Maxis
Perkhidmatan Islam. Zon Islamik.
Apakah Ikhlas Maxis?
Apakah Ikhlas Maxis?
Kandungan SD (Ramadhan)
Kandungan SD (Ramadhan)
Kandungan SD (Raya)
Kandungan SD (Raya)
Cara Pemasangan
FAQ
FAQ
  • Apakah produk Ikhlas Maxis?
    • Produk ini terdiri dari pelbagai kandungan seperti aplikasi Java, gambar, tema, audio dan video yang dimuatkan di dalam kad SD
  • Berapakah harga produk Ikhlas Maxis?
    • Produk ini ditawarkan secara percuma dengan setiap pembelina kad SD
  • Berapakah harga kad SD?
    • Harga untuk satu kad SD ialah sebanyak RM 15 (Ringgit Malaysia Lima Belas sahaja)
  • Berapakah jumlah kad SD yang boleh saya beli pada satu masa?
    • Terhad kepada 5 (lima) kad SD untuk setiap pelanggan pada satu masa sahaja
  • Bagaimanakah hendak mendapatkan produk ini?
    • Produk ini boleh didapati di Pusat Perkhidmatan Maxis yang tersenarai sahaja
  • Apakah jenis telefon yang boleh mengguna produk Ikhlas Maxis?
    • Hanya telefon dari model Nokia dan Motorola yang tertentu sahaja serasi dengan produk ini. Sila rujuk senarai telefon serasi yang disertakan
  • Kenapakah ada telefon yang tidak disokong (seperti Sony Ericsson)?
    • Kandungan Ikhlas Maxis dibangunkan secara khusus mengikut spesifikasi telefon tertentu sahaja
  • Apakah bahasa kandungan Ikhlas Maxis?
    • Kandungan disediakan di dalam Bahasa Melayu
  • Sekiranya kad SD tersebut bermasalah, apa patut saya buat?
    • Sila bawa kad SD bersama pek lengkap asal ke Pusat Perkhidmatan Maxis dalam masa 30 hari dari tarikh pembelian untuk proses penukaran
  • Sekiranya ada masalah, apa patut saya buat?
    • Sila hubungi talian khidmat pelanggan atau pergi ke Pusat Perkhidmatan Maxis berhampiran.
  • Bolehkah saya membawa kad SD saya sendiri untuk mendapatkan produk ini?
    • Produk Iklas Maxis hanya disediakan di dalam kad SD yang ditawarkan ini sahaja
  • Apakah kad SD?
    • Kad SD atau Secure Digital Card merupakan satu bentuk kad memori mudah alih yang membolehkan maklumat digital disimpan ke dalamnya
  • Adakah perbezaan antara kad SD dan kad memori yang lain seperti MMC atau M2?
    • Kad SD membolehkan data dikunci sebagai langkah keselamatan disamping kelajuannya adalah lebi tinggi berbanding kad memori yang lain
  • Bolehkah kad SD masuk dalam semua telefon?
    • Tidak, ia bergantung pada jenis telefon yang boleh membaca kad SD
  • Kalau kad SD saya rosak, bolehkah saya tukar yang baru?
    • Sila bawa SD Kad bersama pek lengkap asal ke Pusat Perkhidmatan Maxis dalam masa 30 hari dari tarikh pembelian
  • Bolehkah saya pakai kad SD di dalam telefon lain?
    • Boleh, sekiranya serasi dengan jenis telefon tersebut. Untuk kepastian, hubungi Pusat Perkhidmatan Maxis.
  • Sekiranya saya terpadam secara tidak sengaja, bolehkah saya dapatkannya semula?
    • Sila bawa SD Kad bersama pek lengkap asal ke Pusat Perkhidmatan Maxis dalam masa 30 hari dari tarikh pembelian. Setelah proses pengesahan dibuat, kad SD yang baru akan diberikan jika layak.
  • Berapakah saiz kandungan di dalam kad SD?
    • 48.9 MB
  • Bolehkah saya mengguna kad SD untuk menyimpan gambar atau data sendiri?
    • Boleh
  • Bagaimana jika telefon saya tidak cukup memori?
    • Pilih untuk menyimpan ke dalam kad SD sahaja berbanding menyimpan ke dalam memori telefon.
  • Bolehkah saya reformat kad SD saya?
    • Boleh tetapi kandungan Ikhlas Maxis turut akan terpadam.
  • Apakah kandungan Ikhlas Maxis yang dimuatkan di dalam kad SD?
    • Terdiri dari gambar, audio, video, tema dan aplikasi Java
  • Apakah Mesej Bergambar?
    • Mesej bergambar adalah gambar tanpa warna yang boleh digunakan semasa menghantar SMS.
  • Apakah Penghias Skrin?
    • Penghias skrin adalah gambar berwarna yang boleh digunakan untuk penghantaran MMS dan juga sebagai penghias skrin telefon.
