagi mereka untuk terus berhubung secara online sepanjang hari, hanya pada 8 Mac 2013. 

Dengan BlackBerry Z10, pelanggan juga boleh menikmati aplikasi-aplikasi eksklusif Maxis. Ini termasuk: 

MyMaxis, aplikasi bantu diri yang membolehkan pelanggan Maxis untuk mendapatkan maklumat akaun, melanggan kepada perkhidmatan tambah nilai dan hubungi Maxis melalui pelbagai saluran pilihan.

Maxis PayPal, yang membolehkan pelanggan untuk membayar bil Maxis mereka dengan mudah dan lebih selamat melalui telefon bimbit mereka, bila-bila masa dan di mana sahaja.

MyHealthy Heart, aplikasi yang ditawarkan bersama dengan alat pengesanan kesihatan interaktif seperti pedometer, kaunter kalori makanan Malaysia, kalkulator risiko kesihatan dan keupayaan peringatan ubat serta akses kepada berita kesihatan terbaru dari portal Kesihatan MYLAUNCHPAD Maxis.

FINDER 301, aplikasi berasaskan lokasi yang menyediakan pengguna maklumat mengenai makanan, restoran, ATM, bank, klinik, balai polis dan banyak lagi di sekeliling mereka.

Maxis BPL 2013, yang menawarkan pelanggan maklumat terbaru mengenai musim BPL 2012/2013. Ini termasuk pemberitahuan masa-sebenar (kick-off, skor langsung, separuh masa, sepenuh masa), liputan penuh perlawanan masa-sebenar, ulasan secara langsung, pratonton perlawanan dan laporan selepas perlawanan dan banyak lagi.

Maxis Rewards, satu aplikasi yang menawarkan perkhidmatan khas, keistimewaan, baucar diskaun dan lebih - eksklusif untuk pelanggan Maxis.
Dengan BlackBerry 10, setiap ciri, setiap pergerakan, dan setiap perincian direka untuk menolong pelanggan sentiasa bergerak dan termasuk kemajuan seperti:

'Megintai' dan 'Mengalir' ke BlackBerry Hub - Satu paradigma pengkomputeran mudah alih baru di mana apa yang penting kepada pelanggan sentiasa boleh didapati dengan hanya satu sapuan

Keyboard - Memahami dan menyesuaikan diri kepada pelanggan, supaya mereka boleh menaip dengan cepat dan lebih tepat

BBM™ (BlackBerry® Messenger) - Membolehkan pelanggan untuk berkongsi dengan orang-orang yang penting kepada mereka dengan segera

Teknologi BlackBerry® Balance™ - Melindungi apa yang penting kepada pelanggan dan perniagaan di mana mereka bekerja.

Categories

Lifestyle

Popular Posts

Archives
Tags