Terus maju dalam dunia yang semakin mencabar

Kami yakin dengan menyatukan keunggulan teknologi, ia dapat membantu rakyat, perniagaan dan negara untuk sentiasa menerajui seiring dengan dunia yang semakin mencabar. Usaha kami untuk berkhidmat dengan lebih baik untuk anda, supaya rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat diperkasakan untuk mencapai sesuatu yang lebih bermakna. Lihat kisah-kisah rakyat Malaysia yang Terus Menerajui dalam pelbagai bidang.

25 tahun, terus menerajui dan kekal berinovasi

Kami mengambil iktibar dari masa lalu untuk membuka lembaran baharu buat masa akan datang. Lihatlah pencapaian kami sepanjang 25 tahun yang terdahulu.

Terus berinspirasi bersama rakyat Malaysia yang menerapkan semangat Terus Menerajui.

Bagaimana saintis Malaysia dan teknologi membantu petani tempatan meningkatkan kualiti tanaman mereka?

Ketika mengkaji tomato, Dr. Chew Bee Lyn mendapati bahawa pertumbuhan sektor pertanian di Malaysia mempunyai potensi yang tinggi untuk dikembangkan. Ketahui usaha yang dilakukan oleh saintis pemenang anugerah ini dalam membantu petani tempatan.
 

Dari demonstrasi dron ke landasan baharu untuk petani padi tempatan bekerja dengan lebih efisien.

Penemuan pertama Naza dengan teknologi dron adalah ketika beliau melihat demonstrasi dron secara langsung di Sungai Besar. Kini beliau membantu petani padi tempatan untuk bekerja lebih efisien sambil menjana pendapatan untuk pasukannya. Ketahui bagaimana beliau mencapai kejayaan dengan teknologi.

Menyediakan teknologi AR di stesen LRT.

Pernahkah anda berada di stesen LRT mencari gambar peta untuk menavigasi perjalanan anda? Kini anda boleh melihatnya di kad LRT anda — melalui teknologi AR! Ketahui bagaimana Emil Shafy, 24 tahun, mendapat inspirasi dan membantu rakyat Malaysia untuk terus menerajui dalam dunia teknologi.