  • Apakah Klip Audio?
    • Klip audio adalah rakaman yang membolehkan pengguna mendengar bunyi dan suara.
  • Apakah Klip Video?
    • Klip video adalah rakaman video yang memuatkan pesanan dan gambar yang bergerak.
  • Apakah Aplikasi Java?
    • Aplikasi Java adalah aplikasi yang boleh dipasang ke dalam telefon.
  • Apakah Mbook?
    • Mbook adalah koleksi cerita berkaitan bulan Ramadan.
  • Saya tidak ingat macam mana hendak membuka aplikasi Java, apa patut saya buat?
    • Sila rujuk panduan yang disediakan.
  • Telefon saya tidak boleh mainkan video, apa patut saya buat?
    • Pastikan anda mempunyai pemain video yang mampu untuk memainkan fail video.
  • Suara aplikasi atau video tidak boleh dengar, apa patut saya buat?
    • Pastikan telefon anda berada dalam keadaan dering dan tidak berada dalam mod senyap.
  • Apakah saiz skrin yang sesuai untuk telefon saya?
    • Sila rujuk senarai telefon serasi.
  • Bagaimana cara untuk memasang aplikasi?
    • Sila rujuk panduan yang disediakan.
  • Saya tidak nampak folder Ikhlas Maxis, dimanakah folder itu?
    • Sila rujuk panduan yang disediakan.
  • Saya nampak folder aplikasi tetapi tidak nampak video atau wallpaper atau audio, dimanakah ia?
    • Kedudukan kandungan bergantung pada jenis telefon, terdapat telefon yang menyusun kandungan secara automatik tanpa mengikut susunan asal.
  • Bolehkah saya buang folder Aplikasi Java selepas dipasang?
    • Boleh.
  • Kenapakah ada banyak saiz skrin yang mengandungi kandungan yang sama?
    • Terdapat kandungan yang bergantung sepenuhnya dengan saiz skrin telefon.
  • Kenapakah ada amaran keselamatan?  Selamatkah aplikasi ini?
    • Amaran keselamatan adalah fungsi asas pengeluar telefon untuk mengelakkan penyebaran aplikasi yang tidak sepatutnya. Aplikasi ini adalah selamat.
  • Apakah kandungan perkhidmatan SMS Ikhlas Maxis?
    • Rutin ibadah sepanjang Ramadan yang patut diikuti oleh seorang Muslim
  • Bagaimana untuk melanggan perkhidmatan SMS?
    • Hantarkan mesej ON RUTIN ke 22020
  • Berapakah harga pakej SMS?
    • RM 2. Percuma untuk minggu pertama langganan
  • Apakah yang saya akan terima jika melanggan perkhidmatan SMS ini?
    • Satu SMS setiap hari.
  • Apakah telefon serasi untuk perkhidmatan SMS ini?
    • Semua jenis telefon mudah alih
  • Bagaimana cara untuk menghentikan perkhidmatan SMS ini?
    • STOP RUTIN hantar ke 22020
  • Berapakah SMS yang saya terima sehari?
    • Satu SMS akan dihantar pada setiap hari.
  • Berapa lamakah tempoh perkhidmatan SMS ini?
    • Selama 30 hari bermula dari hari pertama bulan Ramadan
  • Apakah kandungan perkhidmatan Buffet Ramadan?
    • Buffet Ramadan mengandungi pelbagai produk yang boleh dimiliki seperti Penghias Skrin,Truetunes,Video Klip & M-book untuk muat turun semahunya. Ianya PERCUMA untuk minggu pertama.
  • Bagaimana untuk melanggan perkhidmatan ini?
    • Hantarkan mesej DAPAT BR ke 22020
  • Berapakah harga pakej Buffet Ramadan?
    • Hanya RM 3 untuk setiap minggu. Percuma untuk minggu pertama langganan
  • Apakah jenis kandungan yang saya akan terima jika melanggan perkhidmatan Buffet Ramadan ini?
    • Anda boleh memilih satu daripada 4 pakej buffet ramadan di bawah, setiap pakej akan dikemaskini setiap minggu :
      1. 50 penghias skrin (Wallpapers)
      2. atau
      3. 30 Video Clips
      4. atau
      5. 20 MBooks
      6. atau
      7. 20 True Tunes
  • Apakah telefon serasi untuk perkhidmatan ini?
    • Semua jenis telefon mudah alih yang mempunyai GPRS/3G
  • Bagaimana cara untuk menghentikan perkhidmatan ini?
    • STOP BR & hantar ke 22020
  • Berapa lamakah tempoh perkhidmatan ini?
    • Perkhidmatan ini berterusan sepanjang tahun sehingga anda menghentikan langganan.


Butiran Pakej IniDimanakah Pusat Promosi?