English

|

Bahasa Malaysia

|

中文

Nikmati prestasi telefon pintar yang lebih hebat jika kad SIM 3G anda dinaiktaraf ke SIM 4G Maxis!

Rangkaian 3G kami sememangnya bagus, tetapi rangkaian 4G kami tiada tandingannya.
Tukar segera untuk menikmati kelebihan berikut

4X internet lebih laju walaupun di dalam rumah

Tonton YouTube HD tanpa ‘buffering’ 98% daripada masa

Pengalaman Strim Mudah Alih YouTube No.1
Periksa sendiri di youtube.com/videocheckup

Rangkaian 4G TERLUAS: Meliputi 9 daripada 10 populasi Malaysia

Capaian kelajuan 50x (kali ganda) dengan LTE-A

Lebih menarik, anda juga berpeluang memenangi wang tunai sehingga RM1,000,000 jika anda menukarkan SIM 3G anda dalam tempoh promosi (25 April – 21 Mei).

Begini caranya, mudah sahaja.

Langkah 1
Tukar SIM 3G Maxis/ Hotlink kepada SIM 4G di kedai Maxis terdekat anda secara PERCUMA.
Langkah 2
Rebut peluang menangi ganjaran wang tunai sehingga RM1,000,000.

Tukar segera untuk peluang menangi

Pusingan 1
Tarikh Akhir
1 Mei 2017 (Isnin), 23:59
10 pemenang akan memenangi hadiah keseluruhan berjumlah
RM150,000!
Tarikh cabutan tamat.
Sila periksa senarai pemenang.
Pusingan 2
Tarikh akhir
14 Mei 2017 (Ahad), 23:59
10 pemenang akan memenangi hadiah keseluruhan berjumlah
RM300,000!
Tarikh cabutan tamat.
Sila periksa senarai pemenang.
Pusingan 3
Tarikh akhir
21 Mei 2017 (Ahad), 23:59
10 pemenang akan memenangi hadiah keseluruhan berjumlah
RM600,000!
Tarikh cabutan tamat.
Sila periksa senarai pemenang.

Tahniah kepada pelanggan Maxis & Hotlink kami!
Rebut peluang anda, dan bertukarlah ke SIM 4G sekarang!

Pusingan 1
Pemenang
  1. NORASHAM BIN ABU SAMAH
    (xxxxxx-xx-5065)
  2. ARI AROB
    (xxxxxx-xx-5103)
  3. MOHD RAZIF BIN JAAPAR
    (xxxxxx-xx-5653)
  4. MOHD DONIA BIN MAHAND
    (xxxxxx-xx-5113)
  5. MUHAMMAD IZZAT BIN ZAINAL ABIDIN
    (xxxxxx-xx-6491)
  6. LAI KEE SIM
    (xxxxxx-xx-5191)
  7. MUHAMMAD HANIFF BIN MOHD NOOR
    (xxxxxx-xx-5979)
  8. NOR ATIKAH BINTI HUSIM
    (xxxxxx-xx-5044)
  9. CHEE HON YAUE
    (xxxxxx-xx-6295)
  10. WAN JASNI BT WAN NONG
    (xxxxxx-xx-5366)
Pusingan 2
Pemenang
  1. FARIDZATUL NURUL ASYIQIN BT MOHD AZNI
    (xxxxxx-xx-5504)
  2. NG KOAY HUAT
    (xxxxxx-xx-5141)
  3. LEE BOON CHEONG
    (xxxxxx-xx-5261)
  4. NOR NURUL AZLIN BINTI WAHID
    (xxxxxx-xx-5834)
  5. ZALEAHAR BT ALI
    (xxxxxx-xx-5512)
  6. AMIEY NOOR FAZREENA BT ROSMAN
    (xxxxxx-xx-5510)
  7. MOHD EDDY RIDUAN B MOHD ROSED
    (xxxxxx-xx-5531)
  8. WOON YOON SIONG
    (xxxxxx-xx-5059)
  9. IKHWAN BIN IESLAH
    (xxxxxx-xx-7613)
  10. NUR SYAZA BINTI MOHD KAMAL
    (xxxxxx-xx-5300)
Pusingan 3
Pemenang
  1. JAMES TEOH KAH YONG
    (xxxxxx-xx-6087)
  2. DALILA AISYAH BINTI MAMAT
    (xxxxxx-xx-5376)
  3. RADHIYAH BT MOHAMAD
    (xxxxxx-xx-5034)
  4. ZHAYMA BINTI ABDULLAH
    (xxxxxx-xx-5944)
  5. WONG KIM KEONG
    (xxxxxx-xx-5829)
  6. MOHAMAD ZAHIR B YAHYA
    (xxxxxx-xx-5255)
  7. JENNY MARIE MANGALIS
    (xxxxxx-xx-5050)
  8. YONG KOK ONN
    (xxxxxx-xx-6189)
  9. AHMAD PAKARUZI BIN DAUD
    (xxxxxx-xx-5725)
  10. MOHD ZAKARIA BIN CHE ROSE
    (xxxxxx-xx-5807)

