maxis

Maxis Menyambut Raya Bersama Lima Rumah Kebajikan

schedule 23 Aug 2013

Maxis menganjurkan rumah terbuka tahunan Hari Raya Aidilfitri bersama dengan lebih 150 penghuni dari lima rumah kebajikan
Maxis menyumbang RM50,000 kepada rumah-rumah kebajikan tersebut dan menyampaikan duit raya kepada para penghuni
SIARAN AKHBAR
Untuk siaran segera
Kuala Lumpur, 23 August 2013

Bersempena dengan Hari Raya, Maxis Berhad (Maxis) pada hari ini mengeratkan silaturrahim dan berkongsi keceriaan Raya di Rumah Terbuka Amal Hari Raya Aidilfitri bersama dengan para penghuni lima rumah kebajikan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Majlis tersebut, yang dihoskan oleh Pengerusi Maxis, YM Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad Bin Raja Tun Uda, ahli-ahli pengurusan kanan dan kakitangan Maxis, telah dihadiri oleh lebih 150 penghuni dari Pertubuhan Kebajikan Ibu Tunggal-An-Nur, Pusat Jagaan Insan Istimewa, Trinity Community Children Home, Pusat Jagaan Persatuan Insan Istimewa Cheras Selangor dan Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari.

Di majlis tersebut, Maxis menyampaikan sejumlah RM50,000 kepada lima rumah kebajikan, dan mengedarkan duit raya kepada setiap penghuni. Para tetamu juga dihidangkan dengan pelbagai masakan istimewa, sementara dihiburkan dengan persembahan perayaan dari kanak-kanak rumah-rumah kebajikan yang hadir. Selepas acara tersebut, Maxis telah menganjurkan satu lawatan khas ke Aquaria KLCC untuk kanak-kanak dari rumah kebajikan, dan diiringi oleh sukarelawan Maxis.
"Maxis sentiasa berusaha untuk mewujudkan impak yang positif kepada semua masyarakat di mana ia beroperasi. Sebagai sebuah warga korporat yang bertanggungjawab, Maxis juga mengambil peluang untuk menghulurkan bantuan kepada golongan yang kurang bernasib baik dari pelbagai lapisan masyarakat, bukan sahaja melalui sumbangan kewangan tetapi melalui penglibatan dengan mereka melalui kerjasama kakitangan Maxis kami sebagai sukarelawan, dengan harapan untuk mengeratkan silaturrahim. Majlis hari ini adalah salah satu cara untuk kami mendekati mereka dan memberikan mereka perhatian dan bantuan yang sewajarnya,” kata Raja Tan Sri Arshad.

Sebagai sebahagian daripada sokongan Maxis kepada keperluan masyarakat, Maxis telah memulakan pelbagai inisiatif, termasuk memperkenalkan Program Pengambilan Rumah Sebagai Rumah Angkat (Home Adoption Programme) pada tahun 2012 untuk Independent Living and Training Centre (ILTC) dan Jenjarom Old Folks Home. Program ini menumpukan usaha dalam menggalakan pengintegrasian dan memperbaiki kehidupan penghuni di rumah kebajikan ini melalui sumbangan wang tunai, dan menyediakan mereka dengan latihan kemahiran asas IT oleh pekerja dan sukarelawan Maxis. Maxis juga telah menyokong aspirasi negara dalam bidang teknologi, pendidikan dan pembangunan belia melalui program Maxis Cyberkids sejak 10 tahun yang lalu, dengan menawarkan latihan ICT kepada lebih 8,600 pelajar dan guru dari 1,500 sekolah di seluruh negara. Pada tahun 2012, Maxis telah memperluaskan program Cyberkids ke sekolah-sekolah pendidikan khas.
- End -

 

