Maxis Telco Pertama Mengaktifkan 4G LTE Bagi Peranti Apple

Pelanggan baru dan sedia ada Maxis yang menggunakan iPhone 5, iPad mini dan iPad 4 kini boleh menikmati internet yang pantas melalui rangkaian 4G LTE Maxis
Maxis memperluaskan jejak 4G LTE sebanyak empat kali ganda, membolehkan lebih 100,000 pelanggan menikmati perkhidmatan internet yang pantas
Maxis jangka memperluaskan liputan 4G LTE di Lembah Kelang, Pulau Pinang dan Johor Bahru menjelang suku ketiga 2013

SIARAN AKHBAR
Untuk siaran segera
Kuala Lumpur, 9 April 2013

Ketahui berapa pantas iPhone 5, iPad mini dan iPad 4 anda boleh berfungsi dengan rangkaian 4G yang terbesar di negara! Maxis Berhad (Maxis), satu-satunya perkhidmatan komunikasi bersepadu terkemuka Malaysia, hari ini mengumumkan bahawa pelanggan yang menggunakan iPhone 5, serta iPad mini dan iPad 4 kini boleh menikmati internet yang pantas melalui rangkaian 4G LTE Maxis. Ketiga-tiga peranti Apple ini, termasuk Nokia Lumia 920 dan HTC One XL, adalah antara telefon pintar yang pertama diaktifkan pada rangkaian 4G LTE Maxis.

Suren J Amarasekera, Ketua Pegawai Operasi Bersama Maxis, berkata, “Pada tahun 2009, Maxis meneraju pasaran dengan memperkenalkan iPhone ke Malaysia dan kini Maxis berbangga untuk mengumumkan bahawa pengguna Maxis untuk Apple iPhone 5, iPad generasi keempat dengan paparan Retina dan model iPad mini Wi-Fi + selular akan menjadi yang pertama di Malaysia untuk mengalami perkhidmatan yang unggul pada rangkaian 4G LTE berkelajuan tinggi Maxis. Kami percaya bahawa pelan-pelan kami menawarkan nilai yang menarik kepada pengguna Apple kami dan akan memberi mereka peluang untuk mendapatkan yang terbaik daripada ciri-ciri peranti Apple yang menakjubkan. Kami yakin bahawa pelanggan Apple kami akan teruja dengan pengalaman yang sangat baik dengan rangkaian 4G LTE Maxis.”

Mark Dioguardi, Ketua Pegawai Operasi Bersama Maxis, menambah, “Sejak pelancaran rangkaian 4G LTE berkelajuan tinggi kami pada 1 Januari 2013, kami telah bekerja keras untuk memperluaskan jejak kami. Pada masa ini, kami telah berjaya memperluaskan liputan 4G LTE kami sebanyak empat kali ganda, membolehkan kira-kira 100,000 pelanggan untuk menikmati internet lebih pantas dari Maxis. Dengan pengumuman hari ini, lebih ramai pelanggan akan dapat menikmati kelajuan internet luar biasa dari Maxis.

“Kami telah mendapat maklum balas yang sangat menggalakkan untuk perkhidmatan 4G LTE kami dan akan memperluaskan liputan 4G LTE ke lebih lagi kawasan di Lembah Klang serta Pulau Pinang dan Johor Bahru menjelang suku ketiga tahun 2013.”

Dengan 4G LTE, pelanggan yang menggunakan iPhone 5, iPad mini dan iPad 4 kini boleh menikmati kelajuan muat turun lima hingga sepuluh kali lebih pantas daripada 3G, membolehkan mereka memuat naik gambar dan video sepuluh kali lebih pantas dan menikmati masa tindak balas yang lebih pantas apabila mereka menggunakan aplikasi kegemaran mereka seperti Facebook dan YouTube. Suapan berita (news feeds) Facebook pelanggan juga akan dimuat turun sehingga empat kali lebih pantas, berbanding dengan HSPA+. Penyandaran (backing up) atau memuat naik fail besar - sebagai contoh lebih daripada 50MB - ke Dropbox akan menjadi sehingga tujuh kali lebih pantas.

Berikutan pengaktifan 4G LTE bagi iPhone 5, pelanggan iPhone 5 yang melanggan pelan iValue Maxis serta pelan data 1 GB ke atas akan menerima SMS yang meminta mereka mengemaskini tetapan pada peranti masing-masing. Apabila pelanggan berbuat demikian, mereka secara automatik akan dapat mengalami kelajuan 4G LTE di kawasan liputan 4G LTE Maxis. Di kawasan-kawasan di mana tidak terdapat perkhidmatan 4G LTE, peranti akan kembali ke rangkaian 3G Maxis secara automatik dan lancar.

Maxis kini menyediakan perkhidmatan 4G LTE untuk kawasan-kawasan berikut:
Bangsar, Mont Kiara, Desa Park, Damansara Heights
Cyberjaya
Damansara Utama
Kota Damansara, Sunway Damansara
Puchong (Wawasan Puchong, Bandar Kinrara 1, Bandar Kinrara 3, Bandar Kinrara 4, Bandar Puteri)
Seapark, Dataran Prima, Tropicana
Petaling Jaya Section 13, 14, 17, 19, SS2
Sunway, Kampung Tunku, SS2, SS3
Taman Desa, Pantai Dalam, Old Klang Road
Taman Gembira, Desa Petaling
Taman Kinrara 2, Taman Kinrara 3, Taman Kinrara 4
Taman Megah (SS23, SS24, SS26), Kelana Jaya
Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Bandar Utama, Mutiara Damansara
USJ3, USJ4, USJ5, USJ9, USJ11, USJ12, USJ13
Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.maxis.com.my/4GLTE.

Archives
Tags

Popular
Posts

Always Be Ahead in a changing world

Maxis makes commitment to enable customers to Always Be Ahead in a changing world

In a time of constant change across the world, driven especially by advancements in technology, Maxis today unveiled its new brand purpose: To bring together the best of technologies to help people, businesses and the nation to Always Be Ahead in a changing world. The new brand purpose was launched in conjunction with Maxis’ 25th anniversary and the upcoming Merdeka celebrations, to signify the intertwining of Maxis’ and Malaysia’s past, present and future journey together in this rapidly evolving digital age.

TELL ME MORE
Retransformation

Maxis calls on organisations to rethink Digital Transformation Strategy through Retransformation

Maxis is calling on organisations in Malaysia to rethink and reevaluate their digital transformation strategies.

TELL ME MORE
Natalia Navin, Chief Human Resource Officer, Maxis

Maxis launches three new scholarships in building future technology and innovation leaders

In its commitment to building tech-savvy and forward-thinking leaders, Maxis has launched three new scholarships to support the aspirations of bright and deserving young individuals. Candidates can apply for the Maxis Women in Tech Undergraduate 2020 Scholarship, Maxis Tech Undergraduate 2020 Scholarship and the Maxis Young Leaders Undergraduate 2020 Scholarship. Due to the overwhelming response received from applicants, the initial submission deadline of 31 August has now been extended to 14 September to allow more students to apply.

TELL ME MORE