Lihat apa yang lain katakan tentang kami.

“Kelajuan purata tertinggi 18Mbps” – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
“Rating Bintang Tertinggi untuk YouTube HD bagi 14 negeri”
“Rangkaian 4G terluas di Malaysia dan terbaik di dunia” – OpenSignal
“Kadar kehilangan paket terendah” – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
“99.11% sambungan panggilan suara” – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Soalan Sering Ditanya

Klik untuk lihat
Apakah maksud LTE? Apakah perbezaan antara 2G, 3G dan HSPA+? Adakah 4G sama dengan LTE?

LTE (singkatan untuk Long Term Evolution) merupakan teknologi terkini dalam evolusi rangkaian mudah alih yang memberikan para pengguna lebih kelajuan berbanding 3G.

HSPA+ adalah penambahbaikan yang menawarkan data yang lebih laju untuk rangkaian 3G.


Di Malaysia, 4G dan LTE adalah sama. Peranti yang berbeza, memaparkan paparan yang berbeza.

Mengapakah internet saya cepat habis sekarang? Saya guna seperti biasa dan tiada sebarang masalah sebelumnya? Adakah saya menggunakan lebih internet dengan LTE?

Semuanya bergantung kepada penggunaan LTE anda, sama ada mesej dan panggilan melalui WhatsApp, strim video di Facebook, GPS Waze, atau memuat laman di Google Chrome – 4G menggunakan jumlah internet yang sama seperti 3G. Disebabkan 4G lebih laju, maklumat dipaparkan dengan lebih cepat. Jadi anda mungkin menggunakan lebih internet walaupun dalam jangka masa yang sama.

Sesetengah penggunaan 4G memang menggunakan lebih data daripada 3G. Contohnya, pengguna akan secara automatik menonton video di dalam HD. Dengan resolusi yang lebih baik, anda menggunakan lebih data mudah alih.

Mengapakah internet saya cepat habis sekarang? Saya guna seperti biasa dan tiada sebarang masalah sebelumnya? Adakah saya menggunakan lebih data dengan LTE?

Ini disebabkan oleh beberapa faktor.
Mungkin pas data anda telah habis. Anda boleh memeriksa status dengan log masuk ke MyMaxis App.

Jika ada masih mempunyai baki data, periksa sama ada pelanggan Maxis yang lain di kawasan yang sama turut mengalami masalah rangkaian.
Jika tidak, periksa setting data anda. Periksa sama ada 4G telah diaktifkan atau mungkin anda telah terpilih setting 2G/3G sahaja.

Jika ya, mungkin ia disebabkan oleh kesesakan rangkaian akibat terlalu ramai pengguna rangkaian yang sama pada sesuatu kawasan. Ia juga mungkin disebabkan oleh gangguan rangkaian. Sila hubungi duta 4G kami untuk memaklumkan gangguan rangkaian supaya ia dapat diatasi segera.

Mengapakah saya hanya mendapat isyarat 4G di sudut-sudut tertentu rumah sahaja dan 3G untuk selebihnya?

