Astro dan Maxis Tawar Nilai Terhebat Dalam Hiburan dan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi Kepada Lebih 1 Juta Isi Rumah

schedule 30 Apr 2013

Astro B.yond IPTV membolehkan pelanggan menikmati nilai terhebat dalam hiburan dengan
menggunakan rangkaian tanpa wayar dan gentian berkelajuan tinggi - di mana-mana jua dan pada bila-bila masa, pada sebarang alat peranti.
Astro Select menawarkan lebih pilihan kandungan dengan tambahan 10 saluran berdefinisi tinggi (HD) dan lebih 700 jam Video On Demand  untuk Astro B.yond IPTV dengan Maxis.  

KUALA LUMPUR, 30 April 2013 – Kini rakyat Malaysia dapat menikmati Astro TV, jalur lebar berkelajuan tinggi dan perkhidmatan ‘home voice’ terbaik melalui Astro B.yond IPTV dengan Maxis.

YM Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda, Pengerusi Maxis Berhad berkata, “Sebagai satu-satunya pembekal perkhidmatan komunikasi bersepadu di Malaysia, kami begitu komited dalam mencapai agenda jalur lebar negara dan mencapai visi kami untuk memperkayakan kehidupan para pelanggan. Rekod prestasi Maxis dalam bidang inovasi dan perkongsian telah membuka satu kemungkinan dunia digital kepada pelanggan kami. Kerjasama yang terjalin antara kami dan Astro akan membolehkan para pelanggan kami menikmati kesemua kandungan kegemaran Astro mereka dari aksi sukan secara langsung ke filem-filem kegemaran, dokumentari menarik serta berita semasa terkini dengan menggunakan sebarang alat peranti pada bila-bila masa dan di mana jua, disokong oleh rangkaian kami yang terpantas dan paling meluas di negara ini. Kami juga akan terus menawarkan variasi kepada para pelanggan terutamanya apabila ia melibatkan perkara yang penting buat mereka.”

Dato’ Rohana Rozhan, Ketua Pegawai Eksekutif Astro Malaysia berkata, “Menyedari keperluan para pelanggan kami yang inginkan lebih kelajuan dan lebar jalur, kami komited untuk membawa para pelanggan kami untuk menikmati pengalaman menonton yang berbeza dengan menyediakan pilihan meluas dalam kandungan dan jalur lebar berkelajuan tinggi serta nilai saranan terbaik.” 

Sebagai tambahan pakej Astro TV yang tersedia, Astro dan Maxis dapat menawarkan kepada pelanggan perkhidmatan jalur lebar terluas di negara ini dengan kelajuan dan nilai berganda supaya para pelanggan dapat menikmati antaranya muat turun yang pantas, pengalaman membeli belah dalam talian yang lebih hebat, penstriman dalam talian yang lebih lancar dan pelbagai permainan dalam talian tanpa gangguan.  

Para pelanggan Astro sedia ada boleh memilih perkhidmatan jalur lebar dengan kelajuan 10, 20 atau 30Mbps dan menikmati penjimatan dari RM53.30/sebulan, atau memilih dari salah satu pakej Astro B.yond IPTV-Maxis sama ada ValuePack atau SuperPack dengan kelajuan jalur lebar pilihan mereka, seterusnya menikmati penjimatan sehingga RM3,000 dalam tempoh 2 tahun.

Pelanggan Astro B.yond IPTV-Maxis yang melanggan SuperPack, Multi-room atau perkhidmatan Astro On-the-Go (AOTG) akan turut menerima kandungan eksklusif percuma melalui Astro Select bernilai RM25/sebulan. Astro Select menawarkan 10 saluran baru dalam definisi tinggi (HD) serta akses kepada lebih 700 jam kandungan terbaru Video On Demand. Apabila dilancarkan, akan terdapat lima saluran daripada Astro Select: Comedy Central (saluran hiburan komedi 24 jam pertama di Asia Tenggara), HBO Hits, HBO Signature dan HBO Family (3 saluran baru sesuai untuk penggemar filem) serta WeTV (saluran gaya hidup khas buat golongan wanita). 5 lagi saluran HD akan disediakan pada penggal suku tahun akan datang. Astro B.yond IPTV juga menyediakan perkhidmatan Perakam Video Peribadi (PVR) – membolehkan pelanggan menghentikan, memandir, memainkan semula dan menghubungkan siri rakaman serta membuat rakaman jauh – dan sambungan jalur lebar ke katalog VOD yang sentiasa dikembangkan.

Tambahan lagi, pelanggan Astro SuperPack juga akan menikmati akses kepada perkhidmatan AOTG secara percuma. AOTG memberikan fleksibiliti kepada pelanggan untuk sentiasa mengikuti perkembangan filem Video On Demand, berita terkini, sukan secara langsung serta program kegemaran Astro mereka dengan Astro Select di telefon pintar, tablet ataupun komputer pada bila-bila masa dan di mana jua  - sama ada melalui WiFi atau rangkaian 3G atau 4G berkelajuan tinggi Maxis.

Dengan penawaran ‘triple play’ Astro dan Maxis ini, pelanggan juga boleh memilih untuk menambah perkhidmatan Home Voice pada hanya RM20 sebulan untuk menikmati kredit panggilan bernilai RM30 ke mana-mana nombor tempatan atau antarabangsa serta panggilan tanpa had ke nombor talian tetap Maxis.

