maxis

Sertai Hari Kemerdekaan Tahun Ini Dengan Perarakan Maya Maxis!

schedule 30 Aug 2013

Sertai Perarakan Hari Kebangsaan secara maya dari mana sahaja anda berada dengan memuat naik gambar ke Instagram, Twitter atau melalui mylaunchpad di merdeka.mlp.my
Gambar yang paling unik dan menarik yang dihantar sebelum 9 September akan dipaparkan dalam iklan akhbar Hari Malaysia Maxis
Maxis bangga menjadi sebahagian daripada usaha ini dan menyediakan platform digital bagi rakyat Malaysia untuk mengambil bahagian dalam Hari Kemerdekaan dengan cara yang unik

SIARAN AKHBAR
Untuk siaran segera
Kuala Lumpur, 30 Ogos 2013

Setiap tahun apabila kita menyambut Hari Kemerdekaan, ia adalah satu adat dan budaya rakyat Malaysia untuk menyaksikan dan menjadi sebahagian daripada perarakan Hari Kebangsaan dengan semangat patriotik, iaitu satu tanda perpaduan dan kebanggaan bagi negara kita. Walau bagaimanapun, bukan kesemua rakyat Malaysia dapat menyertai perarakan ini secara fizikal dan turut serta dalam perayaan. Oleh itu, bersempena sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini, semua rakyat Malaysia berpeluang untuk menjadi sebahagian daripada perayaan Hari Kemerdekaan dengan mengambil bahagian dalam perarakan maya Unite for Malaysia Maxis, dari mana sahaja mereka berada.

Untuk menjadi sebahagian daripada perarakan maya Maxis, satu-satunya pembekal perkhidmatan komunikasi bersepadu Malaysia, pelanggan hanya perlu mengambil gambar diri mereka sendiri atau rakan-rakan, dan memuat naik gambar tersebut ke Instagram atau akaun Twitter dengan hashtag #unite4msia, dan gambar mereka tersebut akan disertakan secara automatik ke dalam perarakan  di laman web mylaunchpad Maxis di merdeka.mlp.my. Sementara itu, pengguna komputer peribadi boleh terus melawat merdeka.mlp.my untuk memuat naik gambar mereka. Selain itu, gambar yang paling unik dan menarik yang dihantar sebelum 9 September akan dipaparkan dalam iklan akhbar Hari Malaysia Maxis pada 16 September.

“Ini merupakan satu lagi saluran bagi rakyat Malaysia untuk bukan sahaja menjadi sebahagian daripada perarakan ini dalam erti kata maya, tetapi lebih penting lagi, berkongsikan semangat patriotisme dan kebanggaan untuk Malaysia dengan cara yang sangat unik. Oleh itu, kami amat berbangga menjadi sebahagian daripada usaha ini dan menyediakan platform digital kepada semua rakyat Malaysia untuk menjadi sebahagian dalam sambutan Hari Kemerdekaan ke-56. Ia adalah cara yang inovatif untuk kita mempamerkan kreativiti kita dalam gambar masing-masing!” kata Mei Cheong, Ketua Jenama Maxis.

Kempen Unite for Malaysia juga akan merupakan tempoh perarakan yang paling lama di Malaysia, iaitu bermula dari 31 Ogos 2013 hingga malam sebelum Hari Malaysia pada 15 September 2013.
- Tamat -

 

Mengenai Maxis Berhad

Maxis Berhad adalah peneraju dalam penyediaan perkhidmatan komunikasi bersepadu di Malaysia dengan jumlah hasil sebanyak RM8.8 bilion pada tahun 2011 dan lebih 14 juta pelanggan. Sebagai salah satu daripada jenama tempatan yang paling dikagumi di Malaysia, Maxis telah berkembang dari sebuah syarikat  pengendali mudah alih yang terulung kepada sebuah syarikat yang menawarkan pelbagai perkhidmatan yang memperkayakan kehidupan pelanggannya, sama ada di rumah, di tempat kerja atau ketika bergerak: mudah alih dan suara tetap, mesej, internet mudah alih, jalur lebar berkelajuan tinggi tanpa wayar dan berwayar, dan kandungan dan aplikasi pelbagai skrin – sama ada ianya hiburan, pendidikan, keselamatan atau pengkomputeran awan - melalui rangkaian mudah alih, tetap dan satelit. Maxis merupakan syarikat pertama yang mengkomersilkan perkhidmatan mudah alih 3G di Malaysia dan memiliki rangkaian mudah alih terluas dengan liputan 2G sebanyak 95% dan liputan 3G berkelajuan tinggi sebanyak 81% di seluruh negara.

Usaha Maxis dalam membawa inovasi, memastikan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang dan memberi nilai kepada pihak berkepentingan telah membolehkan Syarikat memperoleh pelbagai anugerah termasuk tersenarai sebagai syarikat 5 Teratas bagi Anugerah Pengendali Global Terbaik oleh Anugerah Komunikasi Dunia pada tahun 2010 dan Pengurusan Syarikat Terbaik, Majikan Terbaik Asia serta Anugerah ‘Putra Brand of the Year’ pada tahun 2011. Komited untuk menyumbang kepada masyarakat di mana Syarikat beroperasi, usaha Tanggungjawab Korporat Maxis memfokus kepada menghasilkan 'Impak Positif', memanfaatkan teknologi canggih bagi mencipta nilai untuk ekonomi, masyarakat dan alam sekitar. Untuk maklumat lanjut, sila layari: maxis.com.my.

Categories

Lifestyle

Popular Posts

brochures Maxis Biggest Sale

Come celebrate the festive season with Maxis Biggest Sale! For the month of December 2019 until 29 February 2020, Maxis and Hotlink customers can enjoy awesome promotions on smartphones, with even more deals to come. Literally Maxis’ biggest sale for the year, there is something for everyone!

Lifestyle
access_time 04 Dec 2019
brochures Fibre 5G-Ready

Upon approval from Malaysian Communication and Multimedia Commission (MCMC) to trial 200MHz of 3.5GHz C-band spectrum, Maxis successfully achieved 2.96Gbps for single user peak speeds, recording a new high at two of its trial sites in Subang Jaya recently. The new record further reinstates the position of Maxis being in the forefront of technology leadership for the nation’s 5G development.

Network
access_time 07 Jan 2020
brochures Allo signing

Maxis and Allo Technology Sdn. Bhd. (Allo), a wholly-owned subsidiary of Tenaga Nasional Berhad (TNB), will collaborate to provide greater access to fibre connectivity to more people and businesses in Cyberjaya and Bangsar South in the Klang Valley and Jasin in Malacca. Maxis and Allo today signed and exchanged an Access Agreement for the provision of High Speed Broadband (HSBB) Network Services

Enterprise
access_time 12 Dec 2019
Archives
Tags