Setiap teknologi radio (3G lwn 4G) mempunyai radius liputan yang berbeza, cth. liputan 4G ialah 3 suku daripada radius liputan 3G. Memang mencabar untuk kami meliputi seluruh kawasan rumah anda dengan 4G. Oleh itu sesetengah sudut di rumah anda mungkin diliputi oleh rangkaian 3G dan bukan 4G.

Mengapakah rangkaian 4G saya tidak tetap? Rangkaian saya kerap berubah-ubah daripada 4G kepada H.

Terdapat lebih banyak menara 3G daripada 4G. Terkini, kami mempunyai sehingga 88% liputan bagi penduduk; sementara liputan 4G kami berada pada tahap 40%. Yakinlah, Maxis merupakan rangkaian 4G LTE yang berkembang luas di Malaysia. Sementara kami membina lebih banyak menara 4G, anda akan mempunyai lebih peluang untuk menikmatinya.

Bateri saya cepat habis bila mula menggunakan 4G. Adakah benar 4G menggunakan lebih banyak kuasa bateri? Apakah yang boleh saya lakukan?

Tanggapan itu tidak benar. Sejak 4G diperkenalkan, lebih banyak jenama telah memperbaiki penggunaan kuasa bateri peranti mereka termasuk menambahkan kapasiti bateri menjadi lebih besar & cip pemproses lebih mesra tenaga bagi penggunaan rangkaian 4G tanpa membebankan bateri anda. Jika bateri anda cepat habis, anda boleh kurangkan kecerahan skrin peranti, menutup aplikasi latar belakang yang aktif, atau menggunakan aplikasi seperti Juice Defender.

Adakah terdapat perbezaan harga antara Maxis 4G dan Maxis 3G? Bagaimanakah saya boleh menikmati kelajuan 4G LTE?

Tiada perbezaan harga; kami menawarkan rangkaian terbaik apabila anda membayar untuk pas data internet anda.

Anda akan menikmati 4G jika anda mempunyai kesemua yang diperlukan seperti di bawah:

  • Anda menggunakan peranti LTE
  • Anda mempunyai Pas Internet Mudah Alih yang sah (sama ada 100MB atau 2GB, selagi anda mempunyai kuota data laju)
  • Anda mempunyai kad SIM LTE (sebarang kad SIM 64k dan ke atas menyokong 4G. Cuma pastikan jenis SIM anda sama ada 32k, 64k atau 128k di hadapan kad SIM anda)
  • Anda telah mengaktifkan LTE di setting peranti mudah alih anda
  • Anda di dalam liputan rangkaian 4G

Tunggu apa lagi? Bertukarlah ke Maxis 4G LTE!

Apakah penggunaan yang sesuai untuk dinikmati dengan 4G? Apakah perkara yang hanya boleh dinikmati dengan 4G dan bukan 3G?

4G LTE menawarkan pengalaman yang lebih baik untuk semua aplikasi data.

Keperluan internet: Kurang daripada 4 saat untuk memuat laman web, muat turun fail gambar yang lebih pantas di aplikasi chat sosial.

Hiburan: Strim video YouTube atau iFlix dengan lancar; strim muzik tanpa henti di Spotify Premium; pengalaman ‘game’ yang lebih lancar.

Produktiviti: Muat turun dan muat naik di cloud storage yang lebih pantas.

Komunikasi: Panggilan video yang lebih lancar

Terdapat aplikasi yang hanya boleh digunakan dengan 4G. Cth. Meerkat, Periscope, Stringwire dan banyak lagi. 

Apakah penggunaan yang sesuai dinikmati dengan 4G? Apakah yang hanya boleh dinikmati dengan 4G dan bukan 3G?
3G (1.5 - 7 Mbps*) 4G LTE (7-15 Mbps*)
Muat turun aplikasi (20MB) Kurang 3 minit Kurang 25 saat
Kongsi gambar di Facebook Kurang 25 saat Kurang 1 saat
(pole to FTB)
Strim muzik Kurang 10 saat untuk dimuatkan. ‘Playback’ kadang-kadang tersekat untuk memuatkan. Kurang 1 saat untuk dimuatkan. Tiada gangguan untuk memuatkan.
Tonton video YouTube Kurang 20 saat untuk memuatkan video Standard Definition (SD). Jarang tersekat ketika memuatkan. Kurang 1 saat untuk memuatkan video High Definition (HD). Tiada gangguan untuk memuatkan atau kehilangan ‘frame’.
Apakah maksud ‘Maxis RM1 million 3G SIM swap campaign’?