Pelanggan yang berminat boleh melawat pusat pelanggan Astro atau Maxis terdekat, atau pengedar/penjual sah. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pakej yang perlu dimiliki ini dan untuk menyemak sama ada perkhidmatan ini terdapat di kawasan tertentu, pelanggan boleh melayari www.astro.com.my/iptv or www.maxis.com.my/astro

###


Tentang Astro Malaysia Holdings

Astro Malaysia Holdings Bhd merupakan kumpulan media bersepadu terkemuka di Malaysia yang beroperasi dengan 4 perniagaan utama; TV berbayar, Radio, Penerbitan dan Media Digital. Dengan sejumlah lebih 3.5 juta pelanggan kediaman atau penembusan kira-kira 52% daripada televisyen kediaman di Malaysia, Astro menawarkan lebih daripada 170 saluran, termasuk 34 saluran HD yang disediakan melalui platform TV satelit Direct-To-Home, IPTV dan OTT. Astro menyediakan perkhidmatan HD, 3D, PVR, VOD dan IPTV melalui Astro B-yond dan Astro On-The-Go. Memenuhi komitmen untuk merapatkan jurang digital untuk semua rakyat Malaysia, Astro memperkenalkan NJOI sebagai perkhidmatan TV satelit DTH permulaan dan merupakan TV satelit tanpa yuran langganan pertama di negara ini, dengan 19 saluran TV dan 20 saluran radio.

Astro Radio mengandungi stesen radio Malaysia paling popular dalam bahasa-bahasa utama yang disediakan di saluran terestrial dan digital, menjangkau kira-kira 13 juta pendengar setiap minggu dan 52% bahagian pasaran pendengar Malaysia pada bulan April 2012. Bahagian digital Astro terlibat dalam penerbitan, aplikasi dan platform digital serta penerbitan majalah hiburan dan gaya hidup tempatan.
Sebagai pilihan orang ramai, Astro telah dianugerahkan “Anugerah Emas dalam kategori media dan hiburan serta Putra Brand Icon di Putra Brand Awards Malaysia 2013”. Anugerah ini merupakan pengiktirafan terhadap usaha Astro yang melambangkan inovasi, kualiti serta tanggungjawab sosial korporat yang kukuh. Untuk maklumat, layari www.astro.com.my.

 

Mengenai Maxis Berhad

Maxis Berhad adalah satu-satunya penyedia perkhidmatan komunikasi bersepadu di Malaysia dengan jumlah hasil sebanyak RM8.9 bilion pada tahun 2012 dan lebih 14 juta pelanggan. Sebagai salah satu daripada jenama tempatan yang paling dikagumi di Malaysia, Maxis telah berkembang dari sebuah syarikat pengendali mudah alih yang terulung kepada sebuah syarikat yang menawarkan pelbagai perkhidmatan yang memperkayakan kehidupan pelanggannya, sama ada di rumah, di tempat kerja atau ketika bergerak: mudah alih dan suara tetap, mesej, internet mudah alih, jalur lebar berkelajuan tinggi tanpa wayar dan berwayar, dan kandungan dan aplikasi pelbagai skrin – sama ada ianya hiburan, pendidikan, keselamatan atau pengkomputeran awan - melalui rangkaian mudah alih, tetap dan satelit. Maxis telah melancarkan rangkaian berkelajuan tinggi yang pertama di Malaysia termasuk 3G, 3.5G, 3.5G+ dan adalah yang pertama untuk melancarkan 4G LTE (Long Term Evolution - LTE), pada awal tahun ini. Jejak rangkaian berkelajuan tinggi Maxis adalah yang terluas di negara dengan liputan 2G sebanyak 95% dan liputan 3G berkelajuan tinggi sebanyak 82%.

Sebagai penyokong utama ekosistem pembangunan aplikasi Malaysia, Maxis bekerjasama dengan pembangun tempatan untuk membawa aplikasi inovatif kepada pelanggan sementara menyediakan pelbagai jenis kandungan tempatan di pasaran, dengan pilihan Aplikasi percuma yang menarik kepada segmen yang berbeza untuk pelbagai peranti pintar.Usaha Maxis dalam membawa inovasi, memastikan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang dan memberi nilai kepada pihak berkepentingan telah membolehkan Syarikat memperoleh pelbagai anugerah termasuk memenangi 20 anugerah di majlis Anugerah Tahunan Pengurusan Perhubungan Pelanggan dan Persatuan Pusat Perhubungan Malaysia (CCAM) ke-13 pada tahun 2012, Pengurusan Syarikat Terbaik, Majikan Terbaik Asia serta Anugerah ‘Putra Brand of the Year’ pada tahun 2011 dan syarikat 5 Teratas bagi Anugerah Pengendali Global Terbaik oleh Anugerah Komunikasi Dunia pada tahun 2012 dan 2010. Komited untuk menyumbang kepada masyarakat di mana Syarikat beroperasi, usaha Tanggungjawab Korporat Maxis memfokus kepada menghasilkan 'Impak Positif', memanfaatkan teknologi canggih bagi mencipta nilai untuk ekonomi, masyarakat dan alam sekitar. Untuk maklumat lanjut, sila layari: maxis.com.my.

 

Sebarang pertanyaan media, sila hubungi:
Maxis Berhad:
Yogeswari Thangavelu
Corporate Affairs
Maxis Berhad
Tel: +603 2330 7370
Fax: +603 2330 0008
Email: TYOGESW@maxis.com.my

Astro: 
Tammy Toh
Communication
MEASAT Broadcast Network Systems Sdn Bhd (MBNS) Tel: +603 9543 6688 Ext. 2046 Email: tammy_toh@astro.com.my

Categories

Lifestyle

Popular Posts

Archives
Tags