Mengenai Maxis Berhad

Maxis Berhad adalah satu-satunya penyedia perkhidmatan komunikasi bersepadu di Malaysia dengan jumlah hasil sebanyak RM8.9 bilion pada tahun 2012 dan lebih 14 juta pelanggan. Sebagai salah satu daripada jenama tempatan yang paling dikagumi di Malaysia, Maxis telah berkembang dari sebuah syarikat pengendali mudah alih yang terulung kepada sebuah syarikat yang menawarkan pelbagai perkhidmatan yang memperkayakan kehidupan pelanggannya, sama ada di rumah, di tempat kerja atau ketika bergerak: mudah alih dan suara tetap, mesej, internet mudah alih, jalur lebar berkelajuan tinggi tanpa wayar dan berwayar, dan kandungan dan aplikasi pelbagai skrin – sama ada ianya hiburan, pendidikan, keselamatan atau pengkomputeran awan - melalui rangkaian mudah alih, tetap dan satelit. Maxis telah melancarkan rangkaian berkelajuan tinggi yang pertama di Malaysia termasuk 3G, 3.5G, 3.5G+ dan adalah yang pertama untuk melancarkan 4G LTE (Long Term Evolution - LTE), pada awal tahun ini. Jejak rangkaian berkelajuan tinggi Maxis adalah yang terluas di negara dengan liputan 2G sebanyak 95% dan liputan 3G berkelajuan tinggi sebanyak 82%.

Sebagai penyokong utama ekosistem pembangunan aplikasi Malaysia, Maxis bekerjasama dengan pembangun tempatan untuk membawa aplikasi inovatif kepada pelanggan sementara menyediakan pelbagai jenis kandungan tempatan di pasaran, dengan pilihan Aplikasi percuma yang menarik kepada segmen yang berbeza untuk pelbagai peranti pintar. Usaha Maxis dalam membawa inovasi, memastikan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang dan memberi nilai kepada pihak berkepentingan telah membolehkan Syarikat memperoleh pelbagai anugerah termasuk memenangi 20 anugerah di majlis Anugerah Tahunan Pengurusan Perhubungan Pelanggan dan Persatuan Pusat Perhubungan Malaysia (CCAM) ke-13 pada tahun 2012, Pengurusan Syarikat Terbaik, Majikan Terbaik Asia serta Anugerah ‘Putra Brand of the Year’ pada tahun 2011 dan syarikat 5 Teratas bagi Anugerah Pengendali Global Terbaik oleh Anugerah Komunikasi Dunia pada tahun 2012 dan 2010. Komited untuk menyumbang kepada masyarakat di mana Syarikat beroperasi, usaha Tanggungjawab Korporat Maxis memfokus kepada menghasilkan 'Impak Positif', memanfaatkan teknologi canggih bagi mencipta nilai untuk ekonomi, masyarakat dan alam sekitar. Untuk maklumat lanjut, sila layari: maxis.com.my.

Categories

Community

Popular Posts

brochures Maxis Biggest Sale

Come celebrate the festive season with Maxis Biggest Sale! For the month of December 2019 until 29 February 2020, Maxis and Hotlink customers can enjoy awesome promotions on smartphones, with even more deals to come. Literally Maxis’ biggest sale for the year, there is something for everyone!

Lifestyle
access_time 04 Dec 2019
brochures Fibre 5G-Ready

Upon approval from Malaysian Communication and Multimedia Commission (MCMC) to trial 200MHz of 3.5GHz C-band spectrum, Maxis successfully achieved 2.96Gbps for single user peak speeds, recording a new high at two of its trial sites in Subang Jaya recently. The new record further reinstates the position of Maxis being in the forefront of technology leadership for the nation’s 5G development.

Network
access_time 07 Jan 2020
brochures Allo signing

Maxis and Allo Technology Sdn. Bhd. (Allo), a wholly-owned subsidiary of Tenaga Nasional Berhad (TNB), will collaborate to provide greater access to fibre connectivity to more people and businesses in Cyberjaya and Bangsar South in the Klang Valley and Jasin in Malacca. Maxis and Allo today signed and exchanged an Access Agreement for the provision of High Speed Broadband (HSBB) Network Services

Enterprise
access_time 12 Dec 2019
Archives
Tags