Maxis RM1 million 3G SIM swap adalah kempen untuk menggalakkan para pengguna pascabayar Maxis dan prabayar Hotlink untuk menaik taraf kad SIM 3G ke Maxis / Hotlink 4G. Setelah berjaya menaik taraf SIM, para pelanggan akan layak untuk cabutan RM 1 juta tunai.

Bagaimanakah cara untuk menyertai cabutan?

Anda perlu membawa kad SIM 3G anda ke mana-mana pusat Maxis atau kedai Hotlink yang mengambil bahagian untuk bertukar ke SIM 4G Maxis / Hotlink.

Bagaimanakah cara untuk mengenal pasti kad SIM sama ada ia SIM 3G atau 4G Maxis?

Periksa sendiri melalui *100# atau datang ke pusat Maxis terdekat anda.

Adakah saya akan terikat dengan kontrak baharu jika saya menukar SIM?

Tidak, jika anda merupakan pelanggan prabayar Hotlink. Untuk pelanggan berkontrak sedia ada, terma kontrak kekal sama berpandukan maklumat akaun anda.

Adakah saya layak menyertai promosi ini jika saya kini menggunakan kad SIM 3G daripada telco lain?

Tidak, kempen ini adalah khas untuk pelanggan Pascabayar Maxis dan Prabayar Hotlink yang masih menggunakan kad SIM 3G.

Bolehkah saya menyertai promosi ini dengan menggunakan SIM 3G syarikat?

Tidak, cabutan bertuah ini hanya sah untuk pelanggan Pascabayar Maxis yang melanggan Pelan Kadar Pelanggan, Pelan Kadar Individu Korporat/ SMS, dan pelanggan Maxis/ Hotlink.

Di manakah boleh saya menukar SIM 3G?

Cuma kunjungi mana Pusat Maxis, Rakan Niaga Eksklusif Maxis, dan pengedar Hotlink terpilih.

Apakah yang diperlukan untuk menukar SIM saya?

Anda hanya perlu membawa bukti pengenalan, cth. Kad Pengenalan atau Pasport sah sebagai bukti pemilik SIM.

Adakah saya masih layak menukar SIM bagi menyertai cabutan, jika SIM didaftarkan atas nama orang lain?

Tidak, anda harus melakukan pindahan milikan di Pusat Maxis kami sebelum melakukan pertukaran SIM. Anda tidak layak menyertai cabutan jika nombor SIM tidak didaftar atas nama anda.

Bolehkah saya mendapat lebih peluang menang jika menukarkan lebih daripada satu SIM 3G yang didaftarkan atas nama sendiri?

Ya, anda layak mendapat lebih peluang menang berdasarkan jumlah nombor telefon Maxis/ Hotlink yang didaftarkan atas nama anda.

Bolehkah saya melayakkan diri untuk cabutan dengan menukar SIM 3G tambahan, akaun yang tidak didaftarkan atas nama saya?

Tidak. Anda perlu mendapatkan kebenaran pemilik akaun utama untuk melakukan pertukaran SIM dan melayakkan nombor tersebut untuk cabutan. Namun, hadiah wang cabutan akan diberikan kepada pemegang akaun utama.

Bolehkah saya turut serta dalam SIM swap 3G jika SIM tidak aktif?

Tidak, anda tidak akan dapat melayakkan diri untuk SIM swap dengan akaun yang tidak aktif.

Bolehkah saya menyertai SIM swap 3G jika SIM Prabayar Maxis saya tidak mempunyai kredit?

Anda masih layak menyertai SIM swap tanpa baki kredit, selagi talian anda masih aktif (cth. anda masih boleh menerima panggilan walaupun tidak boleh membuat panggilan).

Saya telah kehilangan SIM 3G Maxis. Bolehkah saya membuat penggantian ke SIM 4G dan masih layak menyertai cabutan?

Selagi anda mempunyai SIM 3G Maxis, dan mempunyai bukti pengenalan yang sepadan dengan maklumat akaun, anda boleh membuat pertukaran ke SIM 4G dan pada masa yang sama layak menyertai promosi SIM swap.

Bilakah cabutan akan diadakan?


Pusingan 1
Tarikh tutup cabutan 1 Mei 2017 (Isnin), 23:59
Pengumuman pemenang 3 Mei 2017, Rabu
Hadiah Cabutan 150,000
Jumlah pemenang 10 pemenang keseluruhan/setiap pemenang memenangi RM15,000
Pusingan 2
Tarikh tutup cabutan 14 Mei 2017 (Ahad), 23:59
Pengumuman pemenang 16 Mei 2017, Selasa
Hadiah Cabutan 300,000
Jumlah pemenang 10 pemenang keseluruhan/setiap pemenang memenangi RM30,000
Round 3
Tarikh tutup cabutan 21 Mei 2017 (Ahad), 23:59
Pengumuman pemenang 23 Mei 2017, Selasa
Hadiah Cabutan 600,000
Jumlah pemenang 10 pemenang keseluruhan/setiap pemenang memenangi RM60,000
Adakah saya layak menyertai cabutan ke-2 dan ke-3 jika gagal memenangi hadiah pada cabutan pertama?

Ya, anda layak untuk ketiga-tiga cabutan selagi anda belum menang. Lebih awal anda sertai, lebih banyak peluang menang.

Adakah saya layak menyertai cabutan ke-3 jika telah memenangi cabutan pertama atau ke-2?

Tahniah kerana memenangi cabutan pertama atau ke-2! Oleh kerana kami ingin memberikan peluang ganjaran kepada lebih ramai pelanggan, anda hanya boleh memenangi hadiah sekali sahaja.

Bagaimanakah untuk mengetahui jika saya telah memenangi sesuatu?

Maxis akan menghubungi pelanggan bertuah untuk proses pengesahan pada tarikh yang dinyatakan dalam Terma & Syarat. Setelah pengesahan pemenang dilakukan, nama mereka akan diumumkan di www.maxis.com.my/4Gnetwork

Bagaimanakah proses pemenang dilakukan?

Cabutan akan dibuat melalui perisian ‘Dynamic Randomize System’ pihak ketiga bagi memastikan cabutan adil dan saksama.

Perlukah saya membayar sebarang cukai untuk wang tunai yang dimenangi?

Tidak, tiada cukai akan dikenakan atas hadiah wang tunai anda.

Adakah terdapat sebarang caj untuk menyertai cabutan?

Tidak, hanya naik taraf SIM 2G / 3G anda di cawangan Maxis/ Hotlink terpilih. Pertukaran adalah percuma.

Bolehkah saya menyertai cabutan ini sebagai pelanggan setia Maxis?

Peraduan ini bertujuan untuk menggalakkan para pelanggan yang masih menggunakan SIM 3G untuk menaik taraf ke SIM 4G, bagi menikmati pengalaman Rangkaian 4G kami yang sepenuhnya. Yakinlah, kami mempunyai lebih banyak promosi pada masa depan untuk memberikan ganjaran kepada kesetiaan anda!

Saya kini menggunakan SIM 4G, tetapi apabila menggunakan menu UMB (*100#), ia dipaparkan sebagai 3G. Apakah yang dimaksudkan dengan ini? Adakah ini bermakna saya layak menyertai cabutan?

Telefon anda akan secara automatik disambungkan ke rangkaian 4G, jika anda memasang SIM 4G. Oleh itu, penukaran SIM tidak diperlukan dan anda tidak layak untuk menyertai promosi. Anda boleh memeriksa status SIM anda di mana-mana cawangan Maxis.

Terma dan Syarat

Klik untuk